f

Sunday, February 12, 2012

KFC




Isu KFC bukan lah isu besar pun aku rasa. Cuma yang buat dia jadi tumpuan semua orang sebab dia melibatkan melayu dan cina. Lepas tu annoying gila tengok comment2 racist yang cina kutuk mat rempit melayu. Yang melayu standard la bila marah ape benda lagi ayat nak pakai? WOI CAKAP BAIK SIKIT TANAH NI MELAYU YANG PUNYA.


Kah kah kah dah besar, boleh fikir sendiri.


Dan aku bukan nak bincang pasal racism issue whatsoever lah yang kau nak kaitkan dalam hal KFC ni, cuma aku nak tulis dari segi the feelings of working with customer and I can say that the experiences really suck big time.



Bila orang tak habes habes nak ulang cakap customer always right, bagi aku tu semua bullshit la wey, cuba kau try sehari je duduk kat front line, tak kesah la customer service ke, cashier ke, sales ke, promoter ke. Kau try la buat sehari je. Time tu kau boleh tau la mane yang always right mana yang tak. Term customer always right to bukan aku cakap tak boleh pakai langsung. Ada la some situation memang betul pun macam contoh kau jual barang expired atau roti yang dah berkulat. Lepas tu customer tu datang kat kau dan maki maki sampai air liur dia pun dah tukar jadi merah depan kau. Pegi mampos la padan muka kau memang kau layak kena maki pun sebab salah satu job description dalam retail adalah PEGI CHECK EXPIRED DAN JANGAN JUAL BARANG YANG EXPIRED. Apsal aku marah sangat? Sebab haritu aku ada beli vitamin kat farmasi tengok2 dah makan sebulan rupanya expired, rasa macam nak sebut those effing words sekarang tapi... dah la malas nak fikir nasib aku hidup lagi sampai sekarang, Alhamdulillah.



Cuma aku tak boleh terima orang orang atau lebih deep di panggil customer ni, bila ada benda yang tak kena yang tak puas hati, bukan nak tanya elok elok dulu, tapi boleh suka suka hati je nak main maki maki. As in, kita yang bekerja attend customer ni takde perasaan langsung. Taktau penat. Tak tau marah. As in kau ingat orang orang yang kerja retail ni memang saja saja nak bagi kau sakit hati pun, padahal kau taktau betapa la cerita di sebalik management yang kadang kadang sucks gila diorang buat decision dari atas, dan yang terima kesan dia orang bawah yang kena attend the customer and sampaikan the message from management. Tu yang customer tak akan nak faham. Dan memang takkan faham. Dan apa yang dorang tau, marah marah, menjerit, maki maki pekerja tak tentu pasal.



Aku pernah witness sendiri ada customer yang sebenarnya take advantage bila dorang sebenarnya mencuri, lepas tu kaw kaw punya nak selamatkan diri, defend diri betul betul sampai marah, maki maki pekerja nak buktikan yang sebenanya dia tak mencuri. Dan macam biasalah cuba benarkan matlamat mereka dengan cakap, customer is always right.


Podah. Weh. Aku buat investigation dengan department head aku dalam cctv, memang betul dia mencuri. Dan dia terlepas gara gara buat gaya 'customer is always right'.





0 comments:

 
Norhana Rosmida