Lelaki



Selama aku hidup, bila pandang muka di cermin mesti terdetik - ada ke lelaki yang akan sayang dan cinta muka macam ni sepenuh hati? Ada ke lelaki yang akan anggap aku ni paling princess dalam hati dia? 

Perangai annoying sangat. Muka pun takde x-factor yang boleh buat lelaki tergila gila nak menatap muka aku siang malam. 


Putus cinta pun banyak kali. Setiap kali tu aku rasa, tak mungkin akan ada lelaki yang betul betul boleh sayang aku lebih dari aku sayang dia. Ayat serupa penagih cinta kenapa. 


Kejam nya aku boleh judge diri sendiri macamtu. Kejam sangat sampai boleh fikir Allah setidak adil tu. 


Rupanya, kita lelaki dan perempuan di ciptakan berpasangan. Apa pun yang jadi, akan ada juga seorang lelaki yang sayang dan cintakan semua kekurangan kau. Aku sedang bercakap tentang kekurangan. Kekurangan yang akan bersama berjalan dengan kecantikan kau ada sekarang sehingga tua. 


Dan kekurangan ini lah dugaan untuk lelaki itu hadap sehingga roh dan jasad terputus dua. 


Dan rupanya, lelaki ini - dalam hati aku sehingga kini - sudah bertahan dengan segala kekurangan aku - selama --- 


Aku harap selama lamanya. 

Lelaki gangster suka budak skema. 
Tak kesah walau kena bahan macam mana. 

Hahahahahaha. I sayang kat you lah gila! 




1 comments:

Ainee Cumi said...

MIntak request satu lagu kat radio bagi kat Kak Hana. Ahh sweet sangat tau. Gula!

Search This Blog