Abah being an abah



Aku dok panggil anak aku gegirl. Sekali bapak aku tanya, 

Ha? Apa kamu panggil anak kamu? Google? 

K... 


So.. This is my google. 

Aku rasa google makes sense. Everyody loves google. Everybody will go to google to ask. To seek info. 

My Aqilah is a google. 

Insyaallah. 




Aqilah first day out!



First day lepas pantang bawak Aqilah keluar adalah pergi wedd ajen insurans yang buat polisi Aqilah, Ika. Pergh first time keluar terus mummy bawak pegi Penang bertuahnya hidup. Pehtu dapat naik mercedez atok hang pulak tu. Mak hang ni kecit kecit mana kan merasa naik mercz, toyota corolla pun belum tentu. 

First time tros travel jauh, punya la makpak Aqilah kaluit. Satu beg besau bawak barang Aqilah je. Sebab Aqilah kadang kadang refuse bf, terpaksa spare fm :'( 


Lena baby girl mummy tidur. 


Sampai Hotel muka takde mood. Lepas tu bunga besar besar tu taktau nak pegi mana. Hahah. Ni semua mummy punya pasal bosan satu badan masa pantang, semua headband dia pegi borong kat ig. 


Aqilah perangai sangat time masuk hall. Nak pulak time baca doa, dia pun sorang sorang nak baca doa jugak. Mak kelam kabut dah cuba tenang kan sebab semua dah tengok haha. 

Betul lah. Dulu berjalan berdua suka hati kau la nak berjimban jimbun. Dah bertiga ni macam2 nak tukar pampers, tiba tiba berak tiba tiba nangis. 

Allahuakbar. Penat but the best feeling ever. Ini amanah Allah. Aqilah amanah Allah. Mummy cuba jaga sebaik mungkin ya? 


There you go. One happy family at home. My baby girl is......... Mak kau ni memang fail la bab kira kira. 1 bulan 17 hari.  




Hana kan?



Harini dah 12/11/14. Bermakna lagi 5 hari aku nak habis pantang. TAK SABARNYA NAK MAKAN BEGER KFC KAU APA TAU. 

Sebab aku memang tak tau nak buat apa kat rumah, semua jenis review ig aku pegi baca dengan niat nak shopping baju. Maklumlah, aku ni RETI bergaya. Kalau nak tau, baju-baju aku sejak dari sekolah menengah aku pakai sampai aku kerja skang. Punya la sayang dan kenilaian sentimental yang tahap teruk tak tau malu pakai baju pesen-pesen lama. Tahap pesen orang still berambot sarang tebuan dan bercermin mata sebesar side mirror kereta. Tidak ku buang baju-baju tu asal muat aku bedal. Jarang beli baju baru sebab duit aku banyak habis untuk makan dan family. 

Pernah bos aku hint banyak kali pasal dressing code. Dia cakap pegawai kena la dressing lawa sikit untuk imej whatever imej lah aku peduli apa imej aku macam mr bean janji kerja siap. Ketegaq teruk. 

Tapi tulah. Aku jadi insaf tiba-tiba nak korek baju-baju lama  aku dan bagi kat orang sebab aku sendiri fikir aku dah jemu pakai baju-baju lama aku. Sampai la haritu aku terjumpa kawan lama time diploma, dia memang nampak aku dari jauh lepas tu tegur

HANA! DARI JAUH AKU NAMPAK BAJU KAU. MACAM KENAL JE BAJU TU. 

YaAllah paham tak baju aku time diploma orang ingat kau nak mati ke naaaaaa. Dah 7 tahun berlalu kau pakai baju tu lagi yarabbi malunya naaa jatuh maruah mana nak letak 😅😅😅😅😅😅

Jadi harini projek baju cleaning 


Baju yang semua corak bunga-bunga besor kaler vain 😅 


Ni baju yang dah sort make sure menggunakan teknik baju 7 tahun lepas sila buang sekarang. Ni baju-baju hayat dalam 2-3 tahun kira OKLAH KOT.  

Sekarang tengah fikir nak buat shawl cleaning pulak. Sebab dah macam tak zaman je orang pakai shawl selimut pashmina mina ea ea. 



Aduhhh mana nak letakkkk 😭😭😭😭




Hadiah dari syurga




Hadiah dari syurga

Yang tak semua orang terima bungkusannya
Yang wangi cantik parasnya 
Berseri nya serupa seribu cahaya 
--barangkali lampu serpihan syurga
Teriaknya bingit tapi begitu cinta
Masamnya tengik tapi ketagih juga

Kamu tahu berapa nilai hadiah dari syurga? Tak terbayar nilai wang hatta seluruh dunia.





One month Aqilah.






My 1 month baby girl is already 3.1 kg. Still working hard to give her full bf. Semoga rezeki susu Aqilah murah Aminn. 

1) Kalau bisik nama dia kat telinga kiri, cepat-cepat muka dia toleh kiri cari. Sama belah kanan. Kadang-kadang sebelum bisik, sengaja aku makan petai dulu tengok daya hidu dia A ke tidak. So far belum respon terhadap bau. 

2) Seorang yang menepati jadual. Masuk shift malam hari-hari mula pukul 4pagi. Sampai membawak ke pukul 8pagi. Kadang-kadang rajin sikit pukul 2pagi dah standby masuk kerja. Kerja tak susah. Hanya mengeluarkan siren, baca : menarit (menangis + menjerit) sepanjang 368 harkat, satu rumah bangun kelam kabut OMG APAKAH-APAKAH RUMAH TERBAKAR KE APA.





Seorang Aqilah baru balik kerja. Shift malam biasa la. Balik rumah tak sedar apa dah tidur. Kaki pun tekeluar katil. 

3) Dah tak suka bedung. Kalau kena bedung mengamuk satu macam. Muka merah padam nak keluarkan tangan. 

4) Sindri lapar sindri pegang. Memang umur sebulan aku dah terapkan nilai berdikari dalam diri Aqilah. Lepas ni aku nak ajar bancuh susu sendiri pulak. Moga-moga 2 bulan nanti dah pandai cebok beyak sendiri.



-------

Harini dah 32 hari berpantang. Lagi 12 hari nak habis ni punya siksa macam 12 tahun. Kerja aku kat rumah 3 jam sekali pam susu, cebok berak Aqilah, makan, mengidam, berangan. Tengok AF. Bila lapar tengok Food Channel. Pastu doa yaAllah boleh tak aku nak masuk dalam tv sekarang dan rasa semua makanan? 
 

Lagi satu, dulu aku tak penah tengok AF. Jadinya sejak duduk rumah ni, sambil pam susu sambil tengok tv. Sebab tidak berjiwanya kau kena duduk sorang-sorang pam susu. Kiranya sekarang, di kiri ku pam susu di kananku remote tv. 

Aku cuma nak ajak korang vote Firman AF ahad ni. Konsert final. Dulu aku rasa orang yang vote untuk AF ni tak pandai. Tapi tapi tapi. Rasanya ahad ni aku bakal jadi tak pandai.  

Kah. 




Search This Blog