Review : 5 sebab kenapa filem Polis Evo best!




Hai. 

Dah lama aku tak buat segmen 5 sebab. Selaku blogger pencen, kerap sangat post2 aku sebelum ni dah tulis2 tengok jadi draft. Lepas 14 tahun berikutnya pun belum tentu aku post. 

Semalam untuk pertama kalinya selepas beranak aku p tengok wayang dengan hubby. Masa mengandung haritu ada p tengok beberapa kali. Cumanya, setiap kali tengok soh hubby amek couple seat sebab isteri dia nak tidur. Aku rasa semua movie yang aku tengok aku akan tidur. Aku hanya masuk sebab nk teman hubby. Kesian gila hubby tengok cerita sorang2 mak enon sebelah pinjam bahu tidur sambil nganga. Pastu asyik tanya B bila nak habes bila nak habes. 

Aku adalah sejenis insan yang akan pening kepala tengok cerita yang tembak2 pastu sound sistem memekak macam nak terpecah saluran endriotrosisear kau. Kahkahkah. Apakah itu. Hubby pulak jenis suka movie macam tu, maka terima la padahya tengok wayang dengan isteri tapi dia tidur. Wiwiwiwi. Tapi tak jugak haritu tengok cerita Rio yang burung2 tu pun aku tidor apa daaa. Dah tua agaknya. Mengalami hormon peralihan ke apa kau. 

Ok anyway, memang takde langsung dalam perancangan kehidupan aku, nak tengok cite Polis EVo. Dengar lagu soundtrack dia pun rasa nak cekik. Tapi pas tengok respon orang ramai, aku pn terus amek keputusan nak p tengok bawak adik2 sekali. 

So, 5 sebab kenapa Filem Polis Evo adalah best gila! 

1) zizan kelakar sangat! Sepanjang cite ni memang zizan speaking ganu, nasib baik ada subtitle sebab ada certain words tak paham. Tapi adalah zizan memang best kelakar dan menjadi gilaaa lawak dia. Cuma ada part tak kelakar pun aku rasa tapi adik aku gelak tekekek tekek iskkkk. 

2) GANGSTER DIA ADALAH MENAKUTKAN GILAAAAA! Selama aku tengok movie melayu selama hidup aku ni, tak pernah tengok cerita muka gangster yang menakutkan sampai sumpah aku takot sangat. Muka suma samseng dalam cite tu beragas gila. Jenis yang kalau jumpa depan2 confirm tekencing kencing. Aku puji gila, sebab selama ni tengok cerita melayu, ong jahat semua pelakon tipikal ong jahat yang biasa tengok. Tapi cerita ni, sume muka ong jahat tu tak penah tengok dorang belakon dan serius reallllll gilaaaa muka sorang2. 

3) dia punya action lawan2 macam 3d. Kahkahkah. Aku ni punya la manusia yang tak tgk cerita lawan2 sebab pening. Aku tak sangka aku follow cite ni sampai masa dia lawan2 kepala aku siap tepis2 lagi,  maka lantas ku pegang mata, ada pakai cermin mata 3D ke? Oh tak. Ni cerita 2D je. Pastu tak puas hati tanya hubby kat sebelah ni cerita 3D ke takleh blah btl scene gadoh2 dia sampai aku rasa aku yang kena belasoh. Maka hubby telah mencepuk aku untuk memastikan aku kembali ke dunia nyata sebab ni memang betul cerita 2D. 

Taklah, nak bgtau korang la semua action dalam ni real. Terbaik! 

4) cara cerita ni promote terengganu memang bagus sangat. Semua orang dalam cerita ni cakap terengganu kecuali shahiezy sam. Nora danish soooo cute cakap terengganu, eh semua la dalam ni best. Tempat2 semua cantik buat aku rindu sangat kat perhentian! 

5) cerita ni sangat laju sampai kau tak sempat nak menguap. Aku ni dah la jenis akak menguap. Tambah2 kalau ckp depan bos taktau kenapa keje menguap. Perangai jenis auto refleks ni kadang2 buat malu jugak tapi apakan daya. Tengok cerita ni, dengan kelakar nya, lepas tu scene lawan dia. Seyes tak mengantuk dan buat kau pn tertunggu2 ok whats next ok apa yg zizan nak buat kelakar lagi. Percayalah kepada aku yang suka tidur time tengok movie ni. Hubby i first time kagum dan mengucup dahi i tanda gembira tengok perubahan i tengok movie tak tertido. Hahaha! 

So, pegi lah tengok. Tak rugi. Aku rasa, macam nak repeat lagi! 

Bye








Selamat Hari Jadi




Ini untuk suami, 
Selamat Hari Jadi, 
Semoga kehidupan diberkati,
Moga Allah limpahkan rezeki, 
Rezeki wang ringgit tidak semesti,
Yang penting--
Rezeki kasih sayang sampai mati, 
Rezeki kesihatan untuk berbakti,
Rezeki ketawa setiap hari, 
Rezeki takwa di dalam hati, 
Rezeki, 
Dapat isteri yang baik hati. (HAHAHAAHAHAHA hai isteri yang baik hati sape tewwww) 


Allah merahmatimu, 
Dalam langit putih biru, 
Dalam laut dasar luas semeru, 
Dalam gunung berbatu batu, 
Dalam api marak seribu, 
Moga Allah merahmatimu, 
Dalam setiap perjalanan impianmu, 
Moga ada pengajaran setiap satu, 
Untuk dipanjang lagi rasa syukur mu, 
Untuk dipanjang ibadat mu, 
Sebab satu, 
You're alive for a reason- to, 
Bahagiakan semua disekelilingmu. 

Through thick and thin, 
Mummy and Aqilah love you. 













Geng bakers berjaya




Macam acah2 gila gelar diri baker ke apa tuu. Bersyukur ada kawan rapat yang kongsi minat yang sama. Dan paling best, kawan2 yang tak berkira ilmu. 

Entah. Baking ni modal paling mengah sekali. Kena bnyak try and error. Semua modal. 

Entah dari mana datang kekuatan tu. Sebab minat kot. Itu lah. Tidak dilahirkan berbakat, tapi yakin Allah pandang usaha kita. 

Amin yaAllah. Semoga apa yang diimpikan jadi kenyataan. 






Kakak Baby




Kakak Baby,jangan besar cepat sangat! Bulan depan awak dah setahun. 
Mummy pulak taktau kenapa tak sabar nak panggil Aqilah kakak. 
Sebab tu panggil Kakak Baby. Haha.
Rasanya kalau betul ada adik,  silap2 melekat Kakak Baby.

Homaigodddd mummy strress gilaaa dengan keypad space ni sebab Aqilah p korek sampai nak tecabot!! 


Random sangat post mummy harini.

Love you Kakak Baby!!!







Rezeki




Aku duduk tunggu nombor untuk bawak Aqilah jumpa doktor. 3 hari dah demam on off. Tiba2 teringat dah withdraw duit nak bagi kat abah untuk beli lauk dengan belanja lain. Hulur pada mak minta bg pada abah sebab takut terlupa. 

Mak tanya, 'kesian kamu. Ada duit ke? 

Aku hanya senyum dan jawab, 

'Jangan risau mak. Takkan miskin diri ana kalau bagi duit kat mak abah' 

Macam biasa, i quote back what hubby always adviced me. In fact, dia yang banyak ajar aku cara berenang-- itik. 
Kunci dia- yakin. Sebab rezki Allah yang bagi. 

Kalau kau faham. 






Syukur




"Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian. Sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan. Sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan."


__________________________________________________________________

Menitik-nitik air mata aku baca ayat ni. Allah. Betapa besarnnya jiwa. Betapa bersyukurnya hati. Berapa kali aku merungut pada suami, kenapa hidup tak adil, kenapa ada je benda tak cukup. And what always he replied me, 'You pandang orang kat atas you mmg you rasa macam tu. Cuba tengok orang kat bawah you..? " 

Aku merungut suami kerja siang malam takde masa nak bawa pegi bercuti, sedangkan ada isteri suaminya tak bekerja langsung, hanya mengharap pada isteri. 

Aku merungut anak tidak mahu menyusu badan, sedangkan ada anak yang mahu menyusu badan tapi asyik sakit sana sini.

Aku merungut kerja aku stress dan mahu berheti kerja. Sedangkan ramai anak muda sedang menganggur berebut mahu pergi interview - yang belum tentu dapat kerjanya. 

Aku merungut mak selalu membebel, sedangkan ada yang rindukan suara emaknya - sudah tiada di dunia lagi 

Allahu.  Betapa la banyak nikmat yang Allah bagi untuk aku bersyukur. 


Yang aku tak pernah nampak, hanya mahu merungut. 




Search This Blog