Itinerary Ke Bali.

by - October 11, 2015



Hi. 


Aku ni mempunyai satu sifat pemalas nak update blog yang bila bukak laptop, bukak dashboard, lepas tu fikir kejap nak tulis ke tak sambil berdoa kepada Tuhan supaya diberi hidayah nak menulis. 
Tapi kali ni aku betul2 rasa bertanggungjawab nak tulis, sebab sebelum aku pegi Bali, aku banyak google dan cari blog review pasal trip dorang kat bali. Semuanya banyak sangat membantu dan aku rasa aku pun nak jadi salah sorang pemberi maklumat kepada yang memerlukan tambah2 aku travel dengan baby. 

Kadang aku terfikir, nasib ada orang rajin tulis panjang2 bagi info and review pasal Bali. Tak banyak tapi serba sikit tau lah. Jadi untuk memastikan #randomkindess ini tidak pupus, aku pun nak mengabadikan review aku, selama 5 hari 4 malam di Bali. Tapi bukan semua lah aku update kat post ni. Untuk kali ni nak kasi cadangan itinerary dulu dan checklist yang difikirkan perlu. Hari2 lain akan ku update di lain post dan aku akan hyperlink kan dari post ni. 

So ni adalah cadangannya untuk 5 hari 4 malam. Yang dah dikasi oleh Supir, Tuan Isme. Aku dapat tau pasal dia pun dari blog review jugak. OMG murah hati sangat mula2 aku tanya berapa dia charge, dia cakap RM 350 termasuk ambik hantar airport. Lepas tu aku try mintak kurang, dia bagi RM 310. Sebena kau kena try je bargain sebab kita tak tau rezeki kan. Yang masa tu aku saja2 try tengok dapat kurang RM 40. Lepas tu satu haritu aku nak copy no dia kat whatsapp sbb nak kasi no dia kat orang yang nak pegi gak sekali aku tercall no whatsapp dia, japg dia tny, YA KENAPA CALL NYA BUK? Aku pun cakap, eh sorry nak copy no, tercall pulak. LEPAS TU DIA BAGI LAGI DISKAUN RM 300 WAH APA TU MURAH TAU 5 HARI 4 MALAM, supir tu bawak kau pegi mana2 je kau nak dan kereta pun selesa sangat! Avanza okehhhhh! 

Ni contact No Tuan Isme : +62 0 813 3861 4174
Whatsapp dia akan reply cepat gila sampai aku rasa dia mandi pun bawak henpon ke hahaha. Jangan mara Tuan Isme. Gurau saja ya. 

Dia Tour Guide muslim so dia akan bawak kau kedai makan muslim maka kau tak perlu risau termakan bakso tikus ke babi guling weh serious tau tak sepanjang jalan banyak gila kedai jual babi guling! Dan dia akan bawak kau ke masjid2 untuk solat, tu yang paling penting. 

Dan yang bawak ktorang bukan Isme tapi Iskandar. Isme mungkin dah ada client lain. Iskandar ni pun ok. Lembut betul orang nya. Ayat dia tak lekang, YA SILAKAN BUK. YA SILAKAN. Aku dengan hubby dok bahan dia sampai ke hotel, YA SILAKAN YA SILAKAN. Sampai aku balik KL, pegi KLIA order makan pun tercakap bahasa indon kau dah kenapa. -___- 

So ni itinerary aku kat bawah, ada satu tempat aku tak pegi, Barong Dance. Tu pun baca dari blog review, katanya tak berapa best dan fees mahal gak. Aku hanya pegi Kecak Dance kat Uluwatu. Mahal jugak, tapi best! Sambil tengok sunset. 



5Day/4 Night - 1 day idr.50.000
*pick up in airport
*chek in hotel kuta

2 day idr.350.000
*barong dance
*ubud area
*tegallalang(rice terrace)
*kintamani(batur mountain,batur lake,lunch)
*bali / luwak coffee procesing
*tirtha empul temple in tampaksiring
*dinner ayam penyet

3 day idr.350.000
*tanjung benoa beach(water aktivites)
*nusadua
*lunch padang food/kampung pedas
*pendawa beach
*garuda wisnu kencana culture park
*padang-padang beach
*uluwatu(sunset & kecak fire dance)
*dinner in jimbaran seafood

4 day idr.350.000
*taman ayun temple
*bedugul(beratan lake,ulun danu temple)
*lunch in ayam bakar taliwang
*botanical garden
*tanah lot
*dinner nasi tempong

5 day idr.50.000
*Lunch in ayam tulang lunak
*hantar to airport

Entrance fee - *Barong dance,idr.100.000/pax

*Kecak dance,idr.100.000/pax
*tegallalang,idr.10.000/pax
*kintamani,idr.30.000/pax
*tirtha empul temple,idr.30.000/pax
*tanah lot idr.30.000/pax
*pendawa beach idr.10.000/pax
*uluwatu,idr.20.000/pax
*taman ayun temple idr.15.000/pax
*bedugul,idr.30.000/pax..


Okay, hope this helps! 



UPDATE:

BaliTrip DAY 1. 



You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews