Hana kidal



Aku ni kidal. Dan dalam hidup aku dah 39342932032-39238848/'mgskdjdkldksd kali orang yang jumpa aku first time lepas tu respon diorang jenis macam WOHH AKU JUMPA BERLIAN DEPAN MATAAAA OMAIGOD THIS IS MIRACLE HAPPENSSZZ ONCE IN A LIFETIME.


-________________-


Aku taktau kenapa diorang akan berkelakukan pelik bila nampak orang yang menulis tangan kiri atau kidal ni. Pelik as in excited gila tanya WAHH KAU KIDAL EH?! So kalau aku kidal kenapa bah? Eh yang paling lawak skali bila aku baru masuk kerja haritu pastu mentor aku nampak aku tulis tangan kiri dan dia tanya, AWAK KIDAL EH? Lepas tu aku pulak dengan berbekalkan telinga yang mak enon ni ingatkan dia tanya nama aku. Aku pegi cakap, HA? EH TAK. NAMA SAYA HANA. Bangang!



Tapi sebena aku suka je diri sendiri kidal sebab lain dari yang lain. Cuma kadang kadang ada jugak yang aku bebulu bila nak pasang brooch kat tudung aku sebab semua jenis brooch dan keronsang yang aku kenal, mereka telah di perbuat hanya untuk orang tangan kanan. Maksudnya aku rasa semua keronsang adalah sungguh righthand-oriented. Macam gitar jugak. Bila orang kidal main gitar, kena main gitar tu terbalik. So kau boleh bayangkan tak, kalau aku letak keronsang kat tudung pakai tangan kiri, keronsang tu akan jadi tebalik kat tudung aku. Macam ni ;



Sebena keronsang ni bentuk love, jadi sebab aku tak reti pakai keronsang ni pakai tangan kanan, dan bila aku pakai guna tangan kiri, dia akan jadi terbalik bila di tudung. Eh kau faham ke tak apa aku nak sampaikan ni? Aku taktau la maksalah ni memang aku sorang je alami ke, alien gila kan T____T Dan lagi satu aku tak reti kepit kuku pakai tangan kanan. Kalau kau tengok aku kepit kuku kiri aku pakai tangan kanan, macam maharaja lawak mega sumpah punya kelakar aku pegang. Comelnya aku ni -_-



Tapi dengar cerita, orang kidal ni kreatif yedak?Banyak jugak la aku tengok orang kidal yang kreatif2 ni. Contohnya man kidal. (Padahal kenal man kidal sorang je orang kidal yang kreatif bye). Ni maksalah dia lagi, apsal aku tak kreatif langsung? Nak lukis pokok silap haribulan boleh jadi muka Kim Kardashian. Kahkah.


Pendidikan seni paling tinggi dapat C pulak tu. Kalau lepak ngan membe membe lepas tu buat macam benda benda comel yang melibatkan tangan ni ; buat riben ke, menjahit ke, confirm2 dorang takut nak lepas kat tangan aku sebab memang wajibulghunnah aku akan jadi spoiler. Haha.


Bak datang aku nak cekik orang yang cakap si kidal kidal ni kreatif. Mainkan perasaan aku betul.



1 comments:

yan_n.i.m said...

suke bace blog kak hana. berkekekekekek gelok. hehe. :))

Search This Blog