Wednesday, March 28, 2012

Perlumbaan cakap bersama Watson Nyambek



Contoh pertama : Aku kena buat perucapan awam masa perhimpunan bulanan haritu. Dan habes je presentation tu, sorang staff cakap, EH HANA, AKU RASA OKAY LA PRESENTATION KAU. TAPI KAU CAKAP LAJU DAN PANJANG BERJELA-JELA MAKA TAK MUNGKIN ORANG BIASA AKAN FAHAM APA KAU CAKAP. HANYA GENIUS YANG MUNGKIN. Jadi aku fikir, kat tempat kerja aku macam aku sorang je yang genius, dan aku ambik keputusan untuk mentauliahkan presentation aku pada haritu sebagai major failed.

Contoh kedua : Setiap kali bila aku cuba buat kelakar depan orang, ia akan end up dengan aku yang sorang-sorang gelak. Lepas tu orang depan aku buat muka macam HA HA HA. OKAY TAK FAHAM. AKU GELAK SECEBIS SEBAB KESIAN TENGOK EFFORT KAU CUBA BUAT KELAKAR TAPI SEBAB KAU CAKAP LAJU MAKA AKU A BIT UNSURE DENGAN APA YANG KAU NAK SAMPAIKAN EKHEMMM, BOLEH REPEAT BALIK TAK LAWAK KAU? *kerut kening*

 
Contoh ketiga : Minggu lepas aku kena liase dengan sorang pegawai kat HQ. Sebab dia nak buat taklimat kat tempat aku. Maka dia call aku untuk confirm kan hotel dan driver. So aku being a cute girl bercakap seperti kena kejar dengan jin aprit ni telah bercakap dan explain kat dia pasal plan taklimat ni dengan begitu bapak laju tanpa henti menggunakan kurang dari separuh nafas ini - telah tiba-tiba diberi satu speed trap oleh pegawai ni tadi; EH EH JAP JAPPP CIK HANA. KEJAP KEJAP. SABAR. BOLEH BAGI SAYA CAKAP DULU?

*Masukkan efek perempuan comel tengah malu*
*Menangis tepi kolam*
Sadis sekali.
Heh.
He.
H.
.


4 comments:

rafiq said...

cuba ko buat kelakar tapi last sekali ko tak gelak pulak.
cemane.

Hanamaruku said...

soalan paling susah nak cuba tu.

DHIQA nA.IM said...

assalamualaikum kak hana ..
memang lambat sikit komen entry ni sbb baru follow .. masalhnye kenape saya ikot bace laju2 jugak entry nie ?=___="

Hanamaruku said...

w'salam.
haha. bagus! :P