f

Monday, August 14, 2017

Cik Siti



Mereka kata kita tikus
Hanya tau buli rakus
Saat kita masuk rumah
Letak racun warna merah

Dia ingat kita bodoh
Dia gelak cemuh cemuh 
Cakap, gelak, biar penuh-
Sampai marah gaduh gaduh

Memang lah
Kita gemok hitam pendek
Bunyi citcit pun benci pelik 
Busuk,geli, kotor, jelik

Tapi dia nampak tidak taring dalam
Gigit sikit lubang tajam 
Parasit musuh dalam diam
Pendam. 

Dia tutup pintu rapat
Ingat kita tak reti panjat
Kita pandang kawan belakang
Tengok, bodoh juga ini orang

Kita masih busuk gemuk 
Paling hina paling momok 
Orang benci, kita seronok 
Bencilah, kita tengok

Walau busuk mati badi
Walau di jauh sebendang budi,
Bila didengar citcitcit, tetap orang kata--
"Dengar tak? Macam bunyi Cik Siti."






0 comments:

 
Norhana Rosmida