Saturday, March 31, 2012

GPS yang tak guna ni dah boleh baling dalam loji kumbahan

Aku rasa masuk kali ni, entah kali ke berapa aku lead orang ke jalan yang mungkar. Tambah-tambah bila dalam telefon. Contohnya kalau kawan aku call aku tanya rumah aku kat mana. Dan dia all the way dari KL, dah sampai kat exit Ipoh, lalu dia tanya, WEH HANA. AKU DAH ADA KAT RISDA NI. PASTU AKU KENA PEGI MANA?


Menjadi seorang GPS yang lembab dan nyanyok ini mesti lah aku jawab, HA? BILA MASA HIGHWAY KAT IPOH ADA RISDA?


Yang bangangnya, RISDA tu sebenanya hari-hari aku tengok cuma aku tak pernah take it serious atau pun macam betul-betul capture dalam otak aku yang itu adalah bangunan RISDA. Aku cuma tau, ha kat depan highway keluar Ipoh ada satu bangunan warna kuning 2 tingkat, pegi mampos la nama dia apa.



Maka tadi, aku dengan 2 biji kereta lagi nak pergi kenduri sorang kawan kami time Diploma. Punya lah bangga sekilo aku lead dorang konon-konon tau jalan. Natijah perangai bangga tak pasal-pasal aku ni telah menyebabkan kami telah sesat sebanyak dua kali. Kejap ke depan, kejap patah balik. Kejap ke kiri. Kejap ke kanan. Satu khemah kenduri pun tak jumpa.



Tapi lepas kesungguhan yang tak berbelah bagi dari yours sincerely GPS tak guna ini, akhirnya sampai juga ke destinasi. Keluar dari kereta dengan penuh gaya. Full of confidence acah-acah lalu karpet merah ewwohh. Tapi tengok-tengok, salah rumah. Naseb ada banting gambar pengantin. Gila jebon punya malu terpaksa gostan balik masuk kereta.


Diselangi oleh orang-orang kat luar yang ketawa tak ingat dunia.

Wednesday, March 28, 2012

Perlumbaan cakap bersama Watson Nyambek



Contoh pertama : Aku kena buat perucapan awam masa perhimpunan bulanan haritu. Dan habes je presentation tu, sorang staff cakap, EH HANA, AKU RASA OKAY LA PRESENTATION KAU. TAPI KAU CAKAP LAJU DAN PANJANG BERJELA-JELA MAKA TAK MUNGKIN ORANG BIASA AKAN FAHAM APA KAU CAKAP. HANYA GENIUS YANG MUNGKIN. Jadi aku fikir, kat tempat kerja aku macam aku sorang je yang genius, dan aku ambik keputusan untuk mentauliahkan presentation aku pada haritu sebagai major failed.

Contoh kedua : Setiap kali bila aku cuba buat kelakar depan orang, ia akan end up dengan aku yang sorang-sorang gelak. Lepas tu orang depan aku buat muka macam HA HA HA. OKAY TAK FAHAM. AKU GELAK SECEBIS SEBAB KESIAN TENGOK EFFORT KAU CUBA BUAT KELAKAR TAPI SEBAB KAU CAKAP LAJU MAKA AKU A BIT UNSURE DENGAN APA YANG KAU NAK SAMPAIKAN EKHEMMM, BOLEH REPEAT BALIK TAK LAWAK KAU? *kerut kening*

 
Contoh ketiga : Minggu lepas aku kena liase dengan sorang pegawai kat HQ. Sebab dia nak buat taklimat kat tempat aku. Maka dia call aku untuk confirm kan hotel dan driver. So aku being a cute girl bercakap seperti kena kejar dengan jin aprit ni telah bercakap dan explain kat dia pasal plan taklimat ni dengan begitu bapak laju tanpa henti menggunakan kurang dari separuh nafas ini - telah tiba-tiba diberi satu speed trap oleh pegawai ni tadi; EH EH JAP JAPPP CIK HANA. KEJAP KEJAP. SABAR. BOLEH BAGI SAYA CAKAP DULU?

*Masukkan efek perempuan comel tengah malu*
*Menangis tepi kolam*
Sadis sekali.
Heh.
He.
H.
.


Sunday, March 25, 2012

Sakit pinggang

So di dalam cerita ini, kau ada kawan. Dan hati kau yang mudah pecah ini selalunya akan butthurt dengan kawan sendiri. Secara tak pasal-pasal.


Cip cip cip cip.
Betul kata burung.

Saturday, March 24, 2012

Melayu mungkin kadang-kadang perangainya mudah lupa

Kita boleh lupa asal usul kita dari mana.
Kita boleh lupa sehari tak makan pun takpa.
Kita boleh kalau baru bangun tidur terus tengok tv tapi lupa nak mandi.

Tapi kita jangan lupa kalau baju yang kita pakai, terkoyak di ketiak.
Lalu kita tidak sedar,
dan ia memalukan.
Sebab kita jenis bercakap tangan tak duduk diam.
Jadi kebarangkalian orang dapat lihat lubang itu di ketiak begitu tinggi.

Ingat tu.
Kita jangan lupa.
Sebelum keluar perlu check dulu ada tak lubang di ketiak baju.


Apa ni???
Ketiak baju????
K first time dengar.

Friday, March 23, 2012

Kita bertemu lagi tapi bukan untuk menyanyi lagu Niat Hatiku Taknak Berpisah

Macam jebon tajuk panjang gila. Hai kita bertemu lagi.

**

Kau tau tak sebenarnya sejenis muka yang cun macam aku ni, tak patut di bagi kepada orang? Kang kalau bagi lebih-lebih kat orang, bisa dipijak nya kepala.


Kadang-kadang perangai aku sendiri tak membenarkan aku jadi garang atau tegas. Atau fierce dalam bahasa orang putih. Terpaksa menggunakan perkataan FIERCE bagi menampakkan seperti aku ni seperti binatang singa.


But basically, once orang tengok muka aku, cukup lah tengok ketinggian aku, aku rasa orang dah mula look down kat aku. Ditambah bila dapat tengok secara live perangai aku macam mana. Kelam kabut, dan banyak main-main. So mungkin bukan salah orang lain kalau tiada langsung rasa hormat mereka kepada aku sebab - aku banyak main.


Aku cuba jadi serious, tapi ia hanya bertahan selama 5 minit dan perangai lama yang macam jebon ini akan kembali semula.


Aku kena cuba juga.
Selamat tinggal dunia kelakar.
8 jam atau lebih dalam sehari, mungkin aku terpaksa pretend jadi orang lain.
Just to gain respect from others.
Jadi fake ni macam celaka tahu.
Tapi kalau dah terpaksa macam mana?



Jangan cuba bayangkan muka aku ketika serious.
Bala bala.