Reben

by - December 27, 2012







Ramai sangat tanya aku macam mana nak buat reben fondant tu. Ini bukan zanji tapi pastttti (tone david teo), aku ajar kat sini macam mana nak buat step by step. Pelbagai andaian dan tuduhan dari kawan-kawan, ada yang cakap aku buat pakai acuan, ada cakap aku bekukan la apa la, tengok la segmen untuk post akan datang aku ajar korang. Amboi korang kateko, ramai ke nak tau pun. Nanti kanlah, kau ingat kau layak jadi chef sangat?


Tak terer langsung pastu tiba-tiba nak ajar orang.


Ni sebelum tu aku nak tanya, boleh tak kalau lepas ni aku nak jadikan blog aku ni blog memasak? Maksudnya apa-apa aku masak aku share resipi dengan orang? Sebab aku rasa betapa pentingnya orang-orang tak berapa pandai macam aku seperti waktu dahulu (ini ayat penekanan bahawa sekarang aku dah pandai masak sikit). Wah berusahanya letak perkataan sikit kat belakang. Supaya nampak rendah diri ke macam mana. Tak, serious aku tak pandai masak, tapi hanya minat masak. Aku rasa macam bersyukur gila ada makcik-makcik comel kat dalam dunia blog ni yang sudi berkongsi resepi dorang kat blog. YaAllah tanpa mereka siapalah aku, hanya melukut di tepi tv tengok masterchef lepas tu berangan nak masak macam budak masterchef. Mengigau ke apa weh perangai. Serious, aku rasa blog memasak adalah blog yang mengajar orang secara percuma dan bila kita masak ikut resipi diorang kan, kalau sedap dan laki kita puji, kan makcik tu dapat pahala?


"1 kita kongsi insyallah 2 kita dapat.. 2 kita kongsi 4 kita dapat.. Kalau kita tak share apa apa maka kita takkan dapat apa apa... Maka berterusanlah kita sebegitu tanpa perubahan."


Ni aku copy paste dari status kukubesi manipulasi (search sendiri kat facebook) 

Nah izinkan aku jadi makcik yang ada blog serta suka kongsi resipi sekarang. Boleh?

You May Also Like

4 Comments

  1. mohon masterchef turunkan ilmu hekhek

    ReplyDelete
  2. Akhirnyaaaaa. lama tunggu kau nak tanya macam ni hoi. share la share :)

    ReplyDelete
  3. boleh je jadikan blog ni blog memasak. I suka je. :)

    ReplyDelete
  4. Saya! Saya! Saya setuju makcik menjadi makcik guru memasak.

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews