Tak mungkin Elbert Enstein bakal bangga dengan aku



Setiap kali bila Pengarah kata nak jumpa, terus kecut perut rasa time tu jugak nak tekentut nak teberak. Pengotor gila kau ni hana.


Dan ini adalah simptom yang bukan aku sorang je akan alami, malah aku rasa setiap orang. Basically, setiap orang yang kena jumpa Pengarah, diorang akan tiba tiba buat kenduri doa mohon perlindungan kat luar opis secara tiba-tiba menadah tangan baca ayat kursi atau cakap YA ALLAH. SELAMATKANLAH AKU DARI SEGALA AZAB DAN BENCANA. Padahal tak silap aku, Pengarah aku tak makan orang. Aku tak pasti paseipe semua orang mesti ada reaksi macam tu.


So harini, Pengarah nak jumpa aku dengan 2 orang lagi staf. Untuk bincang pasal planning percentage kursus ke apa tah. Perempuan blur macam aku ni kadang-kadang kalau busy sangat memang dah tak rasa takut dah. Takde nak neves-neves aku redah je masuk bilik Pengarah. Aku tak prepare apa-apa info pun nak mengadap Pengarah. Hati kosong, jiwa kosong. Sebab tiba-tiba bulan ni serabut sikit sebab ada 40000 deadline kena kejar. Sampai harini aku bawak bekal tapi lupa nak makan. Dan by the time aku type ni pun, aku hanya makan karipap 3 ketul dari pagi tadi and believe it or not aku masih tak rasa lapar. O O hidung kembang.



Lepas tu masuk bilik Pengarah, ada 3 kerusi. 2 staf termasuk aku, maka kerusi tu ngam-ngam untuk kami bertiga. Tapi apakah malang sungguh nasib ini setiap kali masuk bilik pengarah, aku mesti terkena duduk kat tengah. Kau faham tak konsep duduk di tengah pengarah tu macam mana?


1) Kerusi ada 3. Satu belah kiri, satu tengah, satu kanan.

2) Kerusi tengah semestinya memiliki angle mata-bertentang-mata adakah kah kau terasa cinta kian memekar di hati kita. (Pengarah aku perempuan, thanks)

3) Maka, semakin duduk di tengah, semakin mengadap mata pengarah. Semakin ramai orang takut nak duduk kat tengah.


Jadi, hai, aku ini mangsa kena duduk tengah thanks a lot -__-


Okay so perbincangan secara serious pun bermula. (jangan bayangkan muka aku ketika serious kan aku dah pesan haritu)

Tiba-tiba datang satu part, Pengarah mention pasal Gred-gred pegawai - which is aku pun tak pasti sampai sekarang apakah itu. Maka bila Pengarah cakap pasal benda tu, mata beliau akan sentiasa pandang kat aku selaku penduduk di kerusi tengah. Jadi bagi membuktikan kewibawaan aku, aku hanya anggukkan apa yang Pengarah aku cakap - pura-pura faham.


Tak sangkat Pengarah aku tanya,
OH HANA SO YOU DAH FAHAM EA? YOU DAH BLAJAR DAH PASAL GRED-GRED NI?


Aku, sebagai yang tak pernah menipu dan sungguh jujur ini jawab ;
ERR? HA? HEH. HA? HEHEHE. TAKTAU PUN SEBENARNYA. DAH PUAN PANDANG SAYA, SAYA ANGGUK JE LA.


Pengarah : Gelak hambar.
Aku : Cuba cari lubang di bawah meja untuk menyorok malangnya tak ada.



3 comments:

fana fahana said...

duduk tengah dan mata bertentang mata memang menakutkan...pula ada kawan nak pedajal...ceit!

rafiq said...

hahaha..
kelakar cite kau ni..
semakin kau kerja semakin pndai kau buat lawak..

tak sangkat tu perkataan baru..

Hidemichi said...

y u no serious? (- -')

Search This Blog