Puisi ni dia datang bila perangai macam ni.



Ya allah ya tuhanku. 
Betapa penatnya cuba luahkan. 
Kalau dah jadi bendasing dalam makanan orang. 
Sampai ke sudah orang tolak. 

Makanan tak sedap tak apa. 
Lauk tawar telan saja. 
Air berkerak tahu tapis segala. 
Hanya sekadar debu di bibir kaca, 
Gelas habis dipecah ditebrak semua. 

Biasalah kita bendasing. 
Orang tak sudi pandang apatah jeling. 
Penuh dah ruang dicari terpusing pusing. 
Masih dianggap bendasing, runsing. 


Aku masih hidup di dunia aroma bau sendiri. 
Bau sendiri yang tidak siapa ketahuan. 
Bila terhangit baru di cari siapa tuan. 
Bau siapa ni tengik macam jantan? 
Tak apa lah aku sanggup mengaku, angkat tangan. 


Aku masih mencari jalan. 
Jalan yang aku tak pasti adakah ini betul rancangnya dari tuhan. 
Atau takdir selalu kata tunggulah kau pasti bertahan. 
Bertahanlah selagi kuatnya dahan. 
Bertahanlah kalau kau masih boleh lawan. 
Bertahanlah jika ruang ini yang perlu dikorban. 
Bertahan. 
Bertahan. 


Sungut ini tiada henti. 
Mati itu yakin dan pasti. 
Sungut ini masih belum berhenti. 
Janji allah, the boyfriend never cheaty. 


Aku berusia 25 tahun. Dan sudah menggalas tanggungjawab sebesar ini? Ya allah. Aku pasti seorang yang sangat lucky. Di pilih oleh takdir. Allah, lets swap. I take this challenge. Boleh minta harapan? 






Gagal.




"Tadi aku borak dengan sorang mamat ni. Panjang lebar dia bagitau pasal masalah hidup dia. Company dia tengah drop skang."

"Yeke? Kesiannya." 
 
"Kesian tu kesian la mula mula. Dah sembang lama lama jadi menyampah terus. Lepas tu terus aku dah tak pelik kenapa dia dan company boleh drop gila gila macam tu."

"Kenapa?" 
 
"Dah setiap cerita dia semua menyalahkan orang. Semua benda yang buat dia jatuh, semua sebab orang. Macam mana nak bangun balik kalau tak cuba cari jalan untuk bangun sendiri? Masa jatuh hanya tau maki orang sana sini. Diri sendiri jatuh, terlupa nak bangun sebab asyik cari siapa yang jatuhkan dia."






Search This Blog