Monday, July 6, 2015

Review Makan Ipoh : Pink Elephant Greentown

Semalam rasa teringin makan tomyam. Maka teringat Kak Haida cakap pasal Pink Elephant kedai Thai Cuisine kat Greentown satu deret dengan Restoran Simpang Tiga fuhhhh satu napas. 

Masa sampai, betuah sekali hidup ini kerana dapat parking depan kedai. Konsep yakin parking adalah sering diterapkan dalam pemikiran kami suami isteri. Tips nya, sebelum sampai lokasi dah submit doa kepada Tuhan, mohon payung satu parking. Dan mestilah berdoa dengan yakin. Hasil tak pernah kecewa. Kitorang pergi mana2 so far memang dapat tempat parking yang kitorang nak. Kih. 

Masuk kedai, begitu bangga sekali kerana jadi customer pertama. Sampai rasa nak tanya takde hadiah ke kepada pelanggan pertama yang sampai kat kedai? Before pegi nasib baik lah book dulu through facebook. Sebab call tak angkat. Tengok2 lepas tu baru ramai yang datang. Semua table full reserved. 

So far kedai ni as far yang aku tau, owner melayu dan kahwin dengan orang Thailand. Lawa betul bininya sampai lakiku pandang juga tidak melepaskan matanya maka lantas ku mencubit keras lengan hubby I sambil tunjuk penumbuk. Haha. Tak. Masalahnya aku pun tengok bini dia lama sebab memang cantik woh. 

Kitorang order set. Aku terlupa nak tangkap gambar sayor ngan ayam dia. Habes lapar benau makanan sampai bedal terus.  Ni aku amek dari fanpage Pink Elephant. 


Ni set dia. Kitorang amek add on pulut mangga. 


Hamagad tomyam dia pekat pedas terbaik sambil aku taip aku sedang telan air liur. Ah bencik. Sampai tesedak2 aku makan. Pulut mangga sedap cuma pulut keras sikit tapi still sedap. Desserts dia yang warna kuning tu durian dengan cendol. Maybe tak sejuk dan manis pastu kitorang kenyang. So tak masuk sangat. Yang cawan sebelah dia warna putih tu sedap. Sejuk. Bijik2 dalam tu aku taktau nama apa tapi memang sedap. 

So far set yang aku try ni ok dan nora kasik 4 bintang. Aku rasa macam nak pegi lagi dan try set / makanan lain. 

Nak solat memang takde tempat solat, korang boleh la pegi jalan kat Restoran Simpang Tiga. Situ surau dia selesa baq ang. 


Kenyangggg. Baby girl atas sudah 9 bulan semalam. Bye. 

Facebook page : Pink Elephant. Kedai ni senang sangat nak cari. Sederet dengan Restoran Simpang Tiga. Landmark lain, Hospital Ar Ridzuan.