Munafik!





Aku tengok cerita Munafik pada suatu malam  dengan hubby dan adik2. Aqilah tinggal duduk rumah sensorang kan dia dah besor. Aku suruh kunci semua pintu dengan pagar, kalau nak masak air ke apa tengok2 api. Bancuh susu kena 4oz sama dengan 2 scoop je. Kalau nak makan pandai2 la buah pear dalam peti es mummy dah buang kulit siap2. Nak tido garu belakang sendiri tau! 


Allahuakbar, Anak.

*****************************

Tiba2 tajuk dan pendahuluan karangan adalah pasal Munafik adalah sebab kat rumah aku sekarang tengah pasang Astro First cite Munafik sebab nak kasi Mak aku tengok. KO JANGAN LA TANYA CITE MUNAFIK MEMANG SERAM SAMPAI NAK KENTUT PUN TAKOT TAHAN DULU WEH KEPIT KERUSI PAWAGAM! betapa lah exaggeration engkau sorang2 kat situ. 

Ada ke patut hubby aku p tdo dah nak habes cerita, cakap lah memang takot tengok cerita hantu B? tak pernah dalam sejarah hubby tidor dalam wayang, Bila datang part Nabila Huda kena rasuk, kepala hotak dia la muka seram gila kot, pastu aku dah macam tak cukup ruang nak berteduh dah menyorok takot punya pasal, menggeletor begegor2 kerusi sambil tutup mata, nak peluk hubby tiba2 tidur. 
K seram sorang2 ke. Sampai skang aku masih dapat rasa getaran ketakutan tu, memang macam tengok 3D kot, orang histeria depan mata sambil jantung berdegup laju, ARGHHH aku stress. 

*****************

Aku ni semalam balik kerja memang dari petang sampai malam menangis. Sampai harini pegi kerja mata bengkak dan orang tegur

KENAPA MATA BENGKAK?

Malas jawab.
Atau dalam post lain kot.

******


Aku menyampah betul bila si tinggi ni upload gambar ni haritu.Memang tak suka pun bila orang cakap WEH APSALA 2005 KAU LEBIH KURANG 2015 KAU apa apa apa apa I tak suka sebab kenapa plak orang nak cakap u muda, padahal I muka tua sorang2?

Aku pernah mengemukakan idea supaya hubby menyimpan bulu hidung yang panjang sehingga boleh ikat pony tail, camtu.Atau pun tanam janggut banyak2 biar nampak beragas  dan tua. Tapi, hubby I sejenis yang janggut sehelai tumbuh 4 tahun sekali, last2 aku yang berjanggut nak tunggu laki aku berjanggut literally.

Aduh.

Masa aku kawen haritu pun orang cakap muka hubby macam budak sekolah. Dan inilah perkara aku tak boleh terima, sebab mana boleh aku kawen dengan budak sekolah sedangkan muka aku macam umur mak budak sekolah? Kalau hubbty hantar gambar smart2 OMG marah gila. Kenapa pakai smart2 ni nak ngorat sapa I memang isteri insecure, maafkan saya.

Sebab pernah satu hari, aku pergi tabung haji dengan hubby, tengah mood baik ni hati ada senyum tiba2 akak kaunter tanya, adik ke? *sambil tunjuk hubby*. Maka aku telah mendebik muka akak tu sampai jadi bebola daging IKEA.


Muka akak kau. Bersama..... Puteri Sharifah Wan Nik Putera Tengku Raja Siti Nur Nurul
Aqilah.

Panjangnya namaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.








Pickup Line




'Kat mana B?'

'Dalam hati you'

CIACIACIAAAAAA.

___________________________________

'Kat mana Yang?'

'Dalam hati you' (balas dendam) 

'I tau la I sentiasa dalam hati you. Maksud I, jasad you kat mana jasad jasad jasad'

'Oh jasad kat opis.'

_________________________________


Takkan la I nak benci dan marah you hanya atas sebab 1 kesilapan. Sedangkan beribu kebaikan telah you buat selama ni pada I, I takkan pernah salah memilih kali ni. Wahai Imamku. 

_______________________

Haritu Tot message aku dengan berbunyi macam ni, 'Hana kenapa kau lawak sangat?' aku tanya, kenapa? Rupanya dia dok proses dan melaksanakan pengkajian terhadap posting blog aku dari zaman sekarang hingga la zaman merepek aku. Aku tak sangka aku masih ada peminat, MASALAHNYA KAU MEMANG ADA PEMINAT KE.Oh tak kesah lah maka dengan ini aku dengan ikhlasnya ingin melambaikan tangan kepada Tot dengan ucapan, I love you Hanamaruku Lover(s) *flying kiss* *mulut bau tak* 

________________________________

Aku rasa macam nak buat buku. Tajuknya, 
Alamak, Hannamaruku Buat hal (?) 

Kalau ko tiru tajuk ni kuku kau ada cagu. 
















Search This Blog