Tuesday, November 13, 2012

Perkaitan antara Nicky Astria dan nak terbuang air.


      Bila kau naik kereta lepas tu driver kereta tu jenis telinga pekak ke macam mana. Sikit punya kuat dia pasang radio. Dah la pasang radio sinar fm. Lepas tu bila time Nicky Astria nyanyi lagu pitching yang tinggi tu, tiba-tiba dalam kereta kau mula rasa nak tekencing. Okay itu bukanlah point utama yang aku nak cakap skang ni. Point aku adalah, bila kau pasang radio kuat-kuat, dan kau bercadang juga untuk bersembang dengan penumpang kau, adakah kau tak rasa pening dengan bencana maha runsing ini? Lagu Nicky Astria pasang kuat-kuat, lepas tu driver nak cakap, penumpang depan nak cakap, penumpang belakang pun nak cakap. Nicky Astria pun nak nyanyi. Dan kau sorang-sorang kat belakang rasa nak tekencing. Bala nya.


No comments: