Saturday, October 6, 2012

Kawan kapal terbang yang dah ada penamatannya.



Apa yang kita panggil friendship adalah kawan satu kapal yang berani cakap upfront antara satu sama lain. Berani cakap bodoh depan muka kawan, berani makan daging kawan depan-depan, berani main ludah-ludah, berani main tunjal kepala. Kejam sangat tapi hakikatnya hati kawan-kawan satu kapal memang ganas, but at the end of the day, semua sayang sama sendiri. Semua bila tidur rasa nak peluk sama sendiri. Buat salah depan-depan lah. Senang cerita. Mintak maaf depan-depan lah. Lagi senang cerita. Takkan aku nak kena ulang balik peribahasa 'sudah baling batu, lalu sorok tangan di belakang' pula?

Pengecut.

Salah nya kita di bawah akta kawan kapal tahun 2012 rekaan aku sendiri (terima kasih), bila kita rasa kita ni seperti tuhan yang duduk paling atas sekali dekat langit. Semua kita rasa kaki kita tidak layak nak cecah tanah. Rasa macam perlu semua orang cium kaki kita dulu baru dapat tengok muka kita. Amboi kenapa perangai tiba-tiba nak jadi macam tuhan ni?


Aku ingatkan setiap ribut ada tenang nya. Setiap api yang marak, ada air sejuknya. Alah, paling kurang kalau ada fresh orange kasi padam api marak tu pun jadi la. Dahaga aku bila type panjang-panjang macam ni tahu tak.

Dahaga dan bosan dengan permainan dalam kapal ini.
Jika ini kau kata sudah, maka mari cipta kesudahan yang paling manis.
Semanis pavlova yang aku teringin sangat nak buat bila adik-adik aku balik asrama nanti.


2 comments:

noraini said...

pavlova sedap! yum. eh kite follow blog awak. kite buat blog baru. jemputlah :D

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

bahasa kau terlalu tinggi sampai ke langit..hehehe