Hana kan?

by - November 12, 2014

Harini dah 12/11/14. Bermakna lagi 5 hari aku nak habis pantang. TAK SABARNYA NAK MAKAN BEGER KFC KAU APA TAU. 

Sebab aku memang tak tau nak buat apa kat rumah, semua jenis review ig aku pegi baca dengan niat nak shopping baju. Maklumlah, aku ni RETI bergaya. Kalau nak tau, baju-baju aku sejak dari sekolah menengah aku pakai sampai aku kerja skang. Punya la sayang dan kenilaian sentimental yang tahap teruk tak tau malu pakai baju pesen-pesen lama. Tahap pesen orang still berambot sarang tebuan dan bercermin mata sebesar side mirror kereta. Tidak ku buang baju-baju tu asal muat aku bedal. Jarang beli baju baru sebab duit aku banyak habis untuk makan dan family. 

Pernah bos aku hint banyak kali pasal dressing code. Dia cakap pegawai kena la dressing lawa sikit untuk imej whatever imej lah aku peduli apa imej aku macam mr bean janji kerja siap. Ketegaq teruk. 

Tapi tulah. Aku jadi insaf tiba-tiba nak korek baju-baju lama  aku dan bagi kat orang sebab aku sendiri fikir aku dah jemu pakai baju-baju lama aku. Sampai la haritu aku terjumpa kawan lama time diploma, dia memang nampak aku dari jauh lepas tu tegur

HANA! DARI JAUH AKU NAMPAK BAJU KAU. MACAM KENAL JE BAJU TU. 

YaAllah paham tak baju aku time diploma orang ingat kau nak mati ke naaaaaa. Dah 7 tahun berlalu kau pakai baju tu lagi yarabbi malunya naaa jatuh maruah mana nak letak 😅😅😅😅😅😅

Jadi harini projek baju cleaning 


Baju yang semua corak bunga-bunga besor kaler vain 😅 


Ni baju yang dah sort make sure menggunakan teknik baju 7 tahun lepas sila buang sekarang. Ni baju-baju hayat dalam 2-3 tahun kira OKLAH KOT.  

Sekarang tengah fikir nak buat shawl cleaning pulak. Sebab dah macam tak zaman je orang pakai shawl selimut pashmina mina ea ea. 



Aduhhh mana nak letakkkk 😭😭😭😭

You May Also Like

3 Comments

  1. shawl aku simpan. kot nnt besaq bg anak? eh?


    pastu baju lama aku simpan ade yg elok leh bg anak. lagi eh?

    yg buruk buat kain buruk.
    yg macam cantik tp rasa tak nak simpan bg org susah. dapat pahala

    aku ni macam ko gak pakai baju lama punya lama. bertahun2. org dah tukar2 pesen aku macam tu gak. start hujung tahun lepas baru reti sikit tmbh stok baju n skrg makin galak plak tambah. beli pon online je. poplook.com. beli rini esok sampai. puas hati. asalkan before 12pm order esok ssampai.

    lain2 beli h&m sbb murah n cantik


    err ape lagi eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hudaa aku baru tgk kt poplook. Best!! Tp baju aku nk sold out.

      Skg dah stat shop online jd ketagih nk beli lg. Mampoihhhh

      Delete
  2. poplook ko kena jadi piranha.

    setipa selasa n khamis 11 pagi dia release baju baru

    masa tu ko kena standby situ nak terpa baju ko nak cepat2

    nak lagi pantas ko follow fb page poplook so ko tau ade release baju ape

    hahahah aku mcm ni la. asik2 poplook sbb cpt n senang. murah pun ok n of course labuh

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews