Thursday, May 10, 2012

Confirm yang paling comelz

Harini aku dengan kawan aku beserta bos besar pegi keluar ziarah sorang family sorang staf sebab ada kenduri. Kami beramai-ramai telah menaiki sebuah kereta maka di dalam kereta itu kami berbual-bual kosong.


Sejak dari semalam aku memang dah bertekad untuk tidak bercakap banyak di depan orang, tidak bercakap main-main sambil buat lawak, bertindak serious gila dalam setiap perbuatan, dan berjalan dengan lebih perlahan supaya tidak akan di panggil hana kelam kabut. Maka harini adalah bukan main aku bertekad nak jadi serious gila time pergi kerja dan taknak cakap langsong. Tambah-tambah kalau depan bos lagi aku elak nak cakap lebih-lebih dah sebab aku takot tersalah cakap atau sebenarnya aku taktau pun apa aku cakap tu tak sepatutnya di cakap kerana diri begitu naive dan innocent.



Dalam kereta, bos duduk depan, aku dengan kawan duduk belakang. Tiba-tiba kawan bukak cerita


Kawan : Puan, dah keluar dah email yang kursus motivasi tu eh? Saya ingat cawangan tak buat. Rupanya buat jugak kursus tu.


Aku (yang acah-acah taknak cakap apa-apa harini konon wey konon) : Aah kan! Aku baru baca email tadi! Ha tapi sape tah penceramah motivasi tu weh? Tak kenal pun nama dia apsal dorang amik orang yang tak femes?


Kawan : Err, tu husband puan la.


Kawan : SAMBIL JEGIL MATA KAT AKU.


***


Perangai kau kan hana? Perangai kau. Sumpah memang aku taktau tu husband bos aku. Kepala bana juga perasaan malu ini menyelubungi hati hingga ke saat ini.


*nangis celah langsir*

8 comments:

Aqim said...

hahahahahaha.
sumpah mesti malu giler kan?
hahaha

Kaki Merapu said...

tu bukan comel tu comot...hahaahahahaha...

Kaki Merapu said...
This comment has been removed by the author.
Cik Onie Diyana said...

ahahah...aku tak leh nak bayang muke ko time tu..

Cik Onie Diyana said...

ahahaha.aku da x leh nak bayang muke ko time tu hana...

mi lo mi lo said...

hehe..akak nie kelaka lee...kak udate lg tau><.post akak best2=)

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

kau diam boleh tak?
hahaha

Cinta PolkaDot said...

Done follow u n bw blog u... plss follow me back :) anisnatasha-s.blogspot.com