Resipi Siakap Masak Tiga (3) Rasa Yang Senang Dan Sedap

by - November 26, 2017



Okay. Tajuk tu nampak benar lah berangan nak berada di first page Google kalau orang cari. Kita cuba try tengok jadi ke tak. Siap perlu menjelaskan perkataan 3 tu dalam nombor. Sikap yang ambil berat macam ni patut semua contohi. Sebab kita taktau orang kalau nak google resipi mungkin dia akan tulis 3 tu sebagai tiga, atau boleh kot kalau aku nak tambah Siakap Masa Three Rasa HAHAHA tak kelakar lah.

Rajin pulak si mak enon nak share resipi Siakap Masak Tiga Rasa Mudah Simple Senang kat blog. Ada mimpi apa-apa ke? Tak pun. Sebab taktau nak tulis apa. Takkan nak cerita tips membeli cadar murah di facebook? Atau menceritakan pengalaman lepak-lepak dengan anak kat rumah pastu anak asyik sepahkah mainan dan setiap kali nak kemas kau telah jadi tarzan 'Aqilahhh cepat kemas sama-sama!' 

Pastu anak kau cakap, 'Mummy ni garang macam KakRos la' 

-___- 

Baru teringat minggu lepas masak laksa tak jadi so dah la taknak lagi cakap pasal perkara yang menghampakan diri T__T

Tanpa melenguhkan lebih banyak masa, kita start la dengan penjelasan kepada resipi serious kita pada hari ni. 

Bagi aku, resipi ni paling best. Paling senang. Seolah-olah boleh setelkan semua benda sambil tidur. Sambil mop lantai. Sambil pergi DPulze jap. Sambil jenguk jiran sebelah. Sambil mengelap tivi. Mengelap dinding.

Okay.


 Aku sertakan dulu resipi Siakap Masak Tiga Rasa di bawah sebelum korang meluat dengan aku : 

Resipi Siakap Masak Tiga Rasa Simple dan Senang 
Resipi Siakap Sweet Sour


1 ekor ikan siakap yang dibeli di kedai berhampiran rumah
Sedikit garam
Sedikit kunyit 
Sedikit tepung jagung
Minyak yang banyak

Bahan Tumis 

1 biji bawang hollang (potong dadu)
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 biji serai diketuk 
Cili padi (ikot selera kepedasan, aku pakai 6-10 biji potong kecik-kecik) 
2 sudu cili boh 

Bahan Sos 

2 sudu cili sos 
2 sudu sos tomato 
2 sudu sos ikan (brand sotong thai - tak payah pun takpe kalau ada lagi sedap alaaa pegi je la beli boleh masuk dalam banyak masakan tau memang sedap kalau pakai sos ikan) 
3 sudu sos tiram 
Sedikit garam 
Sedikit gula 

Bahan Lain (Pelakon Tambahan) 

1 biji tomato (potong dadu) 
Nenas dalam tin - separuh (Potong Dadu) 
4 helai daun limau purut

Cara-cara ;



Seeokor ikan siakap yang bersikap jujur. 
Jangan siakap senohong gelama ikan duri lama-lama mencuri haaaaa! Apo 


Salut lah ikan kau yang hengsem tu dengan garam, kunyit dan last skali tepung jagung. Tepung jagung bagi effect rangup bila masuk dalam minyak panas WOWWWEEEEEEE aku yang rasa macam nak sauna, sedap gila bunyi ikan bila masuk dalam minyak panas pergi try sekarang. 


Ni tepung jagung aku dah label sesiap dalam balang. Sebab apa aku label SEBAB AKU ADA 40 RIBU TEPUNG KAT DAPUR TUH TEPUNG GANDUM TEPUNG PULUT CAP TERATAI CAP GAJAH TEPUNG GOMAK sekian kisah tepung 


MINYAK YANG BANYAK BERAPA KALI NAK CAKAP 
Ikan kena terendam ye. 
Kau kedekut minyak sukati kauuuu maiGod apabenda membebel pasal minyak nextttt 


Acah-acah gambar smart latu parking gunting kat tepi ceh tak jadiiiiiiiiiiiiiiiiik 



Sambil tunggu ikan masak, hiris barang tumis dan isi sos 3 rasa kau 
Kelang kabut la gambau daun limau purut apsal sesat kat tengah-tengah bawah please dong


HENGSENGNYE


Tengah gunting cili padi terpotong sarung tangan 
Aku masak memang pakai sarung tangan sebab tangan Anak Raja kan


Pakai minyak goreng ikan tadi. Minyak kurangkan bukan ambik semua ye. 
Masuk bahan tumis pastu cili boh 



Masuk bahan sos 


Lepas sos dah pekat, masuk bahan-bahan lain iaitu tomato, nenas, daun limau purut. 
Eh tetengok dah siap dah curah atas ikan apani penyabau HAHA
Pastu ekor ikan macam kipas tu nak tanya. Nak pegi mana 


TELUR HANCUR KENAPO JATUH REPUTASI I 


Sambil masak, anak dok buat konsert kat depan. 
Mic tu dah penuh air liur dia. NGERIIII
Kan aku dah cakap masak ikan siakap 3 rasa ni senang sebab kau sempat jadi juri masa konsert anak kau berlangsung. 

Janji kau bahagia lah anak. 




You May Also Like

3 Comments

  1. rugi pulak tak try nih.. bahan2 pun nampak meriah giler :)
    .
    Resepi Premium Untuk Orang Asia

    ReplyDelete
  2. sedap dan ikan siakap buat masak apa pun sedap kan..

    salam jengah dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete
  3. Suka baca resepi akk😂...bermanfaat dan lawak😂 goodluck kak..semoga maju jaya

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews