Lelaki



Selama aku hidup, bila pandang muka di cermin mesti terdetik - ada ke lelaki yang akan sayang dan cinta muka macam ni sepenuh hati? Ada ke lelaki yang akan anggap aku ni paling princess dalam hati dia? 

Perangai annoying sangat. Muka pun takde x-factor yang boleh buat lelaki tergila gila nak menatap muka aku siang malam. 


Putus cinta pun banyak kali. Setiap kali tu aku rasa, tak mungkin akan ada lelaki yang betul betul boleh sayang aku lebih dari aku sayang dia. Ayat serupa penagih cinta kenapa. 


Kejam nya aku boleh judge diri sendiri macamtu. Kejam sangat sampai boleh fikir Allah setidak adil tu. 


Rupanya, kita lelaki dan perempuan di ciptakan berpasangan. Apa pun yang jadi, akan ada juga seorang lelaki yang sayang dan cintakan semua kekurangan kau. Aku sedang bercakap tentang kekurangan. Kekurangan yang akan bersama berjalan dengan kecantikan kau ada sekarang sehingga tua. 


Dan kekurangan ini lah dugaan untuk lelaki itu hadap sehingga roh dan jasad terputus dua. 


Dan rupanya, lelaki ini - dalam hati aku sehingga kini - sudah bertahan dengan segala kekurangan aku - selama --- 


Aku harap selama lamanya. 

Lelaki gangster suka budak skema. 
Tak kesah walau kena bahan macam mana. 

Hahahahahaha. I sayang kat you lah gila! 




Bunyi lesung batu



Since homestay aku duduk ni 2 tingkat dan ia diperbuat dari separuh kayu, maka bila orang atas berjalan pun kau boleh kira berapa kali tapak dia melangkah. Kemain kuat. 

Aku dengan housemate dah lama mengesyaki beberapa perkara. Sejak orang kat atas ni setiap malam tumbuk benda pakai lesung batu. Sudah tentu la nak memasak kan takkan pulak dodoi kepala sendiri malam malam dengan lesung batu. 


Maka kami mula membuat hipotesis masing masing. 

1) Ohhh. Dia meniaga ni pagi pagi. 

2) Wey tak la. Aku rasa dia esok pagi nak kerja, so malam ni dia prepare barang barang siap nak masak untuk anak anak dia esok la. 

3) Aku rasa dia paku pintu dia tiap tiap malam kot tak kasi orang masuk. 

4) Ooooo atau, han... 

Kot? 
Lari. 




Zaman Asrama kembali



Haiiiiiiiii. 

Ha. Subuh subuh update blog. Rindunya. Aku cuma nak bgtau aku sekarang ada kat Bangi. 

Jadi, kenapa? Macam lah kau nak belanja aku makan ke kalau kau cerit aku kat Bangi? 

K

Aku dah masuk 3 minggu duduk sini. Exam punya pasal ku harung jua walau berjauhan dengan masakan mak. Kau tau berjauhan dengan masakan mak tu adalah sangat pedih? 

Dah la tak dapat asrama. Terpaksa duduk homestay. Duduk dengan lagi 3 orang kawan baik. Kalau cerita pasal kawan kawan ni, kelakar pun ada. Semua start rapaf dari KAP haritu. Aku kawan dengan Ayu dengan Kak nisa. Kak Nisa plak kawan dengan Kak Lyn. Tengok tengok masa pendaftaran, aku roomate dengan Kak Lyn, Ayu roomate dengan Kak Nisa. Lepas tu tengok tengok Kak Nisa kenal Kak lyn. K faham ke tidak hmm takpelah. 


Aku tak tahan apa tau duduk dengan budak budak ni, kalau semua stay up sampai pagi, jap semua tu adalah kecuali aku tau. Aku mesti akan tidur kejap pastu bangun balik. Maksalahnya bila nak bangun tu aku memang jenis bangun tekejut. Bak kata Kak Lyn macam hantu pocong haaaa nangisnya kena bandingkan macam tu. 

Budak budak takot sangat dengan cara aku bangun yang tekejut tu sampai takut nak study menghadap aku. 

Dan masalah ini juga sama masa time aku study Diploma dengan Degree dulu. Ini bukan kali pertama. Tau. 

K lah macam tak best je cerita aku bye lah nak sambung tidur 5 minit jap pukul 9 pagi ni ada paper tax. 

Jap kalau ada typo ke apa maaf la sebab aku type pakai handfon dan takde masa nak cek balik da scroll sampai atas kbye

 




Search This Blog