Sunday, October 26, 2014

Tips bersalin yang nampak macam penipu.



Aku nak tegelak baca post sebelum ni. Tak percaya aku pegi cakap nak bagi tips bersalin. Apakah mitos ini? Hana yang kelam kabut tu nak bagi kau tips? *gelak tutup mulut*

Ya Allah. Masa pantang ni semua benda sedap. Semua benda aku nak makan. Malangnya tak boleh makan maka tengok saja telan air liur. Sambil berangan rasa air liur kau sama macam rasa kotiaw goreng mak kau masak pagi-pagi. Sepatutnya orang lepas bersalin perlulah dihormati perasaannya. Contoh nak hormat perasaan adalah seisi keluarga pun kena makan lauk berpantang. Bukan apa, kita baru jadi ibu maka hati mudah terluka. Mudah terluka tengok orang makan tembikai depan kau. Mudah terluka tengok orang dok post pasal pelam asam boi ke apa tah. Sungguh biadap perangai tu kerana mengapakah resipi pelam asam boi itu muncul ketika kau tengah berpantang? 



Sebahagian checklist benda aku nak makan lepas pantang. 

Okay so berbalik kepada topik, tips bersalin mudah. Atau tips masuk labor room. Atau tips persediaan jumpa anak. 5 tips kelakar-betul-ke-hana-nak-bagi-tips *gelak tutup mulut lagi* *malu*

1) mempunyai seorang mak yang cepat risau. Apabila kau mempunyai mak yang cepat risau, maka tak perlu lah kau pun risau sama. Sebab mak kau akan hari-hari berdoa supaya kau dimudahkan bersalin, kemudian akan mengirim doa kepada kawan beliau yang nak pegi Mekah, berjaga 2 malam masa kau dah warded tunggu nak bersalin :')) kemudian buatkan air selusuh bunga pakma untuk kau :')) 

Bunga pakma ni mak aku kata dapat dari mekah, so mak aku rendam dan air dia bagi aku minum sambil baca selawat pastu niat, Ya Allah bukakanlah pintu rahim ku sekembang bunga pakma ini. Pastu orang cakap kalau bunga pakma tu kita rebus kembang, insyaallah boleh bersalin normal. Entah? Aku ikot joo. 

2) Air selusuh yang dibacakan suami. Bahan-bahan adalah air zam-zam / air masak biasa dan bacaan-bacaan. Google sendiri lah. Kehkeh. 

3) Pegang kaki bila nak teran. Aku tau ni bila nurse kat KK bagi tau. Bukan KK Kota Kinabalu ke Kota Kemuning please. Ia adalah Klinik Kesihatan. Akak nurse pesan kalau nak senang bersalin masa teran tu dua-dua tangan pegang buku lali  supaya senang kangkang dan tak angkat bontot. Takot koyakan besar. Time-time ni tak payah la pegang tangan suami pun. Laki I masa ni support kat belakang je pastu banyak bebel dan bagi kata semangat sampai doktor rimas pastu kena sound ENCIK, TAKPE. ENCIK SUPPORT JE BELAKANG WIFE. KAMI CAKAP. :'DD

4) Aktif dan banyak bergerak. Jalan laju dan makan laju. Tapi jangan jadi macam aku. Time nak lintas jalan terlupa aku tengah mengandung lepas tu selamba lari lepas tu macam WEH BODOH KAU PREGNANT LA BERENTI SEKARANG!

5) Teran macam kau tengah alami sembelit. Contraction serious sakit. 4 kali ganda dari period pain. Sampai aku genggam tangan suami aku sampai terpulas kebelakang tangan dia. Peduli apa aku dah masa tu. Tapi masa nak teran tu, aku set dalam kepala hotak aku tengah sembelit. Jadinya terannn sekuat hati. Nasib baik aku memang akak sembelit jadi dah selalu tak sengaja praktis kat rumah :')) 

So, macam tak best je tips aku. Kahkahkah. Sebenar kan, tips bersalin ni terlalu banyak. Kalau cakap spesifik satu-satu aku rasa semua boleh pakai. Kalau ikot tips senang bersalin mak aku lagi pelik-pelik. Contohnya macam langkah kucing pastu niat, semoga aku senang bersalin macam kau, minum air rambut dan banyak lagi yang menggoncang kepercayaan iman dan logik kau. 

Masa preggy, aku jarang membaca sangat. Aku banyak baca pasal perkembangan baby je. Bab-bab bersalin aku elak baca sebab nya aku ni penakut ya kentut. Takut nanti aku baca experience orang, aku jadi seram sorang-sorang. Cuma pesan aku, just be positive  yang Allah akan mudahkan urusan kau. Yakin dengan doa-doa kau hari-hari. 

Kalau mengaji, aku banyak baca Luqman sebab kebulur nak anak ceghodek kuikui. Pastu Al Baqarah : 60 untuk banyakkan susu dan Al Imran : 30-36 untuk anak soleh, niat mudah bersalin dan anak sihat. Yang Al Imran ni aku dapat petua dari ustaz mak aku. 

Sekian kepada yang membaca. Terima lah otromen taro ku sedang bergelut dengan Giant. Dengan ucapan, apa tengok-tengok orang tidur? 



My baby girl is 22 days. 

3 comments:

nor isneini mohd ayob said...

ok jgk tips bersalin ni..hihihi..sbb dgr pengalaman kwn2 len menakutkan..tq tq :D:D

nanadhoi said...

comelnyaaa baby!

Huda Luna said...

hoi buli aqilah!