Tuesday, October 23, 2012

Daddy


Kita baca blog orang tadi pasal bapak. Tengok ni kita dah nangis walaupun sebena kita tak kenal pun blogger tu secara dalam secara dekat tak kenal pun bapak dia, tapi kenapa tiba-tiba kamu nak jadi gegerl keluar ayaq mata ni?

Sebab sebena bila sembang pasal bapak, kita bukannya teringat bapak orang lain, part pendahuluan tu memang la baca cerita pasal bapak orang lain. Lepas tu memang kita dah takkan concentrate kat perenggan lain dah sebab nya kita memang akan terus teringat bapak kita.

Macam ni cerita dia.


Kita ada sorang abah yang masa kita kecik, selalu letak minyak rambut kat rambut kita lepas tu sikatkan. Maksalahnya macam mana kita boleh syok dekat minyak rambut abah pun taktau la. Dulu kalau pegi sekolah ke, pegi jalan-jalan ke, kita tak penah keluar kalau tak pakai minyak rambut abah yang dalam bekas kecik bulat tu tau tak. Abah la kita punya fashion advisor dulu when it comes to hair. Pagi-pagi rajin betul check kerja sekolah kita, susunkan buku ikut jadual dan hantar kita naik motor pegi sekolah pagi-pagi. Lepas tu bila abah marah kita, abah selalu ugut taknak bagi duit belanja sekolah. Tapi tengok-tengok masa tengah hari, abah pegi cari kita kat sekolah bagi duit belanja, comelnya abah kita. Bila kita besar, abah selalu ambik kita kat asrama UiTM Perak dengan lori abah. Abah bawak makanan bagi kat kita, abah beli kat kedai mamak. Bila tengok dalam lori abah, ada makanan jugak. Tapi makanan abah hanya bekal nasik dan ikan goreng yang abah bawak dari rumah. 


Ah taknak sambung dah. 

Tak boleh sambung air mata mengalir ngalir sangat. Kita hanya mintak satu kat tuhan supaya jangan bagi kita jadi anak yang lupa diri sebab 24 tahun abah penat-penat jaga kita sekarang tolong lah tuhan, bagi can kat kita jaga dan kerja untuk abah pulak. 

 

8 comments:

data:comment.author/> said...

InsyaAllah. Amin.

:'(

data:comment.author/> said...

mesti minyak rambut code 10 kan?


hmm bapak.. :/

data:comment.author/> said...

:|

data:comment.author/> said...

skg pakai lg minyak ambut tu?

oh nasib baik tak sambung. sikit lg nak nanges

data:comment.author/> said...

sama la abah kita... abah tak tunjuk kasih syg mcm mak kita.. for sure, kasih mereka mmg sama,,,insyAllah tak lupa~

data:comment.author/> said...

ape ni long. bergenang dah :(
abah :(

data:comment.author/> said...

along :( bergenang dah :(
dah la dkt library ni :(((

data:comment.author/> said...

kenapa sedih baca ni :(

VISITORS

 
Copyright © 2018 Norhana Rosmida. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.