Misteri kehilangan senduk : Sebuah kisah penyiasatan

by - January 13, 2018



Dulu selalu lah dengar orang cerita. Bila ada anak ni, rumah memang tak boleh kemas. Setiap kali kemas lawa-lawa, 2 minit selepas itu, kembali sepah. 

Aku cuma nak fahamkan apa maksud tu. Sebab aku rasa macam tu mungkin small the pieces. Come onnnn. Kemas la balik. Kita kan perempuan. Guna lah kuasa bebelan seperti jeritan ayam berkokok suruh anak kemas balik bila dah sepahkan. Guna lah kuasa air mata bagi mengaburi mata suami supaya suami boleh tolong kemaskan bila kita nangis kata kita dah tak larat memikul tanggungjawab sebagai isteri asyik-asyik kemas rumah pastu sepah. 

OK. 

Tak mudah pun. Sebab dia jadi stress tahap nak tebalikkan meja makan sebab kadang-kadang tak mengerti jenis sel-sel yang berhubung dalam otak anak aku. 



Jenuh cari senduk tiba-tiba teselit kat rak baju 

atau


Kenapa whisker aku kat bawah tivi 


Serious lah senduk bawak geng penapis teh tengah-tengah tu gitar TENGAH JAMMING KE TU

Kadang-kadang aku termenung. Berbilion mainan aku belikan, senduk aku jugak anak aku cari bawak pegi depan. Senduk aku beli bukan senduk berlian atau senduk jenama Upin Upin pun yang anak aku berkenan sangat.

Misteri kehilangan senduk kat rumah aku kadang-kala tu sungguh misteri sebab baru kejap tadi aku basuh letak kat tempat senduk tapi kenapa hilang adakah senduk aku berkaki atau senduk aku membela saka tanpa kebenaran kenapa hilang ni?

Tapi berdasarkan fakta dan bukti, sohih la senduk aku bukan sejenis hantu sebab ada seorang cerdik pandai kat rumah ni yang hobinya membawa senduk berjalan-jalan keliling rumah.

SASPEK DETECTED. 



Lepas tu kalau nak marah pun, tak sempat habis nafas panggil nama penuh anak, dah habis sebut nama dia sebab pendek benar nama.


Terpaksa la setiap kali jerit panggil nama bapak dia sekali. Tak pasal-pasal bapak dia pun kena marah. 

AQILAH BINTI SAFARUDDIN MANA SENDUK MUMMY!!!!!!! 


Sini. 

Siapa nak hadiahkan senduk untuk birthday Aqilah boleh pm tepi.



You May Also Like

1 Comments

Jom komen.

Total Pageviews