Thursday, April 19, 2012

Cakap orang yang acah-acah pawang

Ikut orang cakap.

Dari dulu sampai sekarang, aku rasa hidup ni berpandukan hanya pada apa orang cakap. Sebab aku rasa ada yang masih belum sedar Tuhan punya jarak dengan manusia lebih dekat dari urat kita. Macam mana punya dekat aku tak pasti, tapi kesedaran macam ni belum ada kat sesetengah orang yang rasa dia Tuhan segala alam, yang maha pembuat takdir, yang maha pawang, yang maha hebat menilik kehidupan orang.


Persetankan.


1) Dulu masa sekolah, aku ada satu mentaliti yang bila kau masuk kelas sains masa form 4-5 kau adalah si bijak pandai yang confirm akan jadi doktor. Ini semua gara-gara orang cakap. Gara-gara sistem sekolah yang ah-taknak-sebut, gara-gara semua orang cakap BAIK KAU MASUK KELAS SAINS. BUDAK-BUDAK SAINS BUDAK PANDAI. Maka bila dapat 8A, aku langsung tak diberi pilihan untuk pilih kelas apa dan sekolah yang tentukan aku masuk kelas sains. Sampai skang bila aku fikir balik, aku menyesal kenapa aku masuk sains walhal aku adalah perempuan pendek yang sukakan sastera dan puisi. Imaginasi aku kuat, bukan duduk dalam lab periksa tengkorak punya gigi. Menyesal pun satu sen tak guna, SPM aku semua subjek sains aku dapat C. Mujur tak dapat D tu pun dah cukup bagus, tapi tu lah aku nak cakap. DENGAR CAKAP ORANG.


MAJOR FAILED.


2) Bila result sains aku teruk, matriks mana nak bagi aku masuk tempat mereka? Nak ke diterima perempuan bebal sains macam aku? Waktu tu aku dapat tawaran Diploma Banking kat UiTM. Choice paling last aku mintak. Tu pun sebab aku dah taktau nak pilih apa dah sebab first choice aku adalah account. Dah la dapat kat Arau. Tempat yang aku paling taknak sekali. Dan first sem aku masuk sana, ada sorang ni pegi cakap kat bapak aku, HA? ANAK AWAK BANKING? ISH. COURSE TAKDE MASA DEPAN TU. SUSAH DAPAT KERJA. Eh whatever la sama kau. Aku peduli apa? Aku dah taknak dengar cakap orang. Aku sambong sampai aku grad. Dan aku dapat apa yang aku nak. Tuhan bawak aku ke Degree in Human Resource. Rupa-rupanya sesuatu yang aku nak. Awal 2009 tamat diploma, tengah 2009 sambung Degree. Tak dengar cakap orang.



MAJOR WIN.


3) Waktu aku pilih nak masuk degree in human resource, aku tanya semua lecturer aku. Sebab sepatutnya once diploma aku banking, major aku should be finance. Semua lecturer aku tak bagi aku ambik human resource. Takde masa depan kata nya. Subjek senang kata nya, hanya untuk orang-orang yang CGPA rendah je. Course takde quality katanya. Susah dapat kerja katanya. Name it. Macam-macam kat telinga aku ni masuk. Even dulu aku ajak budak2 course diploma aku masuk HR masa degree, sorang je yang nak masuk dari 87 orang. Tu pun aku dah convince dia cakap HR tu bagus sebab mula-mula pun dia macam confuse taktau nak ambik finance atau HR. Taik telinga aku dah beku dah dengar orang semua cakap HR ni course merapu. Course senang. YaAllah pedihnya. Aku teruskan jugak. Sebab aku tau apa aku buat. Regardless apa yang orang cakap pasal HR. Aku dah tak peduli. Tak dengar cakap orang.



MAJOR WIN.
Dan kau tau apa yang lagi WIN? Kawan aku tu dapat Anugerah Naib Canselor, dan satu-satunya yang dapat ANC dalam course HR. Untunglah dia PTPTN teros convert jadi scholarship. Tak payah penat-penat nak berdemo mintak mansuh PTPTN.


Eh.



4) 2009-2011 di UiTM Perak untuk Degree in Human Resource adalah sesuatu yang berbaloi. Sesuatu yang dapat prove kat semua orang, yang bukan pandangan atau pendapat setiap orang terhadap sesuatu benda tu betul. Kebanyakan kawan-kawan aku dah dapat jadi orang human resource kat company-company luar. Kitorang la yang tukang post kat facebook bagitau kat orang kalau ada kerja-kerja kosong. Sampai kadang-kadang terfikir, ini yang dikatakan course kami tak guna? Lebih baik mati dari cuba berlagak jadi Tuhan. Tak dengar cakap orang.



MAJOR WIN.




5) Aku sekarang bekerja dengan badan berkanun. Aku masih ingat, lepas habis belajar, semua orang akan cakap TAK PAYAH LA MIMPI DAPAT GOMEN, BADAN BEKANUN. SEMUA PAKAI CABLE JE. KAU DAPAT INTERVIEW PUN TAK GUNA. Aku diberi ayat-ayat macam tu masa aku tengah tunggu time nak pegi interview kat tempat kerja aku sekarang. Even orang terdekat dengan aku pun boleh downkan aku macam tu. Sampai aku dah mindset macam tu - give up terus nak pegi interview. Tapi aku gagahkan jugak. Tapi last-last aku dapat jugak kerja ni - bahagian HR lagi. Apa benda la selama ni orang suka cakap mengalahkan Tuhan?


Sekarang aku dah takkan percaya dengan cakap-cakap orang. Sebab tiada cable yang paling besar dalam dunia ni melainkan Allah. And I believe that only HIM can make everything real. KUN FAYAKUN. Atas usaha kita, Dia yang akan tentukan.


BUKAN DARI CAKAP ORANG.
Yang sebenarnya hanya salakan-salakan dengki.
Walaupun aku sekarang perlukan seorang motivator ceramah aku hari-hari.
Sebab boleh jadi sekarang aku dah tak percaya pada diri.
Walaupun aku tak dengar dengan telinga,
tapi setiap sindirian aku dapat dengar pakai hati.
Lantaklah.


Siapa peyakin aku yang paling dekat sekali?
Diri aku,
dan usaha aku sendiri.
Imma show to everybody.

11 comments:

Rara Nasiha said...

orang kadang-kadang lebih suka tengok kita jatuh, dari kita berjaya. so persetankan aje semua tu. just believe in yourself n now, see, you already success :)

mi lo mi lo said...

saya suka kak hana!!siyesslyyyyy gileeeeeee....kak buat post selalu yew...!! bagi semangat nieh!!^^.

mi lo mi lo said...

suka kak hana!!siyessslyyy gileee!!..post yang nie buat sy semangat lagi nak belajar!!thanks kak!!miahaha..selalu la post yee kak^^

mi lo mi lo said...

kak hana best!!!

Hanamaruku said...

@ Rara Nasiha
Taklah success mana pun. Tapi tula, selama hidup ni, tu la pengajaran dia. Nak buat something tak perlu bergantung kat orang 100%. Sbb bukan dorang penentu hidup kita, but ourselves :)

@ mi lo mi lo
Amboi kemaen eksaited sampai 3 komen :p bagus la kalau post ni bagi semangat. belajar rajen2 okay :'D

tujuhlapan said...

Saya menyesal sebab ikut cakap cikgu yang tak bagi saya ambik HR lepastu paksa saya ambik Business. Bodohnyaaaa saya ikut cakap 'orang'.

Kaki Merapu said...

so true....no doubt...

fana fahana said...

sis,,,sugguh berinspirasi post kali ni,,,semangat untuk diri sy jugak lah.... dlm usaha kita nk berjaya ada je yg cakap2 negatif...tq sis!!

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

memang terbaik la makcik wok. selalu mitak kat tuhan, tu yang paling pertama sekali. Dia pasti berikan yang terbaik untuk kita.

mi lo mi lo said...

bayek kak ana!!^^..

Miss Hamilicious said...

pergh ! hebat la boleh bawak HR sebab member kata course ni berat kot... btw, kita ni sama spesies la, yang di pangkah tanpa tahu hujungnya.

mulut longkang memang macam tu . eh?

-_-"

Good luck sis ! =)