Why babywearing? Kisahnya..

by - January 05, 2015



Hai semua. 

Harini genap Aqilah 3 bulan. 5 Januari 2015. 


MY BABY GIRL IS 3 MONTHS OLD APAKAH INI MIMPIIIIIIIII *tepuk tepuk kepala* *test realiti* *adakah ini realiti* *adakah aku dah habis bercuti* *sedar diri*

Dan dengan itu, harini aku mula kerja. Dimulakan dengan bismillah. Dimulakan dengan masuk lewat seminit. Bos tengok punch card pasti tepuk dahi. Sejenis apakah norhana rosmida ni? Sikit sikit datang lambat sikit sikit datang lambat bila nak bertaubat. 

Azam baru 2015. 
Semoga tidak ke laut. 

Ok back to tajuk. 

What is babywearing? Apa itu bayimemakai. Babywearing adalah bahan untuk mendukung baby menggantikan kedua buah tangan kau itu. Konsep dia sama seperti kau mendukung anak kau, tapi ini lebih mudah dengan ada support dan bantuan dari sehelai kain yang budiman. *ciom dahi kain tanda bersyukur*. 

So far untuk sekarang, aku pakai wrap untuk Aqilah. Wrap brand Boba beli kat onebabyshop.com tak silap aku tak ingat dah. Mohon maafkan saya memang mak enon like that. 


Masa ni aku nak keluar makan dengan mak abah. Aqilah dah kenyang, tidur lena lepas tu terus aku masuk dia dalam wrap. Sepanjang makan tu Aqilah tidur lena. 

Tujuan aku buat post ni sebab : 

Bila aku keluar letak Aqilah dalam wrap, orang akan pandang aku semacam. Sampai ada yang nampak aku nak snap gambar pakai handphone. Kecik besor je aku tengok dia. Nasib baik aku seorang yang penyabar maka aku biarkan saja. 

Dimana, aku tau sebab apa dan persepsi orang will be like : 

1) kesiannyaaaa letak anak dalam tuuuuu tak lemas ke? (negative) 

2) senangnyaaa letak anak dlm tu tak penat sangat nak dukung. Lenanya baby tidurrrrr. Ehhhh mcm kangaroo pulakkk ( positif) (yeayyy) (faham konsep babywearing) 



First time keluar dengan hubby dengan wrap. Ada this one group of chinese ladies tengok macam muka kagumm. Well ntah la kagum ke apa. Tapi macam teruja nya tak penah tengok orang babywearing ke :'DDD

Kenapa aku pilih babywearing? 

1) Aqilah jarang nak directfeeding dengan aku. Maka bila aku letak Aqilah dalam wrap, rasa macam seronok sangat sebab it feels so good to be hugged by your daughter. 

2) Tak penat nak dukung, bila ada wrap, dia support hips anak kau dan kaki anak kau. 


Perhatian : kaki terjuntai (NO)



Perhatian : kaki berbentuk M atau kaki yang diparking lebih tinggi dari bontot anak kau (YES) (ergonomik) 

Aku selama pakai boba wrap ni, tak lenguh langsung. Memang sumpah selesa dan ketagih nak dukung lagi dukung lagi!

3) senang nak pegi tempat sesak. Tak payah bawak stroller. Harung sahaja kesesakan itu tanpa peluh di ketiak. Tidak campor lagi peluh di ketiak mengangkat 12 kilo stroller. Hanya perlukan kain dan wrap di badan mak serta tros masukkan anak. Wah kini mak boleh shopping ngan bapak sambil pegang tangan. Eh? Macam baru lepas kawen laaaaaaa muah!

4) anak bila menangis mesti kita dukung kan? Bila dukung barulah depa senyap. Kenapa? Sebab bayi dilahirkan memang mengada. Nak skin to skin dengan mak. Nak dengar heartbeat mak yg dah 9 bulan hari hari dia dengar. And that makes babywearing ease your mak mak life. Sebab telinga baby akan lekap dengan bunyi heartbeat kau. Allah time tu, nikmatnyaaaaa. Dan perbuatan babywearing ni memang resembles keadaan baby dalam perut. Waktu kita berjalan pun badan kita akan terhenjut dan baby akan rasa betul macam dalam rahim.



Masa ni teman Abi dengan Acu swimming. Aqilah memang dah kenyang pastu tertidur. Masuk dalam wrap sambung tidur balik aaaaaa melts my heart away. I can always kiss my baby sambil dia tidur sambil baca baca mandrem hembus kat ubun ubun. 

Kalau yang terer, siap BF anak dalam wrap ok. Tapi tu mmg kena praktis la sebab aku tak yakin kihkih. 

5) ikotkan kajian orang kata anak akan lebih cerdik dalam berkata2 sebab dok dengar jelas apa kau cakap. Tapi kalau tanya aku, it doesnt contribute much kot. Budak yang naik stroller pun boleh bercakap cergas dan lancar. Ntah la? Haha. 

---

Aku tengah mengumpul duit nak beli soft structured carrier (SSC). Macam berkenan ke boba 4g. Tapi ongkos nya berkenan jugaaaa. SSC lebih sng tak payah belit2 mcm wrap hanya buckle up saja maka sesuai untuk ibu bapa masa kini yang busy bebenor dengan dunia eh. 

Aku macam mana pun masih cintakan wrap sebab wrap lebih rasa ketat dan badan anak dan kita lebih kejapp antara satu sama lain. You guys should try! 


Happy babywearing girls and boys. 



You May Also Like

2 Comments

  1. huahuahuahua tapi mmg kesian org pakai cc

    sbb :
    1. dorg xtau pasal bw
    2. mungkin gear carrier mahal sgt so x mampu beli
    3. or mmg tau tp mls nk amalkan

    T__T

    ReplyDelete
  2. Hana, i pun prefer babywearing baby. I pakai baby wrap beb sachi. Sgt convenient babywearing ni kan esp bila nak travel ke shopping ke sennag nak gerak dari bawak stroller besau tu.
    And betul nak breastfeed pun lebih mudah and baby senang tido.
    Jom ikuti blog i:'
    healthyglowing13.blogspot.com

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews