f

Monday, July 1, 2013

Gagal.


"Tadi aku borak dengan sorang mamat ni. Panjang lebar dia bagitau pasal masalah hidup dia. Company dia tengah drop skang."

"Yeke? Kesiannya." 
 
"Kesian tu kesian la mula mula. Dah sembang lama lama jadi menyampah terus. Lepas tu terus aku dah tak pelik kenapa dia dan company boleh drop gila gila macam tu."

"Kenapa?" 
 
"Dah setiap cerita dia semua menyalahkan orang. Semua benda yang buat dia jatuh, semua sebab orang. Macam mana nak bangun balik kalau tak cuba cari jalan untuk bangun sendiri? Masa jatuh hanya tau maki orang sana sini. Diri sendiri jatuh, terlupa nak bangun sebab asyik cari siapa yang jatuhkan dia."


0 comments:

 
Norhana Rosmida