Subking

by - May 03, 2016


Walau pun aku rasa aku tak payah cerita. Tapi peduli apa aku, ni kan blog aku. Kau rasa macam nak muntah ke menyampah ke,mari aku bisikkan di telinga, SO WHAT... (nada yusuf tayyoub) 

Aku berpendapat bahawa blog aku adalah sejenis pengganti otak aku. Sebab aku adalah sejenis KUAT MEMORI KAW KAW KAW, contohnya baru tadi aku telah fikir jap lagi nak pegi bakery nak beli tepung, cheese ngan minyak. Masa nak keluar tetibe rasa nak berak, maka pegi berak dulu. Pas 3 minit berak senaraikan balik apa nak beli. Okay ingat. Tepung, cheese... eh lagi satu apa? jap jap duduk dulu tengok Sepahtu Reunion pastu tu syok tengok tv terus lupa nak pegi bakery. 

___

Haritu masa aku tengok post lama, bila aku baca balik, aku sendiri pn tak ingat perkara2 tu pernah terjadi dalam hidup aku. Apa masalah kau perempuan tua, kau...... ah sakit hati fikir perangai sendiri. 

So lepas ni, aku nak buat apa tau. Semua yang best2 (aku rasa) jadi dalam hidup aku dengan hubby, atau apa2 yang dia tulis membuatkan aku rasa jatuh cinta yang ke q3043-4923-4923-42394324303032-32400- kali, aku akan printscreen dan menulis... save..di otak ke dua aku... blog. 

Print screen kat atas nak cerita, betapa lah si tinggi ku itu Allahuakbar, besar jiwanya. 
Perjalanan balik dari Melaka ke Ipoh, dengan dapat bini kuat membebel ni, aku pn pelik camne hubby aku boleh tahan. Masa perjalanan pura2 merajuk, likeee tak perlu merajuk pn tapi kenapa kau perangai sangat. Orang tengah stress jalan jammed, kau masat tu jugak nak perhatian wehhhhhhh. Sebab merajuk malas cerita, aku yang ntah kenapa nak merajuk. 

So masa merajuk tu, hubby berenti kat Sungai Buluh, RNR. Ingatkan dia nak benti solat, rupanya jalan melulu nak ke burger king. Aku punya la pelik dah kenapa nak makan kat burger kingggg dah lama gila tak makan kot.

Rupanya hubby tersilap antara burger king ngan subway. Sebab sabtu lepas aku mengadu lapar dan cakap nak makans subway, pastu tetiba kena ceramah SABAR LA SAYANG TAHAN PERUT TU KITA MAKAN TEMPAT LAINN. K masa tu pasrah tapi masih teringin nak subway sampai lah ke Melaka. Tu lah yang bila merajuk semalam pasal benda lain, tiba2 laki i ni sweet nak belanja subway tapi tersilap bawah pergi burger king T_____________T

Pastuh masa balik tu, (masa dah salam dan mintak ampun), hubby dok tanya lagi, YANG, KAN U KATA NAK MAKAN KAT MANA TU TAH. APA TAH NAMA TEMPAT TU... BUKAN BURGER KING KE? 


Aku jawab,bukan lah B! Subway! 

LAAAA PATUT LA MASA I BERATUR TU U BUAT MUKA KERING JE! 


Macammmm comel gila weh nak pujuk tapi rupanya salah tempat.. kesian kat u B!
_______________________


I rasa u kena buat blog jugak lah.
Atau kita memang sehati sejiwa..
MEMORI KUAT KAW KAW KAW... 
.

.

You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews