Perempuan gila ini masih menulis blog rupanya



Jangan tanya berapa jauh aku berjalan.
Jangan tanya berapa kali aku jatuh.


Kalau aku sudah punya dahan sebegini kuat,
Kalau pagarduri aku sebegini tajam,
Kalau aku sudah punya kuku sebegini besi.


Cukup lah aku dah bosan rasa mati.
Sekarang biar aku rasa hidup macam 100 trillion hari.
Biar aku jadi khayal dengan impian aku sendiri.
Biar dia jadi lelaki paling menaksubkan hati.
Aku dah tak peduli.



Kau tau rasa teruja macam ni macam ulung ulung kali betul aku nak rasa. Tapi rasa takut hilang satu mutiara juga rasa paling celaka. Aku cuma harap, benda paling berharga ni aku dapat simpan sampai syurga. Kalau sama sama pergi 'neraka', biar nerakakan jasad dalam dunia. Biar cubit peha kiri, satu badan terasa.



Din, aku tak boleh bayangkan langsung kalau kau takde dalam hidup aku. Aku fikir sikit pun aku dah boleh menangis. Teruk betul rasa macam ni.



Skinny



"Insulting someone for being too skinny is as offensive as insulting someone for being fat."

Aku jumpa quote ni kat twitter Adibah Awg. The 17-year-old girl yang cakap pasal hijab kat youtube tu.


Itu la bila aku baca ayat ni, aku terus retweet dan post kat status facebook aku. Dan paling kelakar, semua yang like status aku tu adalah yang jenis skinny2 macam aku you olls. Haha. Nampak tak yang macam kami semua adalah saling memahami dan merasai perasaan yang sama? Perasaan yang macam selalu gila kena kutuk dengan orang contohnya EH APSAL KAU KURUS SANGAT WEH? TAK LAWA. Ataupun yang paling mengguris perasaan adalah WEH KAU KURUS GILA. TAK HINGIN AKU NAK ADA BINI MACAM KAU. TAK FEEL NAK PELUK PELUK.



Kadang kadang la mungkin I can take that as a joke. Lame ass joke apa-apa lah kau. Janji semua orang gelak kan, then FINE. Tapi kau tau benda benda macam ni boleh buat self confidence orang tu macam jatuh gila gila. Like, hello? Aku pun taknak aku kurus macam ni? Macam mana aku nak buat kalau dah memang kadar metabolisme aku tinggi lah biol?



That's why aku rasa macam semua orang perlu di enlighten kan, yang bila kau cakap seseorang tu skinny gila, perasaan ofensive tu macam sama dengan je dengan perasaan orang gemuk yang dikutuk. Bezanya cuma, mereka adalah overweight. Dan orang macam aku adalah underweight. Tu pun tak faham ke? Susah ke nak digest benda benda simple macam ni?



Entahla. Benda ni mungkin nampak simple bagi sesetengah orang. Tapi bukan untuk aku. Cuma I think society should come out with this awareness campaign about skinny people. It's not fair to only concentrate on fat folks. Orang orang macam aku ni pun have feelings apa.



Pecah secret



Aku masuk office pagi tadi dan mentor aku cakap, HANA DENGAR CERITA AWAK TAK SUKA ORANG TEGUR AWAK KIDAL?


And I went, HAAAAAAAAA? MANA ENCIK YUS TAU URL BLOG SAYA?

**


So I changed my background color. Itu menunjukkan yang aku sebena dah bosan dengan gelap. I should have this positive thoughts in mind. Life is a war. Lawan dengan dia, atau mati depan dia. Ataupun kau boleh live, but pergi lah kau live as a donkey.


I still have the feelings that this is not my passion. We'll see after 2 3 4 6 8 45 30 5606433 months maybe?


God knows the best.



Hana kidal



Aku ni kidal. Dan dalam hidup aku dah 39342932032-39238848/'mgskdjdkldksd kali orang yang jumpa aku first time lepas tu respon diorang jenis macam WOHH AKU JUMPA BERLIAN DEPAN MATAAAA OMAIGOD THIS IS MIRACLE HAPPENSSZZ ONCE IN A LIFETIME.


-________________-


Aku taktau kenapa diorang akan berkelakukan pelik bila nampak orang yang menulis tangan kiri atau kidal ni. Pelik as in excited gila tanya WAHH KAU KIDAL EH?! So kalau aku kidal kenapa bah? Eh yang paling lawak skali bila aku baru masuk kerja haritu pastu mentor aku nampak aku tulis tangan kiri dan dia tanya, AWAK KIDAL EH? Lepas tu aku pulak dengan berbekalkan telinga yang mak enon ni ingatkan dia tanya nama aku. Aku pegi cakap, HA? EH TAK. NAMA SAYA HANA. Bangang!



Tapi sebena aku suka je diri sendiri kidal sebab lain dari yang lain. Cuma kadang kadang ada jugak yang aku bebulu bila nak pasang brooch kat tudung aku sebab semua jenis brooch dan keronsang yang aku kenal, mereka telah di perbuat hanya untuk orang tangan kanan. Maksudnya aku rasa semua keronsang adalah sungguh righthand-oriented. Macam gitar jugak. Bila orang kidal main gitar, kena main gitar tu terbalik. So kau boleh bayangkan tak, kalau aku letak keronsang kat tudung pakai tangan kiri, keronsang tu akan jadi tebalik kat tudung aku. Macam ni ;



Sebena keronsang ni bentuk love, jadi sebab aku tak reti pakai keronsang ni pakai tangan kanan, dan bila aku pakai guna tangan kiri, dia akan jadi terbalik bila di tudung. Eh kau faham ke tak apa aku nak sampaikan ni? Aku taktau la maksalah ni memang aku sorang je alami ke, alien gila kan T____T Dan lagi satu aku tak reti kepit kuku pakai tangan kanan. Kalau kau tengok aku kepit kuku kiri aku pakai tangan kanan, macam maharaja lawak mega sumpah punya kelakar aku pegang. Comelnya aku ni -_-



Tapi dengar cerita, orang kidal ni kreatif yedak?Banyak jugak la aku tengok orang kidal yang kreatif2 ni. Contohnya man kidal. (Padahal kenal man kidal sorang je orang kidal yang kreatif bye). Ni maksalah dia lagi, apsal aku tak kreatif langsung? Nak lukis pokok silap haribulan boleh jadi muka Kim Kardashian. Kahkah.


Pendidikan seni paling tinggi dapat C pulak tu. Kalau lepak ngan membe membe lepas tu buat macam benda benda comel yang melibatkan tangan ni ; buat riben ke, menjahit ke, confirm2 dorang takut nak lepas kat tangan aku sebab memang wajibulghunnah aku akan jadi spoiler. Haha.


Bak datang aku nak cekik orang yang cakap si kidal kidal ni kreatif. Mainkan perasaan aku betul.



KFC






Isu KFC bukan lah isu besar pun aku rasa. Cuma yang buat dia jadi tumpuan semua orang sebab dia melibatkan melayu dan cina. Lepas tu annoying gila tengok comment2 racist yang cina kutuk mat rempit melayu. Yang melayu standard la bila marah ape benda lagi ayat nak pakai? WOI CAKAP BAIK SIKIT TANAH NI MELAYU YANG PUNYA.


Kah kah kah dah besar, boleh fikir sendiri.


Dan aku bukan nak bincang pasal racism issue whatsoever lah yang kau nak kaitkan dalam hal KFC ni, cuma aku nak tulis dari segi the feelings of working with customer and I can say that the experiences really suck big time.



Bila orang tak habes habes nak ulang cakap customer always right, bagi aku tu semua bullshit la wey, cuba kau try sehari je duduk kat front line, tak kesah la customer service ke, cashier ke, sales ke, promoter ke. Kau try la buat sehari je. Time tu kau boleh tau la mane yang always right mana yang tak. Term customer always right to bukan aku cakap tak boleh pakai langsung. Ada la some situation memang betul pun macam contoh kau jual barang expired atau roti yang dah berkulat. Lepas tu customer tu datang kat kau dan maki maki sampai air liur dia pun dah tukar jadi merah depan kau. Pegi mampos la padan muka kau memang kau layak kena maki pun sebab salah satu job description dalam retail adalah PEGI CHECK EXPIRED DAN JANGAN JUAL BARANG YANG EXPIRED. Apsal aku marah sangat? Sebab haritu aku ada beli vitamin kat farmasi tengok2 dah makan sebulan rupanya expired, rasa macam nak sebut those effing words sekarang tapi... dah la malas nak fikir nasib aku hidup lagi sampai sekarang, Alhamdulillah.



Cuma aku tak boleh terima orang orang atau lebih deep di panggil customer ni, bila ada benda yang tak kena yang tak puas hati, bukan nak tanya elok elok dulu, tapi boleh suka suka hati je nak main maki maki. As in, kita yang bekerja attend customer ni takde perasaan langsung. Taktau penat. Tak tau marah. As in kau ingat orang orang yang kerja retail ni memang saja saja nak bagi kau sakit hati pun, padahal kau taktau betapa la cerita di sebalik management yang kadang kadang sucks gila diorang buat decision dari atas, dan yang terima kesan dia orang bawah yang kena attend the customer and sampaikan the message from management. Tu yang customer tak akan nak faham. Dan memang takkan faham. Dan apa yang dorang tau, marah marah, menjerit, maki maki pekerja tak tentu pasal.



Aku pernah witness sendiri ada customer yang sebenarnya take advantage bila dorang sebenarnya mencuri, lepas tu kaw kaw punya nak selamatkan diri, defend diri betul betul sampai marah, maki maki pekerja nak buktikan yang sebenanya dia tak mencuri. Dan macam biasalah cuba benarkan matlamat mereka dengan cakap, customer is always right.


Podah. Weh. Aku buat investigation dengan department head aku dalam cctv, memang betul dia mencuri. Dan dia terlepas gara gara buat gaya 'customer is always right'.









Tokono





Aku : I tengah tengok 711. (America's next top model)

Din : I tengah tengok 114. (30 minit ustaz don)

Aku : ALAMAK.







Robot






Bosan la kalau hidup kau ni sebena orang treat kau macam robot. Sebab mereka ada sistem sendiri, cuba masukkan dalam diri kau dan cabut segala perasaan, hati dan nafsu kau. Bosan tau tak kalau hidup ni kena pura pura tak peduli perasaan sendiri dan pretend untuk jadi HEY I'M HAPPY WHEN YOU'RE HAPPY. Tak ada siapa nak sokong kau bila kau jatuh, kau kena bangun tatih sendiri pakai satu kaki.


Sebab semua orang nak kat kau bila kau happy je. Bila kau senang je. Biasalah. Aku kan robot. Letak ceri kat hidung yang sedia besar ni, make up tebal tebal kat muka sikit. Cukup la tu syarat, dah boleh jadi badut. Luar nampak meriah, dalam hati serious parah.


Sampai satu tahap aku fikir, cukuplah. Kalau tujuan aku hidup untuk bahagiakan orang lain, tutup semua cerita aku. Bawak aku kepada kebahagian mereka. Biar aku mati tenang. Biar jadikan aku orang pemberi, bukan penerima.



Nah, ambik lah semua ego aku.








Perangai paling tercomelz







Aku sebena banyak benda nak cerita tapi cukup malas nak type. Sungguh bedebah perasaan pemalas ni. Tempat kerja baru dah masuk. Sungguh rasa welcomed sekali tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Taktau lagi esok lusa aku akan tension dengan siapa, tapi syukur lah dah dapat kerja office hour cuti sabtu ahad. Rasa macam nak kawen dengan tiang tau tak gembira punya pasal. Heh.


Buat masa sekarang ni aku tengah berbulu dengan adik aku sebab 24 jam tengok channel ceria. Rasa macam nak baling tv dengan kipas angin pun ada. Senang habis cerita siapa pun tak boleh tengok tv. Bila pukul 8 confirm confirm abah tengok berita. Kan aku dah telepas cerita junior masterchef australia yang sungguh inspirational tu? Aku masak ikan bilis pun dah tekial kial ini kan pula masak macam budak budak tu. Resipi bukan main taknak kalah chicken roasted with pudina and herbs cherry caramelized whatever loserrrr. Haram aku reti masak macam tu punya 14 juta bahan ada.


Okay sebena aku nak cerita sesuatu tentang perangai aku yang sungguh comel ni. Sungguh comel sampai tak ada sesiapa berani tandingiku. Ketika menulis ni pun masih terasa comel umpama pari pari.


Waklu.


Haritu aku semangat gila la kan pegi kerja first day pakai eyeliner, pakai inner maysa yang aku beli kemaen mahal. Malangya bila pakai buruk hahaha tapi aku gagahkan diri pakai jugak mengenangkan dah melayang duit RM 50 yang telah di paw dari mak aku, sungguh berjaya sekali gadis semasa ini. Dan aku bukan nak sembang pasal tudung yang Yuna pakai time AJL 26, aku nak cerita pasal eyeliner aku. Okay pada pagi yang begitu awal iaitu pukul 6.30 aku dah bangun sebab bajet nak sampai pukul 7.15 tapi nasib baik sampai pukul 7.35 pagi sebab aku haru cari parking dan bedebar debar time nak reverse kereta masuk parking. Maklumlah, hari tu aku pakai eyeliner dengan inner tudung baru haha macam takde kena mengena eyeliner dengan reverse kereta bye.



Jap, skang aku nak cerita pasal eyeliner je kan? Ape maksalah aku merepek sampai ke laut tah? Baiklah, cerita dia begini, bila aku balik kerumah, maka aku pun nak buang la eyeliner di atas mata ku ini, sebab takkan la nak tidur pakai eyeliner, sumpah bangun tidur esok muka jadi macam hantu sebab aku tidur buassss kateko. Jadi apabila aku telah membuang sisa sisa eyeliner di atas mata menggunakan tisu, aku telah tiba tiba bengang sebab apsal kat belah kanan mata aku ni, ade eyeliner secenonet kat tepi mata dari tadi aku sental pakai tisu, dia tak hilang hilang ni woi!



Maka aku tenyeh lagi tenyeh lagi, tak hilang jugak hitam kat tepi tu.




RUPANYA AKU LUPA, MEMANG LA TAK HILANG. TU TAIK LALAT AKU.






Search This Blog