Robot






Bosan la kalau hidup kau ni sebena orang treat kau macam robot. Sebab mereka ada sistem sendiri, cuba masukkan dalam diri kau dan cabut segala perasaan, hati dan nafsu kau. Bosan tau tak kalau hidup ni kena pura pura tak peduli perasaan sendiri dan pretend untuk jadi HEY I'M HAPPY WHEN YOU'RE HAPPY. Tak ada siapa nak sokong kau bila kau jatuh, kau kena bangun tatih sendiri pakai satu kaki.


Sebab semua orang nak kat kau bila kau happy je. Bila kau senang je. Biasalah. Aku kan robot. Letak ceri kat hidung yang sedia besar ni, make up tebal tebal kat muka sikit. Cukup la tu syarat, dah boleh jadi badut. Luar nampak meriah, dalam hati serious parah.


Sampai satu tahap aku fikir, cukuplah. Kalau tujuan aku hidup untuk bahagiakan orang lain, tutup semua cerita aku. Bawak aku kepada kebahagian mereka. Biar aku mati tenang. Biar jadikan aku orang pemberi, bukan penerima.



Nah, ambik lah semua ego aku.








0 comments:

Search This Blog