Review : 5 sebab kenapa filem Polis Evo best!

by - September 25, 2015


Hai. 

Dah lama aku tak buat segmen 5 sebab. Selaku blogger pencen, kerap sangat post2 aku sebelum ni dah tulis2 tengok jadi draft. Lepas 14 tahun berikutnya pun belum tentu aku post. 

Semalam untuk pertama kalinya selepas beranak aku p tengok wayang dengan hubby. Masa mengandung haritu ada p tengok beberapa kali. Cumanya, setiap kali tengok soh hubby amek couple seat sebab isteri dia nak tidur. Aku rasa semua movie yang aku tengok aku akan tidur. Aku hanya masuk sebab nk teman hubby. Kesian gila hubby tengok cerita sorang2 mak enon sebelah pinjam bahu tidur sambil nganga. Pastu asyik tanya B bila nak habes bila nak habes. 

Aku adalah sejenis insan yang akan pening kepala tengok cerita yang tembak2 pastu sound sistem memekak macam nak terpecah saluran endriotrosisear kau. Kahkahkah. Apakah itu. Hubby pulak jenis suka movie macam tu, maka terima la padahya tengok wayang dengan isteri tapi dia tidur. Wiwiwiwi. Tapi tak jugak haritu tengok cerita Rio yang burung2 tu pun aku tidor apa daaa. Dah tua agaknya. Mengalami hormon peralihan ke apa kau. 

Ok anyway, memang takde langsung dalam perancangan kehidupan aku, nak tengok cite Polis EVo. Dengar lagu soundtrack dia pun rasa nak cekik. Tapi pas tengok respon orang ramai, aku pn terus amek keputusan nak p tengok bawak adik2 sekali. 

So, 5 sebab kenapa Filem Polis Evo adalah best gila! 

1) zizan kelakar sangat! Sepanjang cite ni memang zizan speaking ganu, nasib baik ada subtitle sebab ada certain words tak paham. Tapi adalah zizan memang best kelakar dan menjadi gilaaa lawak dia. Cuma ada part tak kelakar pun aku rasa tapi adik aku gelak tekekek tekek iskkkk. 

2) GANGSTER DIA ADALAH MENAKUTKAN GILAAAAA! Selama aku tengok movie melayu selama hidup aku ni, tak pernah tengok cerita muka gangster yang menakutkan sampai sumpah aku takot sangat. Muka suma samseng dalam cite tu beragas gila. Jenis yang kalau jumpa depan2 confirm tekencing kencing. Aku puji gila, sebab selama ni tengok cerita melayu, ong jahat semua pelakon tipikal ong jahat yang biasa tengok. Tapi cerita ni, sume muka ong jahat tu tak penah tengok dorang belakon dan serius reallllll gilaaaa muka sorang2. 

3) dia punya action lawan2 macam 3d. Kahkahkah. Aku ni punya la manusia yang tak tgk cerita lawan2 sebab pening. Aku tak sangka aku follow cite ni sampai masa dia lawan2 kepala aku siap tepis2 lagi,  maka lantas ku pegang mata, ada pakai cermin mata 3D ke? Oh tak. Ni cerita 2D je. Pastu tak puas hati tanya hubby kat sebelah ni cerita 3D ke takleh blah btl scene gadoh2 dia sampai aku rasa aku yang kena belasoh. Maka hubby telah mencepuk aku untuk memastikan aku kembali ke dunia nyata sebab ni memang betul cerita 2D. 

Taklah, nak bgtau korang la semua action dalam ni real. Terbaik! 

4) cara cerita ni promote terengganu memang bagus sangat. Semua orang dalam cerita ni cakap terengganu kecuali shahiezy sam. Nora danish soooo cute cakap terengganu, eh semua la dalam ni best. Tempat2 semua cantik buat aku rindu sangat kat perhentian! 

5) cerita ni sangat laju sampai kau tak sempat nak menguap. Aku ni dah la jenis akak menguap. Tambah2 kalau ckp depan bos taktau kenapa keje menguap. Perangai jenis auto refleks ni kadang2 buat malu jugak tapi apakan daya. Tengok cerita ni, dengan kelakar nya, lepas tu scene lawan dia. Seyes tak mengantuk dan buat kau pn tertunggu2 ok whats next ok apa yg zizan nak buat kelakar lagi. Percayalah kepada aku yang suka tidur time tengok movie ni. Hubby i first time kagum dan mengucup dahi i tanda gembira tengok perubahan i tengok movie tak tertido. Hahaha! 

So, pegi lah tengok. Tak rugi. Aku rasa, macam nak repeat lagi! 

Bye




You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews