One month Aqilah.






My 1 month baby girl is already 3.1 kg. Still working hard to give her full bf. Semoga rezeki susu Aqilah murah Aminn. 

1) Kalau bisik nama dia kat telinga kiri, cepat-cepat muka dia toleh kiri cari. Sama belah kanan. Kadang-kadang sebelum bisik, sengaja aku makan petai dulu tengok daya hidu dia A ke tidak. So far belum respon terhadap bau. 

2) Seorang yang menepati jadual. Masuk shift malam hari-hari mula pukul 4pagi. Sampai membawak ke pukul 8pagi. Kadang-kadang rajin sikit pukul 2pagi dah standby masuk kerja. Kerja tak susah. Hanya mengeluarkan siren, baca : menarit (menangis + menjerit) sepanjang 368 harkat, satu rumah bangun kelam kabut OMG APAKAH-APAKAH RUMAH TERBAKAR KE APA.





Seorang Aqilah baru balik kerja. Shift malam biasa la. Balik rumah tak sedar apa dah tidur. Kaki pun tekeluar katil. 

3) Dah tak suka bedung. Kalau kena bedung mengamuk satu macam. Muka merah padam nak keluarkan tangan. 

4) Sindri lapar sindri pegang. Memang umur sebulan aku dah terapkan nilai berdikari dalam diri Aqilah. Lepas ni aku nak ajar bancuh susu sendiri pulak. Moga-moga 2 bulan nanti dah pandai cebok beyak sendiri.



-------

Harini dah 32 hari berpantang. Lagi 12 hari nak habis ni punya siksa macam 12 tahun. Kerja aku kat rumah 3 jam sekali pam susu, cebok berak Aqilah, makan, mengidam, berangan. Tengok AF. Bila lapar tengok Food Channel. Pastu doa yaAllah boleh tak aku nak masuk dalam tv sekarang dan rasa semua makanan? 
 

Lagi satu, dulu aku tak penah tengok AF. Jadinya sejak duduk rumah ni, sambil pam susu sambil tengok tv. Sebab tidak berjiwanya kau kena duduk sorang-sorang pam susu. Kiranya sekarang, di kiri ku pam susu di kananku remote tv. 

Aku cuma nak ajak korang vote Firman AF ahad ni. Konsert final. Dulu aku rasa orang yang vote untuk AF ni tak pandai. Tapi tapi tapi. Rasanya ahad ni aku bakal jadi tak pandai.  

Kah. 




0 comments:

Search This Blog