That stubborn Nemo.

by - April 13, 2015

Berenang,

Ikot kawan kamu yang terbilang,
Kamu sedar sirip dah tersiat sikit dicincang, 
Kamu masih mahu berenang? 

Kapal besar di atas besar bukan kepalang, 
Si Yu sudah bukak mulut tunggu kamu sungguh garang, 
Tapi, kamu masih mahu berenang? 

Kamu lalui dasar paling dalam, 
Sirip disiat  kiri dan kanan kamu masih diam, 
Apa kamu lupa kamu memang tempang sejak silam? 

Tak sangka, kamu masih mahu berenang. 

Kamu bilang 'aku memang tempang', 
Kamu bilang 'sirip aku tak cukup kembang', 
Kamu bilang 'sebelum aku mati beri aku ruang', 
Kamu bilang.. 

'Beri aku peluang. 
Aku mahu.. Terus berenang.
Sebelum aku betul betul pulang. '



You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews