Perangai pemenang.



Bagi aku lah kan, orang yang betul-betul kau boleh cakap dia pandai dan bijak dan smart adalah bila dia belajar, dan dia suka share semua benda dia buat dengan orang lain. Dia tak kedekut langsung ajar orang lain. Dia tak kenal pun apa dia 'ilmu aku akan hilang', 'dia akan lagi pandai dari aku', 'dia akan lagi kaya dari aku' dia will never have those kinda thoughts. Because they are just smart like that.

Kelakar sangat bila aku tengok cerita masterchef masa episod berapa tah. Ada time peserta ni menang segmen cipta rasa, dia kena lawan dengan chef hebat-hebat sebab nak rebut pin kebal. Datang-datang chef tu, dia punya tunjuk hebat bukan main lagi. Sikit pun dia tak bagi tips kat peserta masterchef tu. Lagi boosting style dia masak ada lah. Dan, dia menang dalam episod tu. Tapi kan, serious aku secara telusnya tak rasa kagum langsung tengok dia menang. Tak nampak langsung kau hebat bila kau macam tu.

Aku terus teringat masa masterchef season first. Ada peserta lawan dengan sorang chef ni, dan chef ni tolong peserta tu kaw-kaw sampai dia sendiri pun tak sempat masak kot? Last-last peserta tu dapat pin kebal. Chef tu kalah. Memang chef tu kalah, tapi weh, berapa besar malu kalah dia, dari menangnya dia mengajar peserta tu sampai dia sendiri pun tak sempat masak? Mulia gila, tau tak? Berapa sangat lah menang kau tu, orang semua takkan ingat sampai mati pun. Riak tu datang sekejap je, tapi tuhan sayang ke kalau perangai macam tu?

Okay Hana, never judge.

Cuma konklusi dia sekarang kan, setiap inci ilmu apa kau ada dalam hidup ni, share lah dengan orang. Kau tak rugi langsung sebab semua benda yang kau konon-konon ada tu, takkan orang bawak sampai kau masuk kubur la. Kau member dengan kain putih dan amal-amal kau je.



7 comments:

nina asri said...

aku nak komen tang masterchef je ahha.masterchef 2 ni tak best sangat.drama lebih.eh

Nurul Izzah Razaman said...

Macam marah dgn masterchef je nih, hehehe

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

ok kau dah boleh jadi juri masterchef,

zarifahmr said...

bak pavlova sesudu?

Hanamaruku said...

nina ; haha tau takpe tapi aku ngan mak aku follow kot tak lepasss pastu kat opis pun gosip pasal masterchef je? comel sangat.

nurul izzah ; haha emo lebih yedakk :p

rafiq ; aku mmg juri tetap. kau tak perasan ke muka aku salu kuar kat 104?

bikpah ; komen tak releven. mohon belajar lagi cara menulis.. haha

Ainee Cumi said...

Aini selalu pesan kat adik Aini paling kecil kalau orang mintak ajar sila ajar dengan bersungguh sungguh. Kalau dia tak buat kerja rumah dengan alasan tak tahu buat, ajar dia jangan bagi dia tiru membabi buta. Lepas ni kawan pandai, dia pun turut pandai sekali sebab kalau kita ajar orang ilmu tu kompem lekat kat kita.

^___^

Pendek kata janganlah kedekut ilmu, makin disebarkan ilmu makin bertambah ilmu orang yang mengajar tu.

Kudos atas perkahwinan Ayed Amil awak dengan madu awak.

Anonymous said...

sebab tu aku tak letak copyright kat blog aku. sape nak share.. share je. takyah mintak kat aku. aku tak mintak credit. pi mampus la dia ngaku tu ilmu datang dari dia selepas dia copy paste dari aku. pahala distribute ilmu tuh tetap datang kat aku walau tinggi mana dia ngaku ilmu tu dtg dari dia.. ilmu itu Allah yg punya. ilmu itu free. sape nak amik! amik!!

Search This Blog