4 sebab kenapa aku menyampah makan kat meja VIP

by - June 08, 2012

1) Bila kena makan meja VIP, bermakna mulut kau kena ringan gila sembang dengan VIP dan tanya itu ini. Lepas tu bila kau dah takde idea, dia macam bunyi cengkerik krik krik dan kau dah tak reti nak pandang tempat lain selain sudu dan garfu kau. Lepas tu dia akan jadi makan tak kenyang langsung, sebab perasaan lapar bila di campur dengan perasaan neves, ia adalah menjadi hancur sama sekali. Punah harapan perut mahu mengudap makanan lazat-lazat di atas meja. Begitu tragik nasib perut terpaksa kaver line kenyang sebab yelah, makan depan VIP, takkan kau nak tunjuk perangai sakai kau, Hana?


2) Bila kena makan meja VIP, semua orang akan pretend yang dia sebenarnya tak hengen pun nak makan makanan-makanan sedap atas meja tu. Padahal terang-terang ada sate ayam gebu belidi-lidi. Padahal hari-hari bila nampak sate macam teringin gila nak beli tapi tengok duit hanya cukup beli 5 cucuk je, mana nak kenyang. Nak bagi adik-adik lagi last-last tak jadi beli. Terus bila makan dengan VIP hilang gelodak terhadap sate, konon-konon mula-mula ambil karipap dulu padahal tak tahan gila jiwa pandang sate macam menari-nari je atas meja.



3) Bila kena makan meja VIP, tambah-tambah bila makan tengah hari. Kau sebenar kagum gila tengok ikan siakap masak tiga rasa kat hujung tu, tapi badan kau tak sampai maka kau terpaksa bangun. Faham tak bila bangun tu rasa macam hak ala lapar gila ke kau Hana? Apa kata kau ambik makanan yang dekat-dekat je dengan tangan kau. Tapi maksalahnya makanan dekat-dekat selalunya mesti sayur, ish nasib badan betul. Nasib baik kadang-kadang ada bos yang baik hati seakan-akan faham gelodak jiwa ini, tolong ambikkan pinggan ikan bawak ke kau. Excited gila korek ikan siakap sampai isi terpelanting-pelanting. Sakai weh sakai. Haha.


4) Bila kena makan meja VIP, tangan rasa macam gatal-gatal je nak ratah udang-udang galah besau dengan tangan. Tapi kadang-kadang diri tak peduli jugak. Aku sental je mana yang boleh. Tapi bergantung pada VIP yang mana satu wakakaka. Kalau satu meja dengan VIP dari HQ yang aku tak kenal, aku bedal je udang pakai tangan. Siap feel gila isap kepala udang sampai tak sedar orang meja sebelah pandang kau. Lepas tu nak try menjadi sopan balik, konon-konon kupas kulit udang pakai sudu, mak aih. Memekak gila pinggan asyik bebunyi-bunyi, lepas tu malu.



Sebab tu la setiap kali kalau di ajak makan kat meja VIP semua akan WEH KAU LA. KAU LA. AKU TAKNAK. AKU ADA KERJA. AKU NAK TEBERAK. AKU KENA BALIK. AKU KENA KAWEN. AKU DAH KENYANG. AKU PUASA. Padahal sebelum tu terang-terang makan roti dalam bilik sorang-sorang, dan dan nak kata puasa. Begitulah riwayatnya semua orang tak suka makan kat meja VIP.

You May Also Like

10 Comments

  1. memang terasa serba tak kena. sume benda nak kene cover. :)

    ReplyDelete
  2. Ada sorang VIP ni ko takkan rasa mlu mkn dgn dia.. nama VIP tu amir amirika...hehehe

    ReplyDelete
  3. hahah.....memang makan dgn orang best ni buat kita tercover2....

    ReplyDelete
  4. hahah.....memang makan dgn orang best ni buat kita tercover2....

    ReplyDelete
  5. hahah.....memang makan dgn orang best ni buat kita tercover2....

    ReplyDelete
  6. mmg pun...mkn dgn vip smua nk cover wlupn tgh lapar giler sbnrnyer! hehehhe

    ReplyDelete
  7. hahaha..good hana. mcm tu yg aku rasa..= )

    ReplyDelete
  8. sebenarnya dorg pun sama je mcm kita...yg penting makan2 dulu...dah kenyang baru tanya sikit2 pastu blah pergi tandas dan hilangkan diri...tu yg sepatutnya...takde sapa amik kisah...

    ReplyDelete
  9. Tak bestlah. Semua kena kontrol. -.-
    Daripada cara makan sampailah cara lap mulut. Haha. Pernah sekali tu, I don't know meatball ke apa entah, liat semacam. Nak jugak cucuk pakai garpu then nak suap ke mulut, payah pulak nak gigit.. last2 terpelanting. Malu aihhh. T__T Nasib baik terpelanting balik atas pinggan sendiri. -.-

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews