Jika, kamu membaca ini.



Kawan
Pandanglah sini,
Aku dah tak peduli cerita kau lagi, 
Aku dah tak pandang dah tak ada hati, 

Sebabnya.. 

Bukan benci, 
Bukan hati sudah mati, 
Bukan mahu buat keji, 
Tak ada satu pun punca aku buat begini,
Cuma satu aku perasan masa termenung tadi dinihari... 

Mungkin tak boleh tengok kamu happy, kalau bukan dengan aku lagi, 
Teruknya perasaan begini,
Itu sebab aku memang anggap kau sohabat, sejati. 

Dulu. 

Kini tidak lagi. 
Sudahnya, 
Baru aku tahu. 
Aku sudah tipu diri sendiri. 






Azam baru (jangan gelak)



Sebenarnya aku dah bukak laptop ni lama. Sejam lepas mungkin. Tujuan aku bukak laptop adalah aku kini ada (muhammad) azam baru, SIAPKAN MINIT MESYUARAT KAT RUMAH.

Sesungguhnya sejak aku lahir, aku tak pernah terfikir diriku ini ditakdirkan untuk bekerja sebagai seorang admin officer yang quarterly hidupnya di himpit dengan pelbagai mesyuarat, sebagai setiausaha mesyuarat yang tak setia dan tak berusaha langsung.

Apabila kau menjadi seorang setiausaha, kau adalah otomatik akan menjadi seorang urusetia, yang akan buat minit mesyuarat, yang akan jaga kedatangan ahli mesyuarat, yang order makan, yang tunggu sampai semua ahli balik baru kau boleh balik dan kena present hal-hal admin dalam meeting like seriously mengapakah  kau kena buat semua benda like seriously.

OK ADA KERJA ADA GAJI.

Ok sekarang laptop aku tengah scan hardisk aku dan baru 50% scanning maka aku memfreekan diri untuk menulis ini.

Sambung.

Aku nak tanya kepada diri aku, kalau sehari tak merungut tak boleh ke. Lalu diri aku jawab, engkau tu yang ikot hati dan perasaan sangat yang terlalu inginkan kepuasan dari seorang manusia dan bukanlah Tuhan? Tengok diri sendiri dah jadi ustazah. Muhasabah diri sikit Hana.

Mak. Apa lama sangat scan hardisk aku ni baru 60% okay sambung.

I miss my hubby so much.

Tiba-tiba nya.



No alasan!



Kalau rasa mahu lari pun, hidup penuh berkandang kandang. 

Kalau rasa mahu ludah pun, risau nanti ludah sendiri pula dihidang. 

Dah tak boleh bersangka baik lagi..
Kenapa aku masih teguh berdiri di sini? 

Semua sebab, 
ADA KERJA ADA GAJI. 


Rilek la mummy. 




Search This Blog