Magnum and us.


Weekend lepas balik KL. Macam biasa, Aqilah selalu behave dalam train. Masuk train bagi susu pastu tidur. Syukur Allah mudahkan urusan tiap 2 minggu nak balik KL jumpa Abi dengan rumah mertua. 

Aqilah is 10 months now and full breastfeed lagi. Tuhan je tau susah payah jadi EP Mom ni. Ada masa aku rasa macam nak give up. Tapi, bila dah jadi mak, bila yang terbaik kau nak bagi kat anak, gunung berapi pun sanggup kau mandi. (Wah) 

Entah lah. Aku tak sangka aku boleh jadi mak yang paranoid jugak. Entah? Particular sangat pasal makan minum Aqilah. Pasal macam2. Hamaigosh aku rasa macam apa masalah fikir macam2 ni seriously mom being a mom. Ada asap rokok je lalu depan muka Aqilah even muka aku sendri pun sebelum ni aku tutup muka dengan tudung atau buat muka beruk marah please. Lagi huduh dari tu mungkin SEBAB MEMANG AKU TAK SUKA. 


Masa ni kat rumah Tasha. Lepak sampai nak malam pastu mandikan Aqilah lupa bawak baju maka pinjam baju dengan jeans Baihaqi. Nasib ada rantai kang orang ingat baby boy. Love you Kakak Aqilah!! 


Siapakah yang gemok disebelah kiri itu. Berat aku naik teruk lepas bersalin tapi hubby I maintain k lah bye. 


Satu pinggan ni harga RM 30 untuk dua orang budak lapar. Budak lagi sorang tengah nangis tu kenapa? Mummy ambik belon dia terus mengamok ngamok. Padan mukaaa kikikiki. 

Masa makan magnum ni baru tau kedai dia ada 2 tingkat. Ats dine in, bawah bungkus. Plan nak dine in lepas tengok menu tapi uwangnya nggak ramai. Maka order eksrem saja. Laki bini telan air liur tengok kiri kanan order main dish dia. Rasanya last la kot pegi sebab bukan lah sedap mana. Rasa lepas ni kalau teringin nak makan, beli eskrem magnum kat seven eleven pastu buat brownies ke apa pastu makan panas2. Hah camtu je rasa dia. 


Kat mid valley kedai ni. Sepatutnya hannamaru udin! 

Bye



1 comments:

Afiqah Azmee said...

kat nagaoka tempat fav udon nama dia hanamaruuuu!!!

Search This Blog

Powered by Blogger.