Lava Cheesecake / Cheesecake Leleh Ipoh



Cheesecake leleh / Lava Cheesecake / Kek Meleleh or whatever the name is! 

Saya jual flavor tiramisu, pandan, vanilla dan redvelvet. 

Ada banyak size. Macam dalam gambar 2 layer cheeseleleh. 

Sebekas RM 8
2 bekas RM 15
3 bekas RM 20

Ada jugakkk size mini! 1 layer, RM 5 sebekas. (Tiada (lagi) dalam gambar. Akan diupload!) 

Dan juga size super miniiiii, RM 2.50. Sesuai untuk doorgift. Ambik lagi banyak harga boleh kurang lagiiiii! 

Instagram : hana_dessertory
Whatsapp : 017 5544 165

Saya tau awak mesti salah seorang ibu mengandung dan mengidam yang duduk kat ipoh. Pastu google tengok siapa boleh delivery ke depan rumah awak. YA KAMI LAH YANG AWAK CARI. 

Tapi, tertakluk kepada tempat ya. Nak COD free delivery, kat tesco extra bercham. Ekekekekeke. 





Pisang Goreng Cheese Ipoh



Kami menerima tempahan. Untuk majlis pon boleh. 

Besar : RM 5 untuk 8 pcs
Mini : RM 5 untuk 12 pcs  

Beli lagi banyak ada diskaun. 

You should try. Bukan pisang goreng cheese yang biasa. Manis masin. Mabeles! 

Free COD kat tesco extra bercham. 
And selected areas in Ipoh. 

Whatsapp 017 5544 165

Hana Dessertory,
Semuanya Mini. 




Itinerary Ke Bali - Day 1


Adoi sakit hatii betul dah type panjang lebar ttbe betri fon habes dan kalau type kat fon mmg dashboard tak save! Skang kena buat kerja dua kali pengsan. 

Ok untuk day 1 ktrg tak bejalan pun. Flight pukul 3.40 petang. Sampai Denpasar dalam pukul 8 malam. Menyampah juga naik flight kat klia sebab nak pegi kat terminal adalah 3592345?)///// kilometer (KILOMETERRRRRR) k bye. Rasa macam merentas desa tau tak. Sorang dukung anak sorang bawak 500 buah beg ada yg selit kat baju kat tangan kat belakang akhirnya sampai jugak. Ingt diri yang paling lambat, tapi bila sampai tengok ada yang lagi lambat siap datang boleh sambil mencukur ketiak, OMG. APAKAH ITU. TERTIPU DENGAN ITINERARY flight kata kena sampai awal cis! 

Punyalah berpeluh, sampai muka pun bertukar jadi gorilla -_-


Masa ni tengah sengih2. Aku seram gak takot aqilah taknak tdo time ni. Standby susu masa nak depart nnt takot sakit aqilah sakit telinga. 


Muka mak bangga aqilah tewas di tangan mak. 

---


Airport Bali sangat cantik! Supir datang amek tros bawak beli makan kat wong solo. Then kami terus check in kat the hotel bali and spa kat legian. Wah igtkan hotel tepi laut rupanya masih kat area kuta gak. Sesak gak la sblm sampai hotel. Ktorang book deluxe room with pool terrace sbb apak dengan aqilah sula berenang kalau boleh nak tdo pun dalam siming pool tau. 

Hotel aku rate 8/10. Sume staf baik sgt. Nak req pape cepat dapat. Bilik selesa siap dapat fruit basket lagi. Cuma hotel takde cert halal tapi tak serv pork lah. Aku si ceghodek pegi book skali breakfast tgk2 p makan rs was2 so kami makan roti and buah je. Kalau kau nak hotel ni, tak payah amek breakfast. Pagi2 kua boleh mintak supir bawak pegi breakfast. Harga 1 malam dalam RM 150.


ni view bilik ktorang. 


Masa ni tengah sembang2 kat depan biliik. Aqilah tengah tdo. Sebab tu aku duduk depan pintu takot aqilah jatuh katil. Hehe. 



Fruit basket (takde basket so fruit pinggan) yang hotel bagi. 

--- 

Next entry will be trip day 2. 

Itinerary Ke Bali.



Hi. 


Aku ni mempunyai satu sifat pemalas nak update blog yang bila bukak laptop, bukak dashboard, lepas tu fikir kejap nak tulis ke tak sambil berdoa kepada Tuhan supaya diberi hidayah nak menulis. 
Tapi kali ni aku betul2 rasa bertanggungjawab nak tulis, sebab sebelum aku pegi Bali, aku banyak google dan cari blog review pasal trip dorang kat bali. Semuanya banyak sangat membantu dan aku rasa aku pun nak jadi salah sorang pemberi maklumat kepada yang memerlukan tambah2 aku travel dengan baby. 

Kadang aku terfikir, nasib ada orang rajin tulis panjang2 bagi info and review pasal Bali. Tak banyak tapi serba sikit tau lah. Jadi untuk memastikan #randomkindess ini tidak pupus, aku pun nak mengabadikan review aku, selama 5 hari 4 malam di Bali. Tapi bukan semua lah aku update kat post ni. Untuk kali ni nak kasi cadangan itinerary dulu dan checklist yang difikirkan perlu. Hari2 lain akan ku update di lain post dan aku akan hyperlink kan dari post ni. 

So ni adalah cadangannya untuk 5 hari 4 malam. Yang dah dikasi oleh Supir, Tuan Isme. Aku dapat tau pasal dia pun dari blog review jugak. OMG murah hati sangat mula2 aku tanya berapa dia charge, dia cakap RM 350 termasuk ambik hantar airport. Lepas tu aku try mintak kurang, dia bagi RM 310. Sebena kau kena try je bargain sebab kita tak tau rezeki kan. Yang masa tu aku saja2 try tengok dapat kurang RM 40. Lepas tu satu haritu aku nak copy no dia kat whatsapp sbb nak kasi no dia kat orang yang nak pegi gak sekali aku tercall no whatsapp dia, japg dia tny, YA KENAPA CALL NYA BUK? Aku pun cakap, eh sorry nak copy no, tercall pulak. LEPAS TU DIA BAGI LAGI DISKAUN RM 300 WAH APA TU MURAH TAU 5 HARI 4 MALAM, supir tu bawak kau pegi mana2 je kau nak dan kereta pun selesa sangat! Avanza okehhhhh! 

Ni contact No Tuan Isme : +62 0 813 3861 4174
Whatsapp dia akan reply cepat gila sampai aku rasa dia mandi pun bawak henpon ke hahaha. Jangan mara Tuan Isme. Gurau saja ya. 

Dia Tour Guide muslim so dia akan bawak kau kedai makan muslim maka kau tak perlu risau termakan bakso tikus ke babi guling weh serious tau tak sepanjang jalan banyak gila kedai jual babi guling! Dan dia akan bawak kau ke masjid2 untuk solat, tu yang paling penting. 

Dan yang bawak ktorang bukan Isme tapi Iskandar. Isme mungkin dah ada client lain. Iskandar ni pun ok. Lembut betul orang nya. Ayat dia tak lekang, YA SILAKAN BUK. YA SILAKAN. Aku dengan hubby dok bahan dia sampai ke hotel, YA SILAKAN YA SILAKAN. Sampai aku balik KL, pegi KLIA order makan pun tercakap bahasa indon kau dah kenapa. -___- 

So ni itinerary aku kat bawah, ada satu tempat aku tak pegi, Barong Dance. Tu pun baca dari blog review, katanya tak berapa best dan fees mahal gak. Aku hanya pegi Kecak Dance kat Uluwatu. Mahal jugak, tapi best! Sambil tengok sunset. 



5Day/4 Night - 1 day idr.50.000
*pick up in airport
*chek in hotel kuta

2 day idr.350.000
*barong dance
*ubud area
*tegallalang(rice terrace)
*kintamani(batur mountain,batur lake,lunch)
*bali / luwak coffee procesing
*tirtha empul temple in tampaksiring
*dinner ayam penyet

3 day idr.350.000
*tanjung benoa beach(water aktivites)
*nusadua
*lunch padang food/kampung pedas
*pendawa beach
*garuda wisnu kencana culture park
*padang-padang beach
*uluwatu(sunset & kecak fire dance)
*dinner in jimbaran seafood

4 day idr.350.000
*taman ayun temple
*bedugul(beratan lake,ulun danu temple)
*lunch in ayam bakar taliwang
*botanical garden
*tanah lot
*dinner nasi tempong

5 day idr.50.000
*Lunch in ayam tulang lunak
*hantar to airport

Entrance fee - *Barong dance,idr.100.000/pax

*Kecak dance,idr.100.000/pax
*tegallalang,idr.10.000/pax
*kintamani,idr.30.000/pax
*tirtha empul temple,idr.30.000/pax
*tanah lot idr.30.000/pax
*pendawa beach idr.10.000/pax
*uluwatu,idr.20.000/pax
*taman ayun temple idr.15.000/pax
*bedugul,idr.30.000/pax..


So kat bawah adalah video aku compile sepanjang 5 hari dari pegi sampai lah balik. Kualiti video mmg hampeh sket sbb aku record dari handphone. Aku sebena dah upload Video full kat youtube tapi tengok2 lagu2 yang aku pakai tu ada copyright. Kesian. Sorry lah kalau ada dengarsuara bersembang kat belakang. haha! Besarkan screen k masa tengok! 



UPDATE:

BaliTrip DAY 1. 



Search This Blog

Powered by Blogger.