Surpriseeee! Nak Pindah.

by - May 24, 2016


Haaaaa dah lama tak update blog! Dah lama ke? Seminggu dua je kot. Marilah aku mula post malam ni dengan gambar gadis jendul ku....


Haritu jalan kat Daiso, terus teringat nak beli benda alah tempat ais krim ni. Since Aqilah suka gila dengan ais, aku terfikir untuk buat dalam konteks (wow) yang lebih pandai dan sihat. Maka terhasil lah ais krim brand papaya ini. Licin Aqilah makan hoi sampai nak mintak lagi! Saving untuk esok pulak ek! Pas makan aiskrim papaya terus berak bau betik. Mummy pun confuse tengah basuh bontot ke basuh betik.


_________________________

So ya, semua rakyat jelata sekian alam mero mahawangsa maju dah tau aku nak pindah KL dah. Akhirnya akhirnya cinta i dan suami bersatu cewoh. Tapi cewoh tak cewoh la, aku nanti rumah dengan office adalah sejam jauhnya, dibandingkan dengan sekarang yang 10 MINIT JAUHNYAAAA PUKUL 8 PUNCH CARD, PASTU PUKUL 7.40 PAGI MASIH CARI KERONSANG JATUH TEPI ALMARI NAK PAKAI TUDUNG, PERANGAI. 


Hari ni agak emotional seperti biasa. Entah kenapa tengok anak buah penat buat kerja peluh-peluh tadi aku pergi nangis. Aku pon tak paham. Aku sebak lain macam harini. Fikirkan lagi 3 hari je lagi before balik KL for good. Macam-macam dalam kepala. Pastu bila orang masuk bilik cepat-cepat tonyoh hingus selit kat kerusi. Pengotor betul perangai. Nasib baik aku tipu je kata tonyoh kat kerusi. Tak sangka hanya imaginasi. 
 Mesti lah tonyoh dengan tangan dan di lap lembut ke atas tisu. 

__________________________

Ha. 
Semalam aku dapat sebuah seprise. 
Seprise yang mmg aku curiga gila. Sebab tak mungkin Din yang bagi sebab setahu aku birthday aku hanya lah sekali dalam setahun takkan lah 2 kali. Adakah aku telah keluar dari perut mak aku lepas tu 6 bulan kemudian masuk balik pastu lahir balik. Sumpah tak kelakar langsung...
 -_______________- 

Anniversary lambat lagi, pastu seprise apa wehhh! 
Kak Haida panggil aku cakap pegi bilik Kak Intan kat bawah sebab ade delivery orang bagi something. 
Aku turun dengan penuh curious jugak, tapi tak lah macam sangatttt pelik. Sebab aku dah terfikir ohh ada vendor nak jumpa kot kasi toner free ke apa ke. Pastu masa sampai bilik Kak Intan,aku dapat lah seekor binatang, nama tweety bird tapi macam pelik gilaaa takde notes langsung so taktau dari sape! 

Aku dah mula cuak. Hati dan perasaan dah mula merangka plot cerita seram. 
Ada bom ke. Ada orang saiko ke, sorok nota dalam ni nak ugut aku. 
Bila aku godek punya godek, tiba-tiba terjumpa wayar USB.
LAGI AKU CUAK WEYYY APA LAGI NIHHH ADA ORANG NAK HANTAR VIDEO UGUTAN WEH. 
Pastu masuk lif tak puas hati lagi, masa nak menuju balik ke bilik, aku tenyeh-tenyeh sikit tweety bird tu, aku menyingkap sana sini, tiba-tiba tercabot kepala tweety bird tu OMG pastu ada ni : 


HASIL GABUNGAN GAMBAR NI, AKU HARAP KAU SENDIRI PAHAM APA YANG AKU CUBA NAK EXPLAIN. 

Kat dalam muka si burung ni ada satu bingkai kaca ukir muka aku dengan Kak Haidaaaaa. Apani sweet sangat nak nangis!!! :'( Memula aku macam tak cam muka Kak Haida, tapi muka aku boleh cam SANGAT kerana efek hidung kembang disitu. Pastu HAINA tu mestilah gabungan nama aku dengan Kak Haida. Takkanlah gabungan nama dengan nasi ayam hainan kottt *melambai tangan kepada nasik ayam hainan* *lapor* 

________________


Thank you so much Kak Haida. 


Masa mula-mula masuk kerja jumpa dengan Kak Haida, aku rasa macam Kak Haida ni garang. Tambah pulak aku masa tu freshie sangat, terus masuk PPN. Macam taktau apa benda yang aku kena buat, Apa benda nihhhh tetiba kena jadi Head HR kat opis, pastu tetiba gilaaa ada anak buah 16 orang. 
Sebab aku telah sedia  maklum,  mengurus diri aku sendiri pun tidak mudah ini kan pulak ada 16 orang anak buah, khayalan ke, mimpi ke,tampor muka rupanya realiti. BENAR. 

Lama-lama, dah get into each other. Rapat. Dah tau style masing-masing. Kak Haida is a mentor. Aku bersyukur Allah temukan aku dengan  Kak Haida. BANYAK sangat benda aku belajar, walaupun kitorang kerja lain bidang, Kak Haida buat teknikal sepenuhnya, tapi disebabkan PPN Perak adalah sejenis tidak bernasib baik, tiba-tiba tepaksa rela menerima aku sebagai ACO, so masa mmula kerja tu, Kak Haida banyak kena buat kerja yang patut aku buat, KESIANNYA MINTAK MAAP T__T

 Kak Haida is very organized, unlike aku yang kah kah kah kah tidak organized sama sekali. Weh Kak Haida pangkah date dalam calender organizer opis, pakai pembaris kot, aku hanya pakai jari je kot weh nak bagitau beza nya perangai tu. Pastu kak Haida ni perangai suka makan kari yang ada ubi dalam dia. Macam, bila nampak ubi tu seolah macam nampak permata berlian harga 4 ribu ke. Begitu menghargai ubi, itu lah kakak i T__________T


Bila time mesyuarat ke apa ke, aku tak paham kenapa ada je benda KakHaida nak tulis. Panjang lebau pulak tu. Tulisan konsisten gila, tak macam aku, kejap-kejap tulisan Arial kejap-kejap Times New Roman pastu last skali confirm tulisan cacing. 

PERGHH KAK HAIDA TULIS, DARI AWAL SAMPAI HABIS KONSISTEN TULUSAN VERDANA BOLD. Tulusan ke tulisan,amboi typo tak habes. 

Camtu lah ibaratnya. 

Komitment yang Kak Haida bagi sepanjang kerja dengan dia, Allah... Aku harap apa yang dia dah tolong aku, dengan hati lapang, Allah balas segalanya - dengan apa sahaja bentuk kelapangan dan kemudahan. 

I  just couldnt ask God for more. 
A best friend like you. 
Kakak, mentor, sahabat.
Pelbagai kenangan, manis dan kelat. 
Dialah kawan nak mengadu tempat,
Kalau nak menanges, dia lah dulu aku datang dekat,
Setiap kali bila dengan bos asyik kena lipat, 
Dialah tolong bagi aku lega -- air mata tolong kesat. 

Jangan risau, baikmu sampai mati kan ku ingat.
Moga Allah letak kau di dalam kalung rahmat,
Dilapang segala rezeki..
Dan juga nikmat. 


You May Also Like

1 Comments

  1. Mula kenal Haida masa sama2 jd Pengawas Exam...Nice & sweet person...same goes to u hana...Nice & sweet (mybe kelat2 skit)
    Nway..bulan pose dh dekat...hrp dpt kurma dr hana lg thn ni..😆

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews