GPS yang tak guna ni dah boleh baling dalam loji kumbahan



Aku rasa masuk kali ni, entah kali ke berapa aku lead orang ke jalan yang mungkar. Tambah-tambah bila dalam telefon. Contohnya kalau kawan aku call aku tanya rumah aku kat mana. Dan dia all the way dari KL, dah sampai kat exit Ipoh, lalu dia tanya, WEH HANA. AKU DAH ADA KAT RISDA NI. PASTU AKU KENA PEGI MANA?


Menjadi seorang GPS yang lembab dan nyanyok ini mesti lah aku jawab, HA? BILA MASA HIGHWAY KAT IPOH ADA RISDA?


Yang bangangnya, RISDA tu sebenanya hari-hari aku tengok cuma aku tak pernah take it serious atau pun macam betul-betul capture dalam otak aku yang itu adalah bangunan RISDA. Aku cuma tau, ha kat depan highway keluar Ipoh ada satu bangunan warna kuning 2 tingkat, pegi mampos la nama dia apa.



Maka tadi, aku dengan 2 biji kereta lagi nak pergi kenduri sorang kawan kami time Diploma. Punya lah bangga sekilo aku lead dorang konon-konon tau jalan. Natijah perangai bangga tak pasal-pasal aku ni telah menyebabkan kami telah sesat sebanyak dua kali. Kejap ke depan, kejap patah balik. Kejap ke kiri. Kejap ke kanan. Satu khemah kenduri pun tak jumpa.



Tapi lepas kesungguhan yang tak berbelah bagi dari yours sincerely GPS tak guna ini, akhirnya sampai juga ke destinasi. Keluar dari kereta dengan penuh gaya. Full of confidence acah-acah lalu karpet merah ewwohh. Tapi tengok-tengok, salah rumah. Naseb ada banting gambar pengantin. Gila jebon punya malu terpaksa gostan balik masuk kereta.


Diselangi oleh orang-orang kat luar yang ketawa tak ingat dunia.



4 comments:

Hidemichi said...

Gua bab jd GPS ni pun x lulus gak...sbb tu gua sendiri pakai GPS- tu pun jgn, sesat gak lg!

mi lo mi lo said...

haha..buat tergelak sokmo jer..=). update banyak2 lg.

nizamsani said...

inilah gps - guna pun sesat. haha.

Hanamaruku said...

haha. tak sangka nizamsani begitu kreatif orangnya.

Search This Blog