Syukur

by - September 03, 2015


"Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian. Sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan. Sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan."


__________________________________________________________________

Menitik-nitik air mata aku baca ayat ni. Allah. Betapa besarnnya jiwa. Betapa bersyukurnya hati. Berapa kali aku merungut pada suami, kenapa hidup tak adil, kenapa ada je benda tak cukup. And what always he replied me, 'You pandang orang kat atas you mmg you rasa macam tu. Cuba tengok orang kat bawah you..? " 

Aku merungut suami kerja siang malam takde masa nak bawa pegi bercuti, sedangkan ada isteri suaminya tak bekerja langsung, hanya mengharap pada isteri. 

Aku merungut anak tidak mahu menyusu badan, sedangkan ada anak yang mahu menyusu badan tapi asyik sakit sana sini.

Aku merungut kerja aku stress dan mahu berheti kerja. Sedangkan ramai anak muda sedang menganggur berebut mahu pergi interview - yang belum tentu dapat kerjanya. 

Aku merungut mak selalu membebel, sedangkan ada yang rindukan suara emaknya - sudah tiada di dunia lagi 

Allahu.  Betapa la banyak nikmat yang Allah bagi untuk aku bersyukur. 


Yang aku tak pernah nampak, hanya mahu merungut. 

You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews