Cerita bersalin. Amaran : Sebuah karangan panjang yang membuang masa.

by - October 16, 2014

Jadinya, aku adalah seorang mak sekarang. Basically apa yang aku plan, kahwin by 25, ada anak by 26/27 tercapai Alhamdulillah. 

Kahkahkah. Rasa macam serious dari biasa. Matang dari biasa. Sebab jadi mak kena tunjuk teladan baik. Kena garang. Kalau marah muka kena coverline dari gelak. Padahal tak sampai hati nak marah sebab tengok anak kena cucuk kaki ambik darah pun kau rasa macam nak terajang nurse klinik kesihatan tu. Belum lagi tengok kaki anak kena picit sebab darah tak keluar lagi la rasa eh nurse ni main kasar nampak?! Jeling nurse sampai juling. 

Tujuan aku blog ni sebab memang dari zaman muda dah ada keazaman, dah ada anak nak start blogging balik. Sebab aku seorang yang pelupa, ongputih panggil forgetful, glamour sikit. Aku rasa ni sebagai back up yang mana bila orang tanya weh hana cuba cerita sikit pengalaman kau bersalin? Okay jadi sebelum aku jawab alamak aku terlupa pukul berapa aku bersalin pukul berapa pecah ketubannnnn instead, boleh cakap : layari hannamaruku.blogspot.com untuk penjelasan lanjut. Jimat air liur. 

Sepatutnya EDD aku 20/10. Dari awal orang tengok perut aku, orang akan tanya dah berapa bulan? Bila jawab dah 9 bulan lepas tu mesti kena balik EH KECITNYA PERUT BIAR BETUL?! Dah tu takkan la tak betul perut aku kecik habis tu aku nak buat macam mana haruskah aku dipersalahkan dalam kejadian Tuhan Maha Besar ini? 


Gambar tajaan Anita Binti Yahaya bye. 

Waktu ni dah 30weeks plus aku tak ingat tengok tu suka tak ingat what is this Hana -,-

Sepanjang aku mengandung, aku tak pernah ada mabuk mabuk ayam mahupun itik, jauh sekali gejala pening kepala mual dan loya. Syukur Allah mudahkan aku sebab kalau lah aku jenis loya muntah apa macam mana aku nak buat kerja belambak lambak kat opis takkan lah kucing di rumah. Hehe ok tak lawak. Jadinya bila aku tak macamtu, suamiku telah mengambil alih tugas muntah loya mabukku wah boleh tak nak cakap padan muka you B heheheheeh ok lah tu i dah bawak anak kita dalam perut, you tolong la muntah bukan kah ia adil? Love you suamiku. 

Keaktifan aku semasa mengandung sampai bila aku jalan, aku akan mendahului orang lain (seperti biasa) (aku kan makan jalan cakap semua laju) sampai bila jalan orang tegur EH MAKYONG APAHAL JALAN LAJU DARI ORANG hehe I am laju like that maafkan saya. Muah sikit. 

Cumanya ada la certain things yang kena masa aku preggy, macam kulit muka aku menggelupas teruk sampai menjejaskan kepala hotak aku. Pedih gatal Allah je yang tau, waktu tu dalam first trimester. Masuk second trimester dah takde. Ada lah sekali dua aku demam terkejut manja manja anakku sebab makan durian sampai 8 ulas hamek kau satu badan rasa mencucuk menyesal gilaaa makan durian masa tu T_T

Seminggu sebelum aku bersalin, aku dah rasa macam anak aku tekan ari ari aku. Aku dah macam have the feelings that my daughter will be out like very very soon tapi tak sangka sesoon 5 Oktober 2014 :') 

Dua hari sebelum aku bersalin, which is 3 Oktober 2014, aku stayback kat opis sampai almost 8pm sebab siapkan kerja. Masa ni dah rasa kaki aku blah kiri dan pinggang dah lenguh dan sakit. Aku jalan pun dah macam penguin dan tejengket sebab berat sangat dah rasa. Aku dapat rasa anak aku berat blah kiri mungkin sebab tu aku banyak sakit kat bahagian kiri. 

Malam tu memang tak larat dah tapi tiba tiba teringin nak makan pavlova makanya ambik mixer dan putih telur apa lagi mulakan projek pavlova walaupun sudah berupa penguin aku malam tu. Tak larat pun nak ambik suami kat KTM dan abah menjadi abah yang sweet mengambil alih tugas aku (Love you Abah) 

Esoknya anniversary jadi suami balik bawak sekuntum bunga seperti berikut : 



Masa ni aku macam HAHAHA B NAK BUNGA SEJAMBAK KENAPA SEKUNTUM JE KENAPA BUKAN ROS MERAH KENAPA WARNA UNGU. Suami cuma jawab, aik banyak songeh. Okay lah tu orang dah bagi bunga dari takde langsung. Pasghah. Masalahnya, cerita anniversary belum habis disitu sebab tepat pukul 12 malam suami tiba tiba cuit bahu aku yang sedang busy main candy crush lepas kenyang makan pavlova ; CUBA YOU TENGOK BLAH KANAN YOU. 



Vah vah vah terkejut tekentut surprise suami menjadi. Sumpah tekejut terlalu lalai main candy crush sampai tak perasan ada bunga besar di sebelah dimanakah kan ku cari ganti suami manis seperti mu? Love you. 

Maka bermula lah adegan Happy Anniversary B! Happy Anniversary Sayang! Dan aku syak anak kecil aku dengar dari dalam perut pastu dia rasa apabenda la macam best sangat Happy Anniversary ni? Mungkin tu lah dia decide untuk hint kepada aku dengan turunnya air ketuban pada 4 Oktober 2014 jam 3.30 pagi. Masa tu dalam pukul 3 pagi aku terbangun sbb nak kencing. Lepas tu cuba bangun sendiri ya Allah sakit nya. Sebab tiba tiba dua dua blah kaki dan pinggang aku sakit tak boleh jalan. Maka suami papah sampai toilet. Lepas tu sambung tidur, tengok tengok 3.30 pagi aku rasa air keluar banyak gila terus kejut suami B BANGUN AIR KETUBAN PECAH! 

Segar bugar semua orang pantas suami shoot aku terus pegi Ar Ridzuan Ipoh. Doctor check bukaan baru 1cm. Maka aku kena admit dan doctor cakap akan check balik pukul 1 pm hari yang sama. Check lagi sekali baru bukak 1.5cm Allahuakbar, lepas 9 jam baru 0.5cm bukak. Doctor tanya nak induce ke nak tunggu contraction sendiri? Aku decide nak sendiri. So kena duduk lagi satu malam dan doctor cakap pukul 9am 5 Oktober aku kena masuk labor room. Kalau tak buka banyak, doctor akan induce. 

Masa kat labor room, doctor check bukaan dah 4cm, so terus kena induce. First induce, 5 cm dan second induce terus 8cm. Masa tu contraction sakit tapi aku taktau kenapa lepas bersalin ni aku rasa macam terlupa sakit tu macam mana. Dia sakit, tapi sakit yang kau boleh tanggung, Insyaallah. 

Aku akan cerita tips tips nak bersalin dalam entry lain, so penutup karangan aku pada hari ini adalah : 



Aqilah, 2.2 kg. 5 Oktober 2014, 4.40 petang. 

Alhamdulillah. 

You May Also Like

8 Comments

  1. hai aqilah

    suh mak awak selalu update
    dia sebab cepat pelupa

    kbai

    tenkiu aqilah buat mak awak comeback

    ReplyDelete
  2. Entah kenapa aku baca entri ni laju termengah mengah serupa macam aku yang nak bersalin.

    btw yayy mak enon dah melahirkan seorang aqilah dan masih enon seperti dulu. bergulung tahniah !

    ReplyDelete
  3. Padia aku ikut mengah sama ni ahha.
    Hai aqilah comel! Nanti aunty aunty semua datang melawat awak k.

    ReplyDelete
  4. Aku ingat aku sorang je yang mengah hahaha. Yayyyy semangat pulak nak update blog!

    Aqilah manjanya muka awakkk :')

    ReplyDelete
  5. Huda Luna malas loginOctober 16, 2014 at 8:29 PM

    Hahahahah aku mengah dgn terbarai gelak aku sampai menyembor kat screen laptop hahaha

    ReplyDelete
  6. Masya"Allah,comelnya baby..Tahniah!semoga ibu dan anak kekal sihat hingga akhir hayat.Ma'af ye..saya cuma nak pesan pada ibu-ibu supaya berhati-hati jika sahabat aatau saudara mara yang datang melawat dan memuji baby tanpa memuji Allah takut terkena penyakit 'ain seperti yang rasulullah sabdakan dalam hadis.Perkara ini sahih ya..boleh tanya ustaz atau ustazah di mana-mana.InsyaaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Everytime puji ank, akn cakap mashaallah tabarakallah.

      Thanks for the info :)

      Delete

Jom komen.

Total Pageviews