Perempuan gila ini masih menulis blog rupanya



Jangan tanya berapa jauh aku berjalan.
Jangan tanya berapa kali aku jatuh.


Kalau aku sudah punya dahan sebegini kuat,
Kalau pagarduri aku sebegini tajam,
Kalau aku sudah punya kuku sebegini besi.


Cukup lah aku dah bosan rasa mati.
Sekarang biar aku rasa hidup macam 100 trillion hari.
Biar aku jadi khayal dengan impian aku sendiri.
Biar dia jadi lelaki paling menaksubkan hati.
Aku dah tak peduli.



Kau tau rasa teruja macam ni macam ulung ulung kali betul aku nak rasa. Tapi rasa takut hilang satu mutiara juga rasa paling celaka. Aku cuma harap, benda paling berharga ni aku dapat simpan sampai syurga. Kalau sama sama pergi 'neraka', biar nerakakan jasad dalam dunia. Biar cubit peha kiri, satu badan terasa.



Din, aku tak boleh bayangkan langsung kalau kau takde dalam hidup aku. Aku fikir sikit pun aku dah boleh menangis. Teruk betul rasa macam ni.



0 comments:

Search This Blog