Si pendosa.

by - January 20, 2013

Si pendosa
yang gagal mendefinisi agama
yang ingin ke syurga tetapi derhaka
yang mahu bahagia tetapi bayaran kepada tuhan dibuat buat lupa
si pendosa yang banya dosanya
yang banyak dosanya
yang banyak dosanya.

Si perosak agama, 
yang tahu titik khilaf di mana
yang tahu bahang setiap garis dosa letakknya di tingkat neraka ke berapa
yang tahu tuhannya tidak tidur tidak lena
tapi masih terus dengan dosa dosanya
terus dengan dosanya
terus dengan dosanya.

Si dayus durjana,
yang sedar matinya tetap ada
yang menangis di tepi neraca mendayu dayu minta ampunNya
yang tidak putus mengharap miracle kan tiba
'jangan berputus asa dari rahmat Dia'
'jangan berputus asa dari rahmat Dia'
si bodoh ini menangis -- pendosa, berdosa, terus dengan dosanya.

Lalu esok, masih menadah sejadah di hujung kiblat
minta di kosong buku kiri dikosong aksara
hingus dijejer ke sejadah menghadap kiblat - meminta
namun esok dia masih dengan dosanya
dia masih dengan dosanya.


--

Jangan putus asa dari rahmat Dia.
Jangan.


You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews