f

Sunday, July 15, 2012

Kalau namanya hati manusia

Kalau namanya hati manusia,
Bila pertama kali kau disodok dengan kebencian, hati dah tak boleh bersih lagi macam Nabi. Percubaan jadi pemaaf tak mungkin termakbul kalau hati ini masih hati milik manusia.

Tak mungkin boleh sempurna kemaafan seseorang jika hati masih teringat benda lalu. Mungkin cuba kutip kekuatan cuba lupakan dan kemaafan sudah diberi, namun hati milik manusia ini masih kotor. Masih tak telus.

Namun bila kau hanya perlu ambil langkah menjauhi, pergi lari jauh-jauh, cuba cari laluan berliku-liku, kau fikir kau sudah jumpa jalan keluar, tapi rupanya kau silap, kau hanya end up dengan rasa kebencian lagi tebal - ironi nya, mana nilai kemaafan tu?

Aku dah cakap. Selagi hati kau hati milik manusia,jangan tipu. Tak mungkin kau masih manusia telus.


Aku mohon Tuhan ampunkan aku.

1 comments:

ღKekunangpelangiღ said...

Tak semua jalan itu adalah penghujung, kadang ada jalan shortcut yang lebih mendorong untuk lebih bahagia dan berfikiran positif, mana tahu. Kan? :)

 
Norhana Rosmida