Zaman Asrama kembali



Haiiiiiiiii. 

Ha. Subuh subuh update blog. Rindunya. Aku cuma nak bgtau aku sekarang ada kat Bangi. 

Jadi, kenapa? Macam lah kau nak belanja aku makan ke kalau kau cerit aku kat Bangi? 

K

Aku dah masuk 3 minggu duduk sini. Exam punya pasal ku harung jua walau berjauhan dengan masakan mak. Kau tau berjauhan dengan masakan mak tu adalah sangat pedih? 

Dah la tak dapat asrama. Terpaksa duduk homestay. Duduk dengan lagi 3 orang kawan baik. Kalau cerita pasal kawan kawan ni, kelakar pun ada. Semua start rapaf dari KAP haritu. Aku kawan dengan Ayu dengan Kak nisa. Kak Nisa plak kawan dengan Kak Lyn. Tengok tengok masa pendaftaran, aku roomate dengan Kak Lyn, Ayu roomate dengan Kak Nisa. Lepas tu tengok tengok Kak Nisa kenal Kak lyn. K faham ke tidak hmm takpelah. 


Aku tak tahan apa tau duduk dengan budak budak ni, kalau semua stay up sampai pagi, jap semua tu adalah kecuali aku tau. Aku mesti akan tidur kejap pastu bangun balik. Maksalahnya bila nak bangun tu aku memang jenis bangun tekejut. Bak kata Kak Lyn macam hantu pocong haaaa nangisnya kena bandingkan macam tu. 

Budak budak takot sangat dengan cara aku bangun yang tekejut tu sampai takut nak study menghadap aku. 

Dan masalah ini juga sama masa time aku study Diploma dengan Degree dulu. Ini bukan kali pertama. Tau. 

K lah macam tak best je cerita aku bye lah nak sambung tidur 5 minit jap pukul 9 pagi ni ada paper tax. 

Jap kalau ada typo ke apa maaf la sebab aku type pakai handfon dan takde masa nak cek balik da scroll sampai atas kbye

 




2 comments:

Kasih said...

rindunya dekat hana punya entry. hahaha.

Hanamaruku said...

haha terharunya ada orang rindu :p

Search This Blog