Monday, April 30, 2012

Perangai paling tercomelz Part 2



Kanan tu nina. Kiri tu angah. Jangan sembang pasal angah. Boleh buat gaduh. Kalau sembang dengan dia, hari-hari sembang pasal politik. Letih mak jemah. Kalau angah ni perempuan dah lama aku kawenkan dengan Din. Dua-dua gila sembang politik. Aish pangggg. Itu makan dia.


Aku memang takde masa nak sembang pasal angah. Cuma nak cerita pasal nina. Miahahaha.
(Aku assume orang yang suka gelak macam miahahha ni, dia pasti akan miaw dulu sebelum dia hahaha) Ataupun sesiapa kat sini boleh cerita kat aku secara teknikalnya, macam mana nak gelak pakai sebutan WKWKWKWKW? Sumpah aku taktau nak sebut. Dah tanya kat twitter, sini pun nak tanya. Maklumlah. Aku tanya kat twitter, nampaknya seperti sembang sorang. Takde sapa hati mulia nak jawabkan. Shiannnn.


Okay aku dan nina adalah kawan baik since 2009. First time jumpa dia kat fakulti account uitm seri iskandar perak. Mula-mula nampak dia macam EH BAPAK TINGGI LA KAU NI? LAWA BEG. BELI MANA? Dalam hati je cakap. Dalam hati. Tak berani usik atau tegur, sedar diri pendek dan tak lawa ada hati nak kawan dengan orang lawa dan tinggi. Sumpah dia tinggi wei dalam 170 lebih lebih sikit. Bila jalan dengan dia, orang tak pandang aku dah. Orang pusing kepala 2 kali, pertama sebab dia tinggi kedua sebab dia lawa ketiga sebab orang baru perasan dia kawan dengan orang pendek keempat kawan nina yang pendek tu comel, eh.



Dan sampai sekarang tak sangka masih berkawan baik dan best fren foreber. Sebab tu la bila jumpa dia aku terus tak ingat dunia. Ada sekali tu kitorang janji jumpa kat jusco ipoh. Time tu orang taknak ramai pulak, 4 juta kereta nak masuk parking, aku malas nak masuk maka ambik keputusan parking kat belakang jusco je. Siap time tu jadi polis trafik 2 minit, ada kereta kat belakang nak parking depan aku. Lepas tu punya lah sweet aku pegi keluar bagitau dia OKAY BANG BOLEH JALAN LAGI BELAKANG SKET EH EH EH STOPPP. OKAY CUN.


Masa hari aku jumpa nina tu, ktorang parking kat tempat lain-lain. Tapi lepas dah bosan lepak dalam jusco, ktorang ambek keputusan pegi mana tah aku tak ingat dah. Time tu gerak dengan kete nina. Sampai nak malam dah aku dan nina bosan nak jalan-jalan rasa macam nak duduk-duduk dan mandi pula. Maka aku cadangkan nina untuk tidur je rumah aku dan balik. Confident la dua ekor perempuan tinggi dan pendek ini balik tanpa di sedari kereta aku tertinggal kat jusco lupa nak bawak balik.


Sampai-sampai rumah aku terus macam WOI WOI MANA KERETA AKU WOI?

Bongok.

Thursday, April 26, 2012

Perempuan brengsek datang lagi

Belum sempat nak tumbuh sayap, orang dah potong kaki.
Jalan pun macam nak mati.
Mulut pun kena cabut hati je boleh maki.

**

Boleh jadi sekarang aku tak sejajar dengan dunia.
Boleh jadi sekarang aku budak paling hina.
Paling bangsat.
Paling lembab.
Paling bodoh.


Pegi mati lah kalau sampai bila-bila pun aku takkan sejajar dengan dunia.
Pegi mati.


Bukan kalau aku lapar, kau tukang suapkan nasi.

Thursday, April 19, 2012

Cakap orang yang acah-acah pawang

Ikut orang cakap.

Dari dulu sampai sekarang, aku rasa hidup ni berpandukan hanya pada apa orang cakap. Sebab aku rasa ada yang masih belum sedar Tuhan punya jarak dengan manusia lebih dekat dari urat kita. Macam mana punya dekat aku tak pasti, tapi kesedaran macam ni belum ada kat sesetengah orang yang rasa dia Tuhan segala alam, yang maha pembuat takdir, yang maha pawang, yang maha hebat menilik kehidupan orang.


Persetankan.


1) Dulu masa sekolah, aku ada satu mentaliti yang bila kau masuk kelas sains masa form 4-5 kau adalah si bijak pandai yang confirm akan jadi doktor. Ini semua gara-gara orang cakap. Gara-gara sistem sekolah yang ah-taknak-sebut, gara-gara semua orang cakap BAIK KAU MASUK KELAS SAINS. BUDAK-BUDAK SAINS BUDAK PANDAI. Maka bila dapat 8A, aku langsung tak diberi pilihan untuk pilih kelas apa dan sekolah yang tentukan aku masuk kelas sains. Sampai skang bila aku fikir balik, aku menyesal kenapa aku masuk sains walhal aku adalah perempuan pendek yang sukakan sastera dan puisi. Imaginasi aku kuat, bukan duduk dalam lab periksa tengkorak punya gigi. Menyesal pun satu sen tak guna, SPM aku semua subjek sains aku dapat C. Mujur tak dapat D tu pun dah cukup bagus, tapi tu lah aku nak cakap. DENGAR CAKAP ORANG.


MAJOR FAILED.


2) Bila result sains aku teruk, matriks mana nak bagi aku masuk tempat mereka? Nak ke diterima perempuan bebal sains macam aku? Waktu tu aku dapat tawaran Diploma Banking kat UiTM. Choice paling last aku mintak. Tu pun sebab aku dah taktau nak pilih apa dah sebab first choice aku adalah account. Dah la dapat kat Arau. Tempat yang aku paling taknak sekali. Dan first sem aku masuk sana, ada sorang ni pegi cakap kat bapak aku, HA? ANAK AWAK BANKING? ISH. COURSE TAKDE MASA DEPAN TU. SUSAH DAPAT KERJA. Eh whatever la sama kau. Aku peduli apa? Aku dah taknak dengar cakap orang. Aku sambong sampai aku grad. Dan aku dapat apa yang aku nak. Tuhan bawak aku ke Degree in Human Resource. Rupa-rupanya sesuatu yang aku nak. Awal 2009 tamat diploma, tengah 2009 sambung Degree. Tak dengar cakap orang.



MAJOR WIN.


3) Waktu aku pilih nak masuk degree in human resource, aku tanya semua lecturer aku. Sebab sepatutnya once diploma aku banking, major aku should be finance. Semua lecturer aku tak bagi aku ambik human resource. Takde masa depan kata nya. Subjek senang kata nya, hanya untuk orang-orang yang CGPA rendah je. Course takde quality katanya. Susah dapat kerja katanya. Name it. Macam-macam kat telinga aku ni masuk. Even dulu aku ajak budak2 course diploma aku masuk HR masa degree, sorang je yang nak masuk dari 87 orang. Tu pun aku dah convince dia cakap HR tu bagus sebab mula-mula pun dia macam confuse taktau nak ambik finance atau HR. Taik telinga aku dah beku dah dengar orang semua cakap HR ni course merapu. Course senang. YaAllah pedihnya. Aku teruskan jugak. Sebab aku tau apa aku buat. Regardless apa yang orang cakap pasal HR. Aku dah tak peduli. Tak dengar cakap orang.



MAJOR WIN.
Dan kau tau apa yang lagi WIN? Kawan aku tu dapat Anugerah Naib Canselor, dan satu-satunya yang dapat ANC dalam course HR. Untunglah dia PTPTN teros convert jadi scholarship. Tak payah penat-penat nak berdemo mintak mansuh PTPTN.


Eh.



4) 2009-2011 di UiTM Perak untuk Degree in Human Resource adalah sesuatu yang berbaloi. Sesuatu yang dapat prove kat semua orang, yang bukan pandangan atau pendapat setiap orang terhadap sesuatu benda tu betul. Kebanyakan kawan-kawan aku dah dapat jadi orang human resource kat company-company luar. Kitorang la yang tukang post kat facebook bagitau kat orang kalau ada kerja-kerja kosong. Sampai kadang-kadang terfikir, ini yang dikatakan course kami tak guna? Lebih baik mati dari cuba berlagak jadi Tuhan. Tak dengar cakap orang.



MAJOR WIN.




5) Aku sekarang bekerja dengan badan berkanun. Aku masih ingat, lepas habis belajar, semua orang akan cakap TAK PAYAH LA MIMPI DAPAT GOMEN, BADAN BEKANUN. SEMUA PAKAI CABLE JE. KAU DAPAT INTERVIEW PUN TAK GUNA. Aku diberi ayat-ayat macam tu masa aku tengah tunggu time nak pegi interview kat tempat kerja aku sekarang. Even orang terdekat dengan aku pun boleh downkan aku macam tu. Sampai aku dah mindset macam tu - give up terus nak pegi interview. Tapi aku gagahkan jugak. Tapi last-last aku dapat jugak kerja ni - bahagian HR lagi. Apa benda la selama ni orang suka cakap mengalahkan Tuhan?


Sekarang aku dah takkan percaya dengan cakap-cakap orang. Sebab tiada cable yang paling besar dalam dunia ni melainkan Allah. And I believe that only HIM can make everything real. KUN FAYAKUN. Atas usaha kita, Dia yang akan tentukan.


BUKAN DARI CAKAP ORANG.
Yang sebenarnya hanya salakan-salakan dengki.
Walaupun aku sekarang perlukan seorang motivator ceramah aku hari-hari.
Sebab boleh jadi sekarang aku dah tak percaya pada diri.
Walaupun aku tak dengar dengan telinga,
tapi setiap sindirian aku dapat dengar pakai hati.
Lantaklah.


Siapa peyakin aku yang paling dekat sekali?
Diri aku,
dan usaha aku sendiri.
Imma show to everybody.

Sunday, April 15, 2012

Hati untuk di sentuh, oleh siapa?

Kau tau? Dalam dunia ni aku rasa benda yang paling boleh sooth your heart adalah ayat-ayat Quran. Basically benda-benda macam ni dah sedia maklum oleh semua orang. Even kalau tengok kat status facebook ke, mana-mana pun. Orang yang tengah sedih mesti akan quote out ayat-ayat dari Quran.


Aku biasa dengar lagu-lagu nasyid sedih. Yang more to cinta pada Tuhan. Boleh buat menangis sepanjang pejalanan. Aku pun taktau kenapa aku macam tu. Everytime bila aku naik bus ke, train ke, aku akan jadi macam feeling sorang-sorang. Tengok pokok-pokok kat luar, awan, jalan. Dia akan automatik jadi sedu sedan sepoi sepoi mata. Confirm feeling tengok cerita hindustan datang.


So baru-baru ni din bawak tunjuk kat aku satu benda ajaib ciptaan umat islam (subhanallah), dan aku macam yaAllah kagum nya tengok ciptaan terkini macam ni! Dan terus rasa nak beli dan nak jual terus kat orang. Sebab kegunaan dia yang 3 in 1. Senang. Cepat. And soothing your heart somemore so why say no?




Ni adalah Quran dia. Benda ni bagus sebab bila kau mengaji sorang-sorang, takde siapa nak ajar lepas tu tak pasti bacaan dia macam mana, boleh pakai pen ni, touch je kat ayat mana nak dengar then akan terus keluar suara. Siap ada terjemahan. Pesen orang ego macam aku bagus betul pakai benda macam ni. Maklumlah, adik-adik lagi terel mengaji dari aku. Bila tak tau tajwid, rasa macam ish malunya nak tanya adik tapi gagah jugak panggil adik darjah 4 bagitau macam mana sebut tajwid yang aku baca. Hehe.





Beli Quran, dapat kadbod kecik ni sekali. Yang ni senang bawak pegi travel. Pen ni macam mp3. Boleh letak lagu-lagu dalam dia. Travel, cuma bawak pen ni dengan kadbod je. Dalam bus tiba-tiba rasa macam nak dengar Surah Al Waqiah yang sungguh inspirational itu, boleh dengar. Nak dengar arab sekali dengan translation boleh. Nak dengar BM alone pon boleh.



a) Quran (yang boleh di sentuh menggunakan pen untuk bacaan ayat dan translation)
b) Charger MP3
c) Pen untuk sentuh ayat dan dengar bacaan, merangkap MP3
d) Iqra' dan buku panduan sembahyang
e) Kadbod surah

No worries, produk ni telah di endorsed oleh Kementerian Dalam Negeri dan selamat di gunakan. :)

Aku jual dengan RM 280 including postage. Kalau sesiapa duduk kat Ipoh dan KL, nak tengok demo dulu pun boleh. Nak jadi agen pun boleh. Contact aku kat hannamaruku@yahoo.com


Investment apa lagi yang lebih berbaloi kalau bukan untuk agama sendiri?

Thursday, April 5, 2012

Bukan salah ibu tangan tak bedung Part 2

Puan jadi puna takpe lagi.
Cuba kalau tuan jadi tuna.
Sardin kau nanti.

Wednesday, April 4, 2012

Bukan salah ibu tangan tak bedung

Typo time tulis status kat twitter stended la. Typo time merapu kat facebook biasa la.


Tapi kalau typo time kau kena email ke bos kau, dia akan jadi benda paling rasa macam nak tunjal kepala sendiri dalam dunia.


**

Tersebutlah alkisah.
Nak type puan, jadi puna.

--

Tahniah.

Monday, April 2, 2012

Tak mungkin Elbert Enstein bakal bangga dengan aku

Setiap kali bila Pengarah kata nak jumpa, terus kecut perut rasa time tu jugak nak tekentut nak teberak. Pengotor gila kau ni hana.


Dan ini adalah simptom yang bukan aku sorang je akan alami, malah aku rasa setiap orang. Basically, setiap orang yang kena jumpa Pengarah, diorang akan tiba tiba buat kenduri doa mohon perlindungan kat luar opis secara tiba-tiba menadah tangan baca ayat kursi atau cakap YA ALLAH. SELAMATKANLAH AKU DARI SEGALA AZAB DAN BENCANA. Padahal tak silap aku, Pengarah aku tak makan orang. Aku tak pasti paseipe semua orang mesti ada reaksi macam tu.


So harini, Pengarah nak jumpa aku dengan 2 orang lagi staf. Untuk bincang pasal planning percentage kursus ke apa tah. Perempuan blur macam aku ni kadang-kadang kalau busy sangat memang dah tak rasa takut dah. Takde nak neves-neves aku redah je masuk bilik Pengarah. Aku tak prepare apa-apa info pun nak mengadap Pengarah. Hati kosong, jiwa kosong. Sebab tiba-tiba bulan ni serabut sikit sebab ada 40000 deadline kena kejar. Sampai harini aku bawak bekal tapi lupa nak makan. Dan by the time aku type ni pun, aku hanya makan karipap 3 ketul dari pagi tadi and believe it or not aku masih tak rasa lapar. O O hidung kembang.



Lepas tu masuk bilik Pengarah, ada 3 kerusi. 2 staf termasuk aku, maka kerusi tu ngam-ngam untuk kami bertiga. Tapi apakah malang sungguh nasib ini setiap kali masuk bilik pengarah, aku mesti terkena duduk kat tengah. Kau faham tak konsep duduk di tengah pengarah tu macam mana?


1) Kerusi ada 3. Satu belah kiri, satu tengah, satu kanan.

2) Kerusi tengah semestinya memiliki angle mata-bertentang-mata adakah kah kau terasa cinta kian memekar di hati kita. (Pengarah aku perempuan, thanks)

3) Maka, semakin duduk di tengah, semakin mengadap mata pengarah. Semakin ramai orang takut nak duduk kat tengah.


Jadi, hai, aku ini mangsa kena duduk tengah thanks a lot -__-


Okay so perbincangan secara serious pun bermula. (jangan bayangkan muka aku ketika serious kan aku dah pesan haritu)

Tiba-tiba datang satu part, Pengarah mention pasal Gred-gred pegawai - which is aku pun tak pasti sampai sekarang apakah itu. Maka bila Pengarah cakap pasal benda tu, mata beliau akan sentiasa pandang kat aku selaku penduduk di kerusi tengah. Jadi bagi membuktikan kewibawaan aku, aku hanya anggukkan apa yang Pengarah aku cakap - pura-pura faham.


Tak sangkat Pengarah aku tanya,
OH HANA SO YOU DAH FAHAM EA? YOU DAH BLAJAR DAH PASAL GRED-GRED NI?


Aku, sebagai yang tak pernah menipu dan sungguh jujur ini jawab ;
ERR? HA? HEH. HA? HEHEHE. TAKTAU PUN SEBENARNYA. DAH PUAN PANDANG SAYA, SAYA ANGGUK JE LA.


Pengarah : Gelak hambar.
Aku : Cuba cari lubang di bawah meja untuk menyorok malangnya tak ada.

Sunday, April 1, 2012