Friday, May 18, 2012

Pengalaman di Sarawak tanpa kamera

Itu lah dia. Tanpa kamera. Betapa besar gedabak kamera ada kat rumah, aku lupa nak bawak. Perangai macam nak mintak terajang pun ada. Dah la pegi kursus kat Sarawak 25 tahun sekali. Tunggu lagi 25 tahun pegi Sarawak itu jam dah tua bangka mana larat dah nak pegang kamera. Mana ada feel muda remaja dah sikit-sikit nak tangkap gambar. Alahai terkilannya ada perangai macam ni.


Menjadi budak paling muda dalam unit admin, aku rasa aku telah menjadi sweetheart of all. Bayangkanlah. Sweet tak sweet, semua benda senior-senior aku petik nama aku. Kejap kena present, kejap kena jadi MC. Alasan cuma satu, BAGI HANA. DIA BARU. Aku ni pun tekontang kanting muka tak malu sorang-sorang kat depan. Mujur muka tak malu. Mujur muka aku masih tebal since tersalah cakap depan bos aku terkata pasal husband dia. Mujur kau Hana, mujur.



Berbekalkan semangat jiwa muda ini, bila dah ada kat tempat orang, mesti kaki aku larat nak bejalan sana-sini kalau boleh sampai nak pegi Kampung Budaya Sarawak tapi apakan daya, semua kawan-kawan sekursus berumur 45 tahun keatas yang tidak ada daya stamina yang tinggi seperti aku, sikit-sikit AKAK TAK LARAT LAH DIK. KITA PEGI SHOPPING JE LAH. Kesian kat aku. Sebagai adik yang sangat sweetheart, aku ikot je la. Sebab apa yang best keluar ngan akak-akak senior semua benda diorang keluar duet aku hanya ikut. Macam anak ikut mak dia, macam tu la aku. Basically kalau ikot pangkat aku dah boleh panggil dorang mak, anak-anak dorang pun dah baya aku, siap dah ada cucu, tapi macam kelakar nak pakai makcik atau auntie maka hanya panggil diorang akak.



Okay, bila dah suruh-suruh kawan-kawan pangkat auntie ni tangkapkan gambar aku, aku memang serious malu nak posing lebih-lebih sebab rasa macam HANA KAU KENA BEHAVE DEPAN ORANG TUA PLEASE.



Sebab tu posing cuma macam ni. T_______________T

Gambar-gambar tak bermutu yang sempat di snapzz pakai hengpom ;

Dalam bot nak seberang waterfront. Kesian tengok pakcik ni kerja, panas-panas terik, siap bawak beras lagi dalam bot.


Aku sebena setiap kali tengok air kat waterfront, akan terus terperasan belakon dalam filem aksi seram, yang mana tengah syok-syok duduk dalam bot tiba-tiba ada buaya sergah dari belakang.

Petrajaya. Nama sungguh pahlawan.


Setiap kali naik bot dengan akak-akak ni confirm membebel-bebel menjerit-jerit sebab takot tak seimbang. Maklumlah kalau nak harap aku nak bagi seimbang macam harapan je sebab berat aku takde function pon. Wakaka.

**

Okay, nama roomate aku adalah Ainon. Orang akan panggil dia Enon.




Cuba teka yang mana satu Kak Enon mihmihmihmih. Kak Enon baik sangat loghat Perak bapak pekat, kadang-kadang nak tegelak pun ada dengar dia cakap. Benda paling terkesan aku dengar dia cerita, HANA, KITA JANGAN BERKIRA DENGAN MAK ABAH. ADA DUET GAJI, BAGI KAT DIORANG. NANTI TUHAN AKAN MURAHKAN REZKI LAGI. LEPAS TU INSYALLAH AKAN DAPAT PASANGAN HIDUP YANG TAK BERKIRA DENGAN KITA KALAU KITA TAK BERKIRA DENGAN MAK ABAH.



Nak menangis pun ada dengar Kak Enon cerita. Aku sebenarnya perempuan paling degil dan selalu bagi mak sedih, tapi setiap kali bila dengar cerita pasal mak abah ni, memang akan terus rasa nak nanges. Ironi sungguh.



Okay berbalik kepada Kak Enon. Cerita dia macam ni. Aku dengan Din dan kawan-kawan aku memang dah biasa sangat cakap perkataan mak enon. Selalunya mak enon ni akan tekeluar bila ada situasi macam,


WEH, PEBENDA KAU NI ASYIK TERLUPA JE? MAK ENON BETUL.


atau,


WOYH PENAT GILA WEH HARINI ALAHAI MAK ENONNNNN. *mengeluh*


Kira ni adalah situasi-situasi yang aku selalu cakap, dan dah terbiasa cakap. Sampai bila dah roomate dengan Kak Enon pun aku terlupa aku ada tersebut Mak Enon banyak kali lepas tu aku macam SHITTTTTTTTTTT. AGAK-AGAK KAK ENON TERASA TAK?

5 comments:

Hidemichi said...

Ish, kalau aku mak enon...err, x mungkin kot!

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

ko ni tak insap2 lagi ke? hahaha

@ju said...

mungkin dia terasa jugak...tapi dia pendamkan sajer...

nizamsani said...

ole-ole?

miza kimbum said...

kahkahkah ...
akk2,lwk je...XD