Aqilah


AQILAH. 
1 year ago.

Mummy sayang Aqilah. 
Bila Aqilah tarik-tarik seluar pastu panggil Mum- my, 
seronoknya Tuhan je tau. 

Nampak makanan, terus cakap NAK. 
KUAT GILA MAKANNNNNNNNNN MACAM MUMMY.

Orang dok tanya, Kurusnya anak kau, dia tak makan ke?
Kalau lah orang tau seorang Aqilah ni melantak makanan macam mana.
Siap orang makan dia sendeng-sendeng tolak-tolak selagi tak dapat, selagi tu dia panjat.

Lepas tu sekarang ni perangaibaru. Nampak Mummy pegi kerja tak nangis dah,
siap kalut sorang-sorang nak salam nak cium pastu BYEEEEE
 *LAMBAI TANGAN*
*TUTUP PINTU. *


Dia punya style peaceeeee.
Berbakat sungguh!



Simpan rambot ke botak?


Ada kamu dua, 
dah rasa cukup.

Banyak nak cakap, tapi tak keluar. 
Entah nak cakap macam mana. 

___

Semalam hubby tanya, "You nak I terus botak ke ada rambot balik''?

Aku jawab, "Mesti lah nak You botak. Biar tak hensem nampak kurus takde sapa tengok." 

Lalu dia jawab, "Ok kalau camtu I simpan rambot."

(-_-)

Dia provoke lagi, 
"Baik You jawab soalan I terbalik. I akan jawab terbalik jugak."

Laju aku jawab, "Ok I nak You simpan rambot. "

"Haaaa. Bagus. I simpan rambot." 


(-___________-)
Menyesal layan.

Ok.

Esok kerja. Kerja yang kau memang nak dari dulu, Human Resource.
Ada benda rasa macam eee seronok tak sabar nak pergi kerja.

But when it comes to people....
Penat nya. Perangai macam-macam.
Dah tu mcm mana kan?
Kerja macam perkahwinan.
Ada yang kau jatuh cinta dulu, lepas tu kahwin.
Ada yang arranged marriage. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal sayang sampai syurga.
Ada yang benci-benci tengok-tengok kahwin.

Ntah? Aku kategori apa?
Habis belajar terus dapat kerja.
Tak sempat bercinta.
Nasib ja.
Pandai cakap agaknya.
Masa interview panel ternganga.
Sampai tahap aku dah berenti cakap, panel pegi tanya, eh dah habis ka?
Perli teruk sebab aku banyak cerita ke sebab memang betul-betul you're amazing just the way you are?

Kahkahkah.

Betul lah orang cakap. Cerdik CGPA tak sebagus cerdik pengalaman.
Teringat hubby pesan tadi,
jangan lupa berdoa,
minta ilmu yang kita dapat ilmu bermanfaat.
Kita dapat jumpa semua jenis manusia, ilmu hatta,
Tapi tak dapat tandingi ilmu bermanfaat.
Tak semestinya di tingkat paling tinggi dunia,
sekadar pondok sahaja,
Allah paling layak letakkan ilmu itu namanya bermanfaat di dada,
Cukup untuk anak cucu simpan bersama.

___

Hubby tanya, apa impian You? You dah bersedia nak jadi kaya?

"Entah. Misi I sekarang, bahagiakan Ibu Bapa."






Search This Blog

Powered by Blogger.