Si Jamilah buat hal lagi



A : Hello saya buat panggilan dari Jabatan Operasi Cukai Antarabangsa. Haritu pihak Cik ada buat permohonan untuk jemput seorang penceramah dari Jabatan kami untuk beri taklimat di Jabatan Cik kan?

Jamilah : Ya betul. Pada 5 Julai ni.

A : Saya nak tanya tentang penginapan penceramah, adakah peruntukan akan di beri oleh Jabatan Cik kepada penceramah atau perlu di tanggung oleh Jabatan kami?

Jamilah : Maaf ya puan. Saya tak pasti tentang taklimat ni sebab saya bukan pegawai yang uruskan taklimat ni. Saya akan cuba minta pengesahan dari pegawai teknikal saya dan hubungi puan lepas ni. Boleh saya dapatkan extension puan?

A : 23222.

Jamilah : Okay, terima kasih. Nama Puan?

A : Encik Silva.





Jamilah angkat kaki



Tadi ada sorang consultant luar bertaraf doktor dan profesor datang ofis dan hantar proposal training kat aku. Sambil sembang sembang belek belek, aku terpandang quotation dia bagi which is 4 jam taklimat, harga RM 2000.

Selang beberapa minit, aku saja mintak confirmation dengan dia, walaubagaimana pun, begitu malang sekali, sebab aku cakap laju dan aku tersalah cakap ;

OK PROF, SEKARANG KALAU KAMI NAK BUAT TAKLIMAT 4 JAM, HARGA YOU OFFER 2 RINGGIT KAN?


Dan profesor tu dah angkat kening kat aku. Diselangi bunyi bunyi setan berbisik bisik di telinga ku syahduz,

kadang-kadang kau ni bangang jugak kan.



Pengakuan dari Jamilah



Sup Ayam Untuk Jiwa.
i) Kisah Jamilah mahu jadi menteri.


Coming soon.



4 sebab kenapa aku menyampah makan kat meja VIP



1) Bila kena makan meja VIP, bermakna mulut kau kena ringan gila sembang dengan VIP dan tanya itu ini. Lepas tu bila kau dah takde idea, dia macam bunyi cengkerik krik krik dan kau dah tak reti nak pandang tempat lain selain sudu dan garfu kau. Lepas tu dia akan jadi makan tak kenyang langsung, sebab perasaan lapar bila di campur dengan perasaan neves, ia adalah menjadi hancur sama sekali. Punah harapan perut mahu mengudap makanan lazat-lazat di atas meja. Begitu tragik nasib perut terpaksa kaver line kenyang sebab yelah, makan depan VIP, takkan kau nak tunjuk perangai sakai kau, Hana?


2) Bila kena makan meja VIP, semua orang akan pretend yang dia sebenarnya tak hengen pun nak makan makanan-makanan sedap atas meja tu. Padahal terang-terang ada sate ayam gebu belidi-lidi. Padahal hari-hari bila nampak sate macam teringin gila nak beli tapi tengok duit hanya cukup beli 5 cucuk je, mana nak kenyang. Nak bagi adik-adik lagi last-last tak jadi beli. Terus bila makan dengan VIP hilang gelodak terhadap sate, konon-konon mula-mula ambil karipap dulu padahal tak tahan gila jiwa pandang sate macam menari-nari je atas meja.



3) Bila kena makan meja VIP, tambah-tambah bila makan tengah hari. Kau sebenar kagum gila tengok ikan siakap masak tiga rasa kat hujung tu, tapi badan kau tak sampai maka kau terpaksa bangun. Faham tak bila bangun tu rasa macam hak ala lapar gila ke kau Hana? Apa kata kau ambik makanan yang dekat-dekat je dengan tangan kau. Tapi maksalahnya makanan dekat-dekat selalunya mesti sayur, ish nasib badan betul. Nasib baik kadang-kadang ada bos yang baik hati seakan-akan faham gelodak jiwa ini, tolong ambikkan pinggan ikan bawak ke kau. Excited gila korek ikan siakap sampai isi terpelanting-pelanting. Sakai weh sakai. Haha.


4) Bila kena makan meja VIP, tangan rasa macam gatal-gatal je nak ratah udang-udang galah besau dengan tangan. Tapi kadang-kadang diri tak peduli jugak. Aku sental je mana yang boleh. Tapi bergantung pada VIP yang mana satu wakakaka. Kalau satu meja dengan VIP dari HQ yang aku tak kenal, aku bedal je udang pakai tangan. Siap feel gila isap kepala udang sampai tak sedar orang meja sebelah pandang kau. Lepas tu nak try menjadi sopan balik, konon-konon kupas kulit udang pakai sudu, mak aih. Memekak gila pinggan asyik bebunyi-bunyi, lepas tu malu.



Sebab tu la setiap kali kalau di ajak makan kat meja VIP semua akan WEH KAU LA. KAU LA. AKU TAKNAK. AKU ADA KERJA. AKU NAK TEBERAK. AKU KENA BALIK. AKU KENA KAWEN. AKU DAH KENYANG. AKU PUASA. Padahal sebelum tu terang-terang makan roti dalam bilik sorang-sorang, dan dan nak kata puasa. Begitulah riwayatnya semua orang tak suka makan kat meja VIP.



Malapetaka ini berlanjutan hingga jilid ke 50



Aku sering beranggapan menjadi seseorang di dalam kelompok baru bakal di benci sesiapa. Bakal tidak disukai sesiapa. Bakal mendatangkan bala. Bakal menampakkan kebodohan aku, ketidak matangan aku dari segala aspek, yes, orang tidak matang ini sedang bercerita mengenai aspek kau tahu?


I just dont get it how people boleh rasa over confident dengan diri sendiri yang yeaa semua orang suka aku, kau ada? Sebab aku tak rasa macam tu. Sebab aku ada satu rasa this stupid inferior feelings macam alamak susah nak eksplen rasa dia macam mana, yang terlalu takut orang tak suka kan aku. Terlalu fikirkan apa orang fikir pasal aku.


Ini lah yang di panggil malapetaka yang mana manusia tak lepas dari mahukan perasaan bangga mahu dipuji, mahu di suka, mahu di puja setiap masa. Susah kalau asyik fikir kan orang. Fikirkan hati orang. Fikirkan jaga hati orang. Sebab nanti lama-lama aku syak, sendiri boleh jadi gila.


Gila sebab asyik fikir macam mana cuba puaskan hati semua orang. Idea paling bodoh setakat ni. Tak mungkin semua orang akan puas hati. Melainkan kau adalah ferrero rocher yang sedap gila babun. Weh, siapa nak tolak kalau dapat? Coklat mahal woooo.





Search This Blog