Perangai paling tercomelz

by - February 02, 2012





Aku sebena banyak benda nak cerita tapi cukup malas nak type. Sungguh bedebah perasaan pemalas ni. Tempat kerja baru dah masuk. Sungguh rasa welcomed sekali tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Taktau lagi esok lusa aku akan tension dengan siapa, tapi syukur lah dah dapat kerja office hour cuti sabtu ahad. Rasa macam nak kawen dengan tiang tau tak gembira punya pasal. Heh.


Buat masa sekarang ni aku tengah berbulu dengan adik aku sebab 24 jam tengok channel ceria. Rasa macam nak baling tv dengan kipas angin pun ada. Senang habis cerita siapa pun tak boleh tengok tv. Bila pukul 8 confirm confirm abah tengok berita. Kan aku dah telepas cerita junior masterchef australia yang sungguh inspirational tu? Aku masak ikan bilis pun dah tekial kial ini kan pula masak macam budak budak tu. Resipi bukan main taknak kalah chicken roasted with pudina and herbs cherry caramelized whatever loserrrr. Haram aku reti masak macam tu punya 14 juta bahan ada.


Okay sebena aku nak cerita sesuatu tentang perangai aku yang sungguh comel ni. Sungguh comel sampai tak ada sesiapa berani tandingiku. Ketika menulis ni pun masih terasa comel umpama pari pari.


Waklu.


Haritu aku semangat gila la kan pegi kerja first day pakai eyeliner, pakai inner maysa yang aku beli kemaen mahal. Malangya bila pakai buruk hahaha tapi aku gagahkan diri pakai jugak mengenangkan dah melayang duit RM 50 yang telah di paw dari mak aku, sungguh berjaya sekali gadis semasa ini. Dan aku bukan nak sembang pasal tudung yang Yuna pakai time AJL 26, aku nak cerita pasal eyeliner aku. Okay pada pagi yang begitu awal iaitu pukul 6.30 aku dah bangun sebab bajet nak sampai pukul 7.15 tapi nasib baik sampai pukul 7.35 pagi sebab aku haru cari parking dan bedebar debar time nak reverse kereta masuk parking. Maklumlah, hari tu aku pakai eyeliner dengan inner tudung baru haha macam takde kena mengena eyeliner dengan reverse kereta bye.



Jap, skang aku nak cerita pasal eyeliner je kan? Ape maksalah aku merepek sampai ke laut tah? Baiklah, cerita dia begini, bila aku balik kerumah, maka aku pun nak buang la eyeliner di atas mata ku ini, sebab takkan la nak tidur pakai eyeliner, sumpah bangun tidur esok muka jadi macam hantu sebab aku tidur buassss kateko. Jadi apabila aku telah membuang sisa sisa eyeliner di atas mata menggunakan tisu, aku telah tiba tiba bengang sebab apsal kat belah kanan mata aku ni, ade eyeliner secenonet kat tepi mata dari tadi aku sental pakai tisu, dia tak hilang hilang ni woi!



Maka aku tenyeh lagi tenyeh lagi, tak hilang jugak hitam kat tepi tu.




RUPANYA AKU LUPA, MEMANG LA TAK HILANG. TU TAIK LALAT AKU.


You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews